Dokumen penting seharusnya dijaga rapi, namun demikian sekiranya ia hilang bagaimana untuk mohon sijil hilang untuk PT3, SPM, LCE dan MCE.
‘’Alamak, apa yang aku nak buat ni? sijil PT3 hilang.’’
Hal ini mungkin berlaku apabila ada permohonan kerja mahupun institusi pusat pengajian yang ingin men`dapatkan `sijil PT3 dan sijil-sijil yang lain, tetapi telah hilang dari simpanan anda. Jangan mudah gelabah dengan situasi itu. Saya selitkan panduan yang boleh anda gunakan sekiranya sijil-sijil yang anda perlukan seperti yang saya nyatakan di topik utama telah hilang.


Berikut merupakan beberapa panduan yang anda boleh gunakan :
Datang ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia
- Sediakan maklumat yang pihak lembaga peperiksaan Malaysia perlukan. Tempoh siap untulk sijil SPM yang anda mohon mengambil masa 1 jam sekiranya anda memudahkan urusan mereka dengan kelengkapam maklumat yang diminta. Anda juga diminta untuk melengkapkan borang hilang sijil SPM yang anda telah hilang di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut alamat di bawah.
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-888 43526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031
Anda boleh datang menghadirkan diri pada waktu urusan pejabat
*isnin –khamis : 8.30AM – 4.30PM
*Jumaat: 8.30AM – 12.30PM – 2.45PM – 4.30PM
Membuat permohonan melalui POS
- Cara ini agak mengambil masa yang lama. Ia mengambil masa 2 minggu. Anda boleh downnload borang permohonan sijil hilang SPM yang berkenaan dan perlu lengkapkan seterusnya poskan ke alamat yang tertera di cara 1.
- Anda perlu menyediakan wang pos atau moner oder RM10.00 untuk bayaran bagi setiap salinan siil
- Bagaimanapun, perkhidmatan terjemahan bagi sijil keputusan PT3, SPM DAN spmu juga boleh didapatkan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Jika anda hilang sijil STPM
- Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM anda yang telah hilang dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan borang permohonan salinan sijil STPM.
- Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk perkhidmatan ini.
- Kepada calon yang ingin mendapatkan penyata keputusan STPM anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk perkhidmatan itu.
Jika anda hilang sijil UPSR
- Siil upsr ini anda boleh mendapatkan ia daripada sekolah rendah anda yang asal. Kementerian Malaysia tidak menyediakan salinan sijil baru sekiranya anda kehilangan sijil UPSR anda.
Hahahah..alamak saya pon hilang sijil pt3..nak kena pegi minx kat sana jgak ke?
klau sijil pt3 nak buat mcm mna?
Sijil pt3 saya hilang dan saya mahu dapatkan semula