Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan 1
Doktor mana ni?

Menjadi doktor merupakan idaman ramai pelajar, Mungkin sedikit panduan ini mampu membantu memberikan info berkaitan pengajian bidang perubatan ini . Ramai yang mengakui bukanlah senang untuk diterima masuk ke IPTA bidang ini ia memerlukan kelulusan yang tinggi untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan. Untuk menjadi seorang doktor seharusnya mempunyai kelayakan minima Ijazah Sarjana muda di mana-mana institusi yang diiktiraf.

Laluan kerjaya secara umum

Secara umum, untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan ini ialah mempunyai keputusan SPM yang cemerlang terutama dari aliran sains dan mempunyai keputusan subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan, biologi, fizik, matematik dan bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula, subjek biologi dan kimia serta bahasa inggeris paling sinonim dan paling ditekankan kecemerlangan termasuk menguasai bukan sahaja teori malahan aplikasinya.

Selepas SPM perlu menyambung keperingkat pra universiti seperti ke matrikulasi ataupun tingkatan enam, bagaimana pula diploma? yang diploma tu saya tak pasti. Kemungkinan dari diploma sains hayat atau diploma kesihatan yang berkaitan boleh turut sama memohon ke perubata ini.

Info Tambahan :  Gagal SPM, Peluang Selepas SPM

Keputusan peperiksaan dan nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0. Tetapi kebanyakan universiti awam dan universiti Malaysia yang terkenal lebih gemar mengambil calon yang mendapat tinggi dari  3.5-3.8 malahan ada yang hanya mengambil yang 3.8-4.0 sahaja.

Tempat pengajian dan nama pengajian

Kebiasaanya kursus ini memerlukan tenaga pengajar yang berpengalaman dan bukan sebarang universiti yang dapat mencari tenaga profesional untuk menjadi tenaga pengajarnya. Oleh itu kebiasaanya universiti yang lama bertapak serta terkenal sahaja yang menyediakan kursus ini, walaubagaimanapun di universiti baru dan biasa ada menawarkan tetapi kebiasaanya ia meminjam tenaga pengajar.

Kebiasaanya pengajian diperingkat ini jika diperingkat ijazah dinamakan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dengan kepujian.

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

Matlamat kursus

Pengajian adalah lebih mementingkan integrasi berlandaskan organ atau sistem dengan memberi penumpuan kepada penyelesaian masalah.

Tempoh pengajian

Pengajian Ijazah Doktor Perubatan ini kebanyakan mengambil masa selama 5 tahun. Ia dijalankan secara integrasi berasaskan penyelesaian masalah kesihatan pelbagai penyakit pesakit dan berorientasikan komuniti. Ia dijalankan mengikut 3 fasa iaitu fasa 1 ( tahun pertama ), fasa 2 ( tahun kedua dan ketiga ), fasa 3 ( tahun keempat dan kelima ).

Kerjaya

Rasanya tak perlulah nak hurai panjang, nama kursus sendiri memberi gambaran pekerjaan yang bakal ditempuhi. Dari segi kekosongan dan luas pasaran rasanya tiada masalah kerana doktor ini merupakan salah satu bidang pekerjaan yang kritikal. Lebih-lebih lagi bagi yang pandai mengubati penyakit-penyakit kritikal 🙂 .

p/s: Klik LIKE dibawah jika anda berterima kasih dan rasakan penulisan diatas berguna.

343 thoughts on “Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan”

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya kalau pelajar yang ambil semua subjek aliran sains, iaitu biologi kimia addmaths tapi fizik mereka digantikan dengan sains pertanian, adakah mereka juga berpeluang utk menjadi doktor perubatan yang berkeja dihospital dan memakai baju impian mereka iaitu kot doktor?

    1. Kebiasaanya memerlukan bio,add math,kimia yg lain dikira nilai tambah jika berminat atau ubah fikiran nanti..boleh install upu pocket android utk lihat lebih detail

    1. Bidang akaun peringkat mana tu? kalau dah peringkat Diploma ke atas mmg xdpt kebiasannya..yang penting syarat khas kursus dipenuhi..ada subjek2 yang di tetapkan.

  2. Assalam saya nak tanya , boleh ke pelajar yang mengambil diploma pembantu perubatan mengambil mbbs bile dah grad diploma nnti ?

