Satu isu dan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh menteri pelajaran. Pastinya warga sekolah tercari-cari panduan pelaksanaan M10MP. M10MP diperkenalkan sebagai pembaharuan untuk menjadikan perhimpunan sekolah lebih menarik dan menjimatkan masa. Menurut sumber pembaharuan ini dilihat lebih berimpak tinggi serta menarik minat pelajar untuk terlibat sama dalam perhimpunan sekolah.


Panduan Pelaksanaan M10MP Mengikut Modul
Gambaran awal pelaksanaan M10MP, adalah perubahan dari aspek penyampaian baru berlainan daripada konsep perhimpunan sebelum ini. Pelaksanaan kandungan perhimpunan adalah berdasarkan modul M10MP yang dikeluarkan oleh Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas.
Modul 10 Minit Perhimpunan ialah set aktiviti unpack curriculum yang dibangunkan bagi membudayakan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru dan murid sekolah. Pelaksanaan modul ini merupakan satu daripada medium bagi menjayakan program penjenamaan Isnin Hari Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Utusan Malaysia bermula Januari 2017.
Sebanyak 42 aktiviti yang merentas subjek dan tahap persekolahan – rendah dan menengah dibangunkan untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah mengikut tema yang boleh disesuaikan dengan hari perayaan atau acara tertentu seperti Minggu Sains, Keusahawanan, Alam Sekitar, Hari Orang Kelainan Upaya dan sebagainya sewaktu perhimpunan mingguan dalam tempoh 10 minit.
Modul ini sebagai pencetus dalam mewujudkan elemen keseronokan kepada murid bagi mengikuti PAK21 di samping menyediakan persekitaran yang menyokong keperluan mereka untuk melaksanakannya. PAK21 yang berfokuskan murid ini menerapkan nilai murni, memberi peluang mereka mengembangkan potensi diri dan menjadi pemikir, mengaplikasi dan mencipta melalui tugasan berasaskan projek di samping menggalakkan mereka berdamping dengan masyarakat setempat.
Aktiviti mingguan dan panduan lengkap berserta skrip disediakan bagi memudahkan guru mengaplikasikan modul ini. Antara aktiviti termasuklah gerak kerja serentak, lakon peranan, persembahan, pertandingan dan simulasi agar dapat