Dengan internet banyak kelebihan yang bakal diperolehi, dengan internet kemungkinan kita mudah untuk mendapat 1000 sehari. Mungkin sedikit panduan dibawah mampu mengubah hidup anda dalam menjalani kehidupan seharian yang kian mencabar kini.
Bagaimana mendapatkan seribu sehari? Adakah ini skim cepat kaya? Atau skim piramid, ataupun jualan langsung? Secara terang ini adalah kenyataan, realiti yang perlu anda tahu yang mana dengan ikhlas saya ingin kongsikan kepada sahabat pembaca. Jika apa yang saya cadangkan ini anda lakukan, kemungkinan 1000 akan anda dapat, malah lebih dari itu untuk sehari.
Bagaimana?
Cepat betul bertanya, baiklah..ini adalah rahsia yang mungkin ramai orang tahu tetapi masih kurang yang sedar kepentingannya. Sempena bulan mulia ini saya ingin kongsikan khusus kepada umat islam dan boleh juga diamalkan oleh bukan islam. Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan lebih dari 1000 pahala sehari walaupun ketika anda tidur? Eh, duit? Ada ke saya tulis RM 1000? Hehe..tak lah..saya maksudkan 1000 pahala sehari..susun jari maaf jika buat anda terkejut dan tersinggung.. Anda tahu tak sangat senang zaman sekarang ini untuk kita kemungkinan akan dapat 1000 pahala sehari dengan hanya menggunakan media sosial seperti facebook. Bagaimana sistem ini berlaku? Baiklah, dibawah saya sertakan tipsnya :
Tulis dan komen mengajak rakan-rakan anda menghormati ibu bapa
Untuk pengetahuan sahabat, setiap orang akan mempunyai rakan paling kurang 100 orang dalam facebooknya. Jika anda menulis mengajak atau kisah teladan mengajak mereka menghormati ibu bapa kemungkinan 100 orang rakan anda itu akan membacanya. Disitu anda kemungkinan akan mendapat 100 pahala sehari. Tetapi jika ia share/like penulisan anda itu maka ia akan dapat dibaca oleh semua 100 orang rakan tadi. Jika dikira sekarang anda telah mengumpul 200 orang. Cukuplah jika sehari 10 orang sahaja dari 100 orang rakan anda berkongsi untuk mendapatkan kemungkinan 1000 orang membacanya dan menghayatinya sehari.
Saya rasakan penulisan ini penting kerana sejak akhir ini hubungan anak dan ibu bapanya perlu dikukuhkan demi menjamin keharmonian keluarga seterusnya mampu membentuk generasi yang beriman.
Tulis dan komen mengajak rakan-rakan bersahabat dan menghormati sesama saudara
Sejak akhir ini banyak kes pembunuhan dan pergaduhan berlaku, ramai individu, kelompok yang mempersenda, bermusuh, mencari kesalahan, mengumpat, mencaci, bergaduh sesama mereka. Bantulah mereka dengan mendidik mereka supaya sedar bahawa kita sebenarnya bersaudara. Tiada apa-apa faedah jika kita bergaduh kerana mereka juga jika diselidiki mempunyai hubungan saudara, macam adik beradik gitu..hehe. jika ada kesalahan, tegurlah dengan cara baik dan haruslah mementingkan supaya tidak memalukan orang itu. Jika kita asik membunuh, berperang antara satu sama lain nanti siapa yang nak tinggal kat dunia ni? Kesian orang yang dibunuh tu. Dia pun ada impian untuk menimang cahaya mata, berjaya dalam SPM, keluar makan dengan kawan-kawan dan berkahwin. Hehe..Berdosa tau jika anda merampas kebahagiaan orang lain..
Satu lagi jika ada individu atau kelompok memang terang perlu ditangani atau diambil tindakan, jangan bimbang tidak perlu kita gunakan kaedah kasar atau menyakitkan. Kita hanya perlu berjuang dengan cara halus, berpendidikan, pastikan setiap tindakan kita itu cukup tajam dan berbisa. Yang pasti niatkan ia untuk kebaikan. Jika kita berusaha sedemikian, saya percaya mereka yang jahat, tidak benar itu pasti akan kalah jua, walaupun bukan hari ini..Sebab kebenaran pasti akan menang, maha pencipta maha mengetahui segalanya.
Tulis dan komen mengajak rakan anda menutup aurat
Ops, ini saya taknak hurai banyak, saya rasa ramai dah tahu aurat lelaki dan aurat wanita ( Islam ). Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, bagi saya hal ini boleh menyebabkan kerugian besar, Jika dosa mencuri kita perlu bersusah payah melarikan diri dengan polis tetapi bab aurat ini ia tak perlu bersusah payah kerana untuk mendapat dosa kita hanya perlu duduk dan tayangkan sahaja. Satu pelaburan yang tidak efektif serta tinggi dan pantas kadar kerugiannya.
Tulis dan komen mengajak rakan anda tidak makan harta anak yatim
Ini bukanlah ditujukan kepada anak yang mempunyai ayah bernama yatim. Yatim yang saya maksudkan anak yang tiada ibu, bapa atau keduanya. Mereka ini perlu dibela kerana tiada tempat bergantung dan bukannya menjadi satu target pemasaran untuk mendapatkan lebih untung dalam berniaga.
Ok, cukuplah dengan yang ada diatas, sebenarnya ada banyak lagi dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka yang lalai. Untuk meningkatkan lagi pendapatan anda, saya sarankan anda mencari idea menulis dan komen yang lain silalah tanya pakcik google mungkin dengan taip “ Dosa Besar “ . Bagaimana? Mudah kan, untuk anda menjadi seorang yang kaya terutama di akhirat nanti? Banyak untung walaupun ketika anda tidur. Bagaimana pula yang menulis tentang mencaci, menipu, menunjuk aurat, dan banyak lagi negatif? Entahlah, mungkin mereka memilih untuk kerugian besar secara pantas…Perlu ditegaskan disini 1000 itu bukanlah duit. 1000 itu bukanlah sesuatu yang pasti anda mendapat pahala. Tetapi 1000 itulah sumbangan anda untuk membantu rakan lain, banyak atau sedikit pahala yang diberi sebenarnya hanya Allah yang maha mengetahui. Selamat Berpuasa, semoga bulan penuh keberkatan ini memberi 1000 makna bagi mereka yang mengamatinya.
Sekian Terima Kasih
4 thoughts on “Panduan Mudah Mendapat 1000 Sehari Dengan Internet”
SAYA SUKA XPRESI ^_^
Terima kasih..bnyk..sy akan terus bersemangat dgn motivasi yg diberi 🙂
Thanks.. Peringatan untuk semua.. Nilai duit x dapat nak dibandingkan dengan ilai pahala.. 🙂
Betul tu, terima kasih sbb singgah sini..Selamat berpuasa… : )