  3. jika tak amik subjuk biologi tapi ade kimia, fizik and addmath boleh tak amik bidang kedoktoran selepas dapat keputusan SPM

  4. Saya pelajar tingkatan 4 2019 . Saya kelas hujung ☺ , cuma ada bidang sains sahaja . Tapi saya minat sangat dengan bidang kedoktoran ataupun medical assistant . Cita cita saya cuma nak jadi medical assistant sebab dalam fikiran saya mana mungkin saya dapat jadi doctor sebab saya tiada bidang fizik , kimia , biologi . Kadang2 saya rasa down bila mengenang kan diri saya kelas hujung tapi cita cita saya sangat tinggi . Hrmm . Boleh kah nak jadi medical assistant tapi hanya bidang sains sahaja . Next year saya spm , cuma ada sains and math sahaja . Kalau saya dapat scor subjek tersebut bolahkan saya memohon untuk ambil bidang medical assistant tersebut ? .. saya memerlukan nasihat . Terima kasihh . 😊😊

    1. Dalam bidang perubatan tidak semestinya ada doktor dan MA shj..mungkin juga boleh menceburi bidang kejururawatan.. jika belajar sehingga ijazah kejururawatan mungkin akan dapat lebih kelebihan dalam penjawatan..selain itu di hospital ada lagi jawatan lain seperti fisioterapi, juru xray, makmal perubatan..jangan cepat putus asa..yg penting tinggikan dulu keputusan SPM yg ada skrg..selebihnya akan ada rezeki.

  5. Assalmualaikum… Sayan nk tanye.. Saya nk ambik diploma pembantu perubatan ..tpi saya dari aliran sastera.. Bolehke klu saya mohon tpi x de bio n kimia.. Harp boleh bls

  6. Assalamualaikum,, saya nk tanya di ipta/ipts mana ada tawarkan course sebagai dermatologi? Kalau nk smbung dermatologi selepas matriks boleh tak?

  7. Assalamualaikum,, saya nk tanya kalau ambik matriks dalam course science,,boleh tak nak smbung sbg dermatologist?
    Ipta/ipts mana ye ada tawarkan course dermatologist ni? Saya buntu sngat2.. Terima kasih kerana mmbantu.

  8. Assalamualaikum, kalau tak ambil subjek sains masa stpm boleh ke nak masuk bidang perubatan juga? Masa spm ambil subjek sains tulen, stpm tak.

  9. Saya nk tnya keputusan spm sya 5A …fiz A- math A addmath B chemB+ bio C kalo sya struggle kat matrik dpat pointer 3.8++ ke atas ada peluang tak ambik medic and satu lagi bi time spm dye still tngok lagi ke?

  10. Assalam, sy nk tnya kalau sy ambil asasi sains, boleh tak sambung mbbs? Sy aliran sc tapi tkda bio cuma ada addmaths kimia fizik masa spm. Boleh tk kalau sy smbung mbbs lepas habis asasi sains?

      1. Aqilah Sohaimi

        Assalam, semua doc mmg perlu ambik mbbs ka? Ada tak bahagian doc yg x perlu ambk mbbs? Doc kanak2 atau doc tulang perlu ambik mbbs? Tpi first step perlu ambik apa? Saya aliran sains tulen tpi kimia dn fizik tak B …

  11. Assalam. Saya Ali dari Perak. Result spm 2017 baru keluar dan saya dpt 7A 1B 1C+. Saya berminat untuk menyambung pembelajaran dalam bidang perubatan. Namun, saya diberitahu bahawa MMC telah menetapkan minima 5B jika ingin menyambung bidang perubatan. C+ saya ialah Kimia. Any suggestion untuk bantu saya realisasikan impian saya? May Allah bless all of us. Tq

  12. Assalamualaikum . saya nak tnya , kalau nk jadi jururawat tapi masuk aliran sastera . boleh tak saya apply jururawat dgn ada sub sains biasa je ?

        1. Kna tengok atas universiti.. sy tak pasti kini masih ada asasi pergigin atau tak..tapi yang pasti baik ambil asasi sains atau matrikulasi sains..satu lagi pastikan ambil asasi pergigisn di universiti yang ada ijazah bidang pergigian tu.

  13. Assalam encik…saya ada lah student pembantu perubatan…saya ingin menjadi doktor…tapi dalam spm saya dari aliran sastera…adakah aliran sastera menjadi doktor

  14. w’salaam sahana
    pastikan anda ambil m/pelajaran biologi, kimia dan/atau fizik di peringkat stpm. dan keputusan yg bagus dlm muet b. inggeris.
    tidak semua univ. akan ambil keputusan spm sebagai syarat kemasukan ke fak. perubatan.
    sekian AF putrajaya

  15. w’salaam ahmad shairazi
    teruskan ambil m/pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik tambahan di peringkat spm/’o’ level. kemudian sambung matrik/asasi sains/ting. 6 aliran sains biologi.
    ATAU
    mohon kursus diploma pembantu pegawai perubatan (medical assistant=MA) DI KOLEJ2 pembantu perubatan seperti di alor setar, seremban dll. perlu lulusan spm dan kursus selama 3 tahun. bila tamat boleh kerja di hospital: bhg. kecemasan, klinik pakar ATAU bekerja di klinik2 kesihatan dan klinik 1malaysia.
    sekian AF PUTRAJAYA

  16. AHMAD SHAIRAZI BIN SAZALI -

    Assalamualaikum, saya pelajar yang bukan ambil aliran sains tulen..tapi sya agak berminat dengan pekerjaan di hospital. Saya bercadang mahu mengambil subjek sama ada Kimia atau Biologi sendiri. jika boleh lah. tapi dapatkah saya menyambung pelajaran ke kolej ?

    1. Wsalam, jika berminat pekerjaan di hospital seperti bhagian xray, nursing, makmal.. masih boleh walau tak mengambil subjek sains tulen. Cuma perlu ambil kursus persediaan sains. Ada Kolej swasta yang menyediakan kemudahan tu. Kalau ingin ke doktor perubatan mestilah keputusan cemerlang tetapi ada koata terhad untuk kemasukan.

  17. teringin nak jadi doktor . tapi harapan musnah bila kena rombak kelas . bayangkan dri kelas sains tulen terus ke kelas yg ambil matapelajaran wajib dan seni sahaja . sudah lah tak pandai melukis . redho je lahh . kalau sains biasa boleh jadi nurse sahaja ke ?

  18. Assalamualaikum . Maaf kalau soalan saya ni dah yang bertanya . Tempoh hari masa saya apply untuk degree saya ada buat research katanya kalau sambung dalam bidang sains bioperubatan , pelajar tersebut masih ade peluang nak sambung ke peringkat seterusnya; medic cumanya di luar Malaysia . Tapi bagaimana pula kalau dari kejuruteraan bioperubatan ya ? Bolehkah nak sambung medic sbb ianya kejuruteraan . Terima kasih .

  19. Salam saya pelajar lepasan spm 2015 dan sekarang saya ambil stpm 2016-2017 aliran sains tulen.. Tetapi semasa spm saya hanya ambil subjek addmath,kimia dan fizik sahaja subjek bio..
    Bolehkah saya ambil bidang perubatan ?

  20. hello . saya nak tanya , sekiranya saya hnya mengmbil subjek kimia dan fizik dan tk mngmbil bio , boleh kh saya jdi doktor atau jururawat?

    1. hello joulene
      nak jadi doktor perubatan mesti ada asas dlm biologi.
      nak jadi jururawat rasanya tiada masalah. sekian.
      AF putrajaya

  21. Assalammualaikum..saya pernah ambil SPM tahun 2012..dan sekarang saya mengambil SPMU untuk subjek (bio,fizik,kimia,addmath,bi)..Sekarang saya sedang menuntut di sebuah IPTA dalam ijazah sarjana muda dgn kepujian biologi..tetapi minat saya ialah ingin menjadi seorang doktor..boleh ke saya memohon IPTA untuk menyambung pengajian saya dalam bidang perubatan..atau saya perlu ke IPTS

    1. w’salam afiqah

      teruskan belajar sarjana muda bio. bila sudah tamat nanti boleh mohon ke uni.2 di united kingdom (UK) atau amerika syarikat (US). saya sudah tanya kawan2 yg pernah belajar sarjana muda perubatan dan pembedahan (MBBS) di IPTA di msia, mmg tidak ada laluan ini. iaitu ijazah sarjana muda kemudian sambung jurusan perubatan.
      di US utk masuk ke fak. perubatan perlu ada ijazah sarjana muda dulu (seperti biologi, biochem. dll). belajar 4 tahun kemudian dapat ijazah “MD”.
      pastikan pilih uni. yg diiktraf JPA kerana tidak banyak uni. di US yg diiktiraf
      ijazah MD itu.
      uni.2 di UK tiada masalah dgn ijazah MBBS/MBBCh.
      selamat maju jaya. sekian.
      AF putrajaya

  22. assalamualaikum..saya nak tanya..kalau ambil diploma farmasi bolehke nak sambung dalam bidang perubatan..sebab spm hanya aliran sastera..adakah result spm akan ditengok juga? harap dapat beri penjelasan…

      1. Ohhh mksudnye sy kna masuk matriks lha..jika nk masuk bidang kdoktoran plk bgaimana?..saya ingin mnjdi seorang dktor tpi takut jika kputusn spm sy akn dilihat balik wlpun sy ada kputusan diploma..

      2. assalamualaikum. saya nk tanya kalau result spm saya biasa biasa je. lepastu saya ambil stpm aliran sains. dn dapat result yg cemerlang. adakah layak utk saya smbung pgajian bidang prubatan walaupun result spm saya biasa je.mohon pncerahan dan maklum balas. terima kasih😊

        1. w’salam unknown

          dgn keputusan STPM aliran sains yg baik anda berpeluang utk masuk fak. perubatan bergantung kpd uni. mana yg dipohon,
          kalau uni. yg menjadi pilihan ramai maka persaingan adalah sengit.
          pastikan anda dpt keputusan cemerlang dlm biologi, kimia dan
          b. inggeris.

          STPM adalah salah satu pengajian pra-uni. maka dgn keputusan peperiksaan yg baik dan memenuhi syarat2 kemasukan saya rasa tidak ada masalah.

          tidak semua uni. tempatan akan menjadikan keputusan dlm m/pelajaran tertentu di peringkat SPM sebagai syarat kemasukan ke fak. perubatan.
          sekian.
          AF putrajaya

  23. Assalamualaikum. Saya lepasan matrikulasi dgn pointer 3.39. Saya ingin memintak kos fisio dan dietetik untuk 2nd intake degree. Masih ada harapan kah utk saya dpt kos2 ini?

    1. Waalaikumussalam, utk dapat mungkin sederhana peluangnya..tapi bergantung jugak pada universiti apa yg dimohon, universiti yang kurang dapat pilihan org ramai mungkin mudah utk menerima..

  24. unknown yang nak jadi DR

    Salam. Saya graduan Bachelor(Hons)Biochemistry di UPM. Masih berpeluangkah saya untuk menyambung dalam bidang kedoktoran. Jika masih berpeluang , bagaimanakah cara dan laluannya?
    Antara informasi yang saya dapat, saya perlu menyambung Master Degree Public Health , kemudian sambung bidang kedoktoran semula selama 4 tahun. Wujudkah laluan ini di Malaysia, dan berbaloikah jika saya mengikuti laluan ini atau saya hanya perlu meneruskan dalam bidang saya sahaja sehingga Falsafah Kedoktoran?

    Terima kasih.

    1. unknown yang nak jadi DR,

      utk jadi dr perubatan masih boleh belajar di uni.2 di UK dan US (lihat jawapan saya kpd soalan afiqah). di US kena belajar 4 tahun lagi utk dapatkan ijazah “MD”.

      di msia Master Degree in Public Health dibuat selepas dpt ijazah pertama MBBS/MD. itupun kalau anda berminat dlm bidang kesihatan awam (Public Health).
      prog. “Master Degree in Public Health with specialty” mengambil masa selama 4 tahun di msia. bila tamat nanti, jadi pakar perubatan kesihatan awam (PPKA).
      sekian. AF putrajaya

  25. assalamuaikum. boleh saya tahu ipta atau ipts mana yang ada menawarkan latihan atau kursus untuk bidang radiologi?

    1. Maaf Puteri Ilya, utk maklumat tu sentiasa berubah2 setiap tahun, ikut kekosongan atau keputusan pihak institusi, utk dapat kepastian perlu menghubungi terus Institusi yg diminati bertanyakan kursus yang kita ingini.

  26. Assalamualaikum. Saya nak tanya . Cita-cita saya nak jadi doktor tapi boleh ke teruskan hasrat untuk jadi doktor tapi aliran kat sekolah tak amik bio . Yg amik cuma kimia, fizik, addmath. Boleh ke?

  27. Hi. Nak tanya. Saya mengambil aliran sastera dengan 6 subjek teras dan 3 subjek elektif iaitu geografi, perdagangan dan kesusasteraan melayu. Saya berminat untuk mengambil jurusan psikiatri. bolehkah jika saya mengambil bidang tersebut walaupun hanya aliran sastera. dan jika boleh, bagaimana caranya untuk saya menceburi jurusan tersebut. apa perkara yang perlu saya lakukan? mohon bantuan dari pihak blogger ini. sebab saya amat memerlukan. dan kepada sesiapa yg membaca, mohon bantuan. diharap anda sudi mmbantu. 🙂

    1. Bidang ini kebanyakan dari doktor perubatan, banyak kes rakan kami sebelum ini perjalanannya dari matrikulasi/ stpm sains, asasi sains terus ke ijazah perubatan. Disitu akan belajar tentang kesihatan mental dalam lingkungan perawatan dan ubatan. Selepas tamat pengajian jika ditugaskan di jabatan psikiatri maka akan dalami lebih lanjut hal psikologi dan perawatan perubatan kesihatan mental.

  28. hye.saya nak tanya.boleh ke student yang ambil aliran sastera waktu spm jadi doktor?kalau boleh, macam mana caranya?adakah saya kena ambil spm lagi sekali tetapi kali ini ambil science tulen?

    1. Untuk ke bidang perubatan memang memerlukan asas sains tulen seperti biologi di peringkat SPM. Jika guna arus perdana memang itulah caranya. Tapi sy tak pasti jika menggunakan aliran swasta, mungkin boleh ambil persediaan sains dan memohon ijazah perubatan. Tapi laluan agak rumit.

  29. Muhammad Nor Hakimi

    Assalamualaikum. Ada orang yang boleh bimbing saya tak kat sini ? Saya berada dalam aliran sains dan lemah fizik. Pada yg ikhlas nak bantu saya dan didik saya sehingga berjaya seperti anda, tolong mesej kat no. ni = 017-edit by admin. Saya tak ada wasap. Saya berharap ada yg sudi membantu. Saya nak bangga kan mak ayah. Nak buatkan dia org gembira. Saya nak ubah status hidup keluarga. Saya tak nak sia-siakan mereka yg susah payah hantar saya sekolah dari tadika hingga sekarang. Tolong bimbing saya. Tolong mesej atau call pada no. tu. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam, bagus… adik mmg seorg yang bagus..ambil inisiatif sendiri utk berjaya..niat ikhlas nak bantu keluarga..cuma sy terpaksa hide no tel adik sbb takut ada org manipulasi.. pendapat sy..cara terbaik adalah bertanya pada guru..ada ramai guru yg dapat membantu..jika dah biasa dengan guru disekolah, adik juga boleh mendapatkan nasihat guru2 lain..mereka kadangkala memberikan servis free shj utk pelajarya.. sbb hati guru ini penuh dengan kebajikan dalam soal mendidik..percayalah..

      1. Muhammad Nor Hakimi

        ok takpe .. thanks abg untuk nasihat tu .. abg ada tips tak untuk cemerlang dalam subjek fizik, kimia dan bahasa inggeris. adik lemah 3 subjek ni. harap dapat beri tips pada adk.

        1. sama2.. semua mata pelajaran berkaitan sains seperti fizik dan kimia memerlukan usaha dalam latihan dan memahami eksperimen, selain itu formula juga kne ingat.. Kadangkala memahami eksperimen boleh berikan banyak markah dan formula bleh memberikan markah tambahan pada subjek tersebut. Perlu banyak buat latihan. Untuk bahasa inggeris kne banyak gunakan dalam pertuturan harian dan membaca bahan bahasa inggeris, kebiasaan itu membantu kita baik dalam bahasa inggeris.

        2. salaam muhammad nor hakimimi.
          (1)untuk bahasa inggeris terutama nahu (grammar) cuba baca buku “brighter grammar” book 1-4, boleh pinjam dari perpustakaan. baca buku2 cerita dalam bahasa inggeris, tajuk; black tulip, tale of two cities, silas manor, dr jackeyl and mr hyde dll.
          (2)matematik tambahan kena buat latihan sekurang2nya 5 soalan sehari. kalau hari sibuk, besok kena baut 10 soalan.
          (3)fizik: beli buku ulangkaji dan juga membaca contoh jawapan soalan2 tahun2 lepas.
          (4)kimia: kena faham teori yang asas iaitu valensi, jadual berkala dan kiraan dalam kimia melibatkan berat atom dsb.
          sekian.
          AF putrajaya

  30. Kalau dapat 4 flat dalam matrik ttp kimia saya c+ dalam spm. Is there any hope for me to be a doctor.
    Ada panel rayuan ?

  31. assalamu alaikum, erm saya dri aliran sains spm, saya nk tnya, boleh ke klau diploma dlm bidang lain dan degree saya tukar ke bidang lain ? cthnya diploma saya smbung dlm bidang tahfiz, lepas itu saya smbung pula dlm bidang sains, boleh ke mcm tue ? yg dlm bidang tahfiz tu saya rasa mcm rugi klau saya tk ambil..

    yg bidang sains tu saya tk kisah antara pharmacy, MA atau perubatan.. dan mmg sbnarnya cita2 saya sejak dulu lgi.. huhu

    Mohon penjelasan..

    1. w’salaam Zairul Amin,

      dgn keputusan SPM anda adakah layak utk masuk kursus matrikulasi/asasi sains UM? kalau layak pohon saja ke tempat di atas. dgn keputusan peperiksaan yg baik matrikulasi/asasi sains UM anda boleh sambung ke fak. perubatan atau fak. farmasi.
      ATAU
      kalau keputusan SPM baik masih boleh belajar perubatan di timur tengah (ambil masa 6 tahun). farmasi dan pergigian selama 5 tahun.
      ATAU
      MASUK UiTM buat diploma sains (5 semester). dapat keputusan baik boleh sambung ke fak. perubatan.

      MA
      atau dlm bahasa melayu pembantu pegawai perubatan (PPP). Lepasan SPM boleh pohon, kursus ini diadakan di beberapa kolej pembantu perubatan (alor setar, seremban dll). lulusan SPM aliran sains berpeluang besar utk dapat masuk ke kursus ini. kerja PPP kebanyakannya di bilik kecemasan hospital dan klinik kesihatan. sekian.
      AF putrajaya

  32. Assalamualaikum, saya ingin bertanya, tamat tempoh sijil spm untuk perubatan berapa lama ye? saya bercadang untuk mengambil diploma dalam bidang agama(selama 3 thn) dan bercadang untuk menceburi bidang kedoktoran setelah tamat 3 tahun diploma. Adakah keputusan spm saya masih valid untuk memohon bidang kedoktoran setelah tiga tahun tersebut? Terima kasih atas bantuan Tuan 🙂

  33. Ain Ilya Aqilah

    Nak tanya.. klau result spm Fiz C+, Kim B, Addmath B, English B+, yang slebihnya A, kcuali BM A-, dengan result mcm ni, ada x chance nk msuk PASUM?

    satu lgi,

    klau buat matriks and dpt pointer tinggi, 3.8 ke atas.. bolehkan smbung degree dkt UM dlm bidang perubatan.

    saya harap ada yang reply sbb saya nak tau sgt sgt..

    1. Ain, Tahniah, result ok..persaingan utk perubatan skrg ni juga tinggi..ada ramai juga yg dapat 4.0 yg tidak berjaya diterima. tapi ia bergantung pada rezeki..cubalah yer..

  34. Salam, saya adalah seorang pelajar dari aliran perdagangan. Saya nak tanya, adakah saya dapat jadi doktor dengan bantuan subjek add sains dan add maths dalam spm nanti ?

  35. Salam..sya nk tnya, saya brminat sngt dlm bidang kedoktoran ni dan saya teringin sangat sangat nak jadi doktor..tapi saya bukan dari aliran sains..saya aliran akaun..so apa yang perlu saya buat erk?? masih ada harapan lagi ke untuk jadi doktor??Macam mana klau saya nak tambah subjek bio, kimia dan add math..sbb klau nak jadi doktor kena ada bio dan kimia kan..saya harap sangat tuan punya website ni atau seseorang boleh tolong jawab jap..tq..

    1. salam, utk ke bidang kedoktoran memang perlu aliran sains..ada juga yg sambung belajar asasi perubatan atau persediaan sains di kolej swasta.. aliran swasta mungkin boleh..tapi kne mula balik peringkat persediaan atau asasi.

      1. nak tnye klu ambk MA kan ade ker peluang sambung ijazah MBBS??pastu klu kena mula blk kna ambk asasi or persediaan la??ooo klu asasi bpe thn??klu nk trus sambung ijazah terus tnpa kna ulang semula x leh ker??harap admin dpt mmbalas dgn segera tq..

  36. ASSALAMUALAIKUM,
    saya pelajar lepasan spm 2014 dan mendapat 8A+ 1A1B,semua subjek sains saya A+ dan BM A dan BI B . Saya keliru sama ada mahu memilih matrikulasi atau asasi sains di IPTA.Yang manakah saluran yang mudah dan sesuai bagi saya untuk melanjutkan pelajaran dalam degree perubatan.

  37. Assalamualaikum. .saya pelajar sains tulen dr smk biasa sja.Saya mmg brminat nak jd doktor.Tp amat mnyedihkn result spm saya cuma 6A.Org kata x lyk nak jd doktor.
    BM-A+
    BI-A
    MT-A+
    ADMT-B
    SJA-A
    PI-A+
    BIO-B+
    FZK-C+
    KIM-A
    Hasrat di hati nak msuk asasi sns hayat.Tp saya tau peluang utk tu tipis.Saya mmg sgt lemah fizik.Klau saya dtrima ke matrikulasi, bolehkah saya x amek fizik? Modul brpa yg prlu saya ambil?Klau saya x de fizik, bleh ke saya truskan cita2 saya nak jd doktor?Sebak hati saya bila ada org ckp ‘Laa ksian..nak jd dr kne smua A.’Wlau apa pun, saya ttp nak truskan cita2 saya, saya nak tunaikan hasrat ibu dan bapa.Saya nak buktikan spm 6A pun blh jd doktor.Saya harap ada yg sudi mmbri respon dan mngurgkan ksdihan saya.

    1. Hai adik reen. Tgh blogwalking terbaca komeb awak pulak. Untuk layakkan diri untuk masuk sarjana perubatan ni mesti/wajib dapat 4.0 masa matrikulasi atau asasi. Spm xpenting dah tapi tgok U juga. Ramai kawan2 saya yg spm 6/7A boleh smbung perubatan tapi dgn syarat dapat 4 flat la. Ad juga yg dapat straight A spm tapi x4 flat xdapat kos medik. Tebus result spm awk ngan result matrik. Insyaa Allah berjaya 🙂

  38. Assalamualaikum.. Bagaimana kalau mndapat keputusan matrikulasi 3.8 ke atas tp muet hanya mendapat band 2.. Adakah masih layak untuk memohon bidang perubatan?

    1. Nursyahirahissam

      Min requirement muet for medic is band 3… no toleration… it happened to my frend too, now she study in pharmacy uitm after repeat muet on july & rayuan di uitm, but cannot pursue in medic bcoz, the result muet for july exam came out bln 9, which means upu rsult pon da kluar, and kuota studnt medic dah full…

      1. Salam..
        Anak sy dpt C+ utk fizik n kimia masa spm yg lepas. Knowing MMC tetapkan at least B utk subjek tersebut di spm jadi anak sy nak lanjutkan pelajaran ke form 6 sbb result stpm nanti akan over right result spm.. so dia boleh mohon ke ipta dlm bidang perubatan later on dgn result stpm. Betul ke informasi yg kami dpt ni? Perlukah dia re-sit 2 paper tu lg dlm masa yg sama belajar form 6? Tkasih.

  39. Saya diploma penolong pegawai perubatan..
    Saya nak tanya penolong pegawai perubatan boleh ambil degree in MBBS tak? Dan universiti mana yang ambil diploma penolong pegawai perubatan untuk masuk degree MBBS..
    Hope admin and crew help me..Thanks

  40. Assalamualaikum . Saya berminat untuk menyambung Ijazah dalam bidang Dietetik dan Pemakanan UiTM. Saya mendapat pointer 3.12 dan mendapat Band 3 (MUET). Adakah saya layak untuk memohon jurusan tersebut ?

    Saya lulusan Diploma Teknologi Makanan .Harap cikgu membalas mesej saya. Terima Kasih.

    1. Waalaikumussalam, saya tak pasti DIploma itu berkaitan atau tidak dengan Dietetik. saya ada buat artikel bekenaan Dietetik sebelum ini, cuba search kat xpresi ni. kalau dari segi pointer memang dah baik. Tapi biasanya ika boleh rujuk panduan syarat permohonan yang dikeluarkan UPU untuk mengetahui ika layak atau tak.

  41. Assalamualaikum.. Saya pelajar tingkatan 5 di MRSM dan masih mencari jawapan untuk memilih kerjaya yang paling sesuai dengan saya. Saya meminati dalam bidang farmasi. Saya ingin bertanya tentang laluan kerjaya selepas mendapat keputusan SPM dalam bidang farmasi?? Mohon tuan boleh terangkan flow nye ye supaya saya dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi.. tq

  42. Assalamualaikum nk tnye ni…sy ni dr aliran sastera…sy mmg minat untk mnjdi doktor…sy brcadang untk tambah subject bio n kimia yg mrupakan sub pnting dlm medic pada spm kali kedua bkn brmakna sy mhu membaiki tp mahu menambah sub…klu x ambk kimia,fizik n addmath…blh ker sy smbg pengajian dlm bidang medic ni… Harap reply dlm emel sy

  43. assalamualaikum…
    saya sekarang pelajar pembantu pegawai perubatan (ppp).. cita2 nk jdi doktor tpy keputusan spm xberape nk strong..jdi saya nk tnye de jln untk saya sambung medic x lpas saya abis blajar??

    1. Wsalam.. PPP dengan doktor adalah berlainan.. utk mohon doktor kne mula kembali dari persediaan ijazah.. boleh cuba ambil di universiti swasta.

      1. Salam nk tnye lg..emmmm klu ambk pembantu perubatan kiranya ijazah tu blh la mtk medic??sbb sy sbnrnya msh was2 n sukar untk percya..ade akk senior kata klu rsult spm tu truk blh apply spa..pastu ijazah ambk medic…adakah btul ape yg d katakan oleh kakak senior sy tu???

        1. Nursyahirahissam

          Boleh, but still result spm mesti memenuhi syrat2x minimum utk amek medic… coz MMC dah tetapkn medical stdnt pnye minimum requirement for every sbject in SPM & Degree…
          means, even excell pointer in degree pmbtu perubtn, still, u have to repeat certain subjects in SPM that below the min requiremnt of MMC…
          after this all, it’s all about competition to get the place for being amedical student~ gud luck ^_^

  44. assalamualaikum, sy ada stu prtnyaan, sy students paramedik in cucms tahun ke 3, pointer sy sekitar 3.0 above, adakah kami (students paramedik) layak untuk smbung stdy dlm bidang kedoktoran setelah tamat pengajian paramedik ini. .?

  45. Nur 'Afina Masrif

    Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar SPM 2012 dan Alhamdulillah mendapat keputusan straight A’s for all 10 subjects. Saya juga telah menghabiskan pelajaran di matrikulasi. Namun pencapaian saya kurang cemerlang dengan pointer keseluruhan 3.46 disebabkan masalah kesihatan yang dialami. (Menjalani pembedahan di awal kemasukan dan diberi cuti 2 bulan lebih namun saya mengambil cuti 3 minggu kerana bimbang akan pelajaran ). Dan saya memang bercita cita untuk menjadi seorang doktor pakar bius. Disebabkan result saya tidak seberapa, saya tiada rezeki untuk melanjutkan pelajaran dalam.bidang tersebut dan mendapat tawaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian Biologi. Namun, saya betul2 ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pembedahan. Mungkin ada apa2 cadangan dan pandangan tentang masalah saya ni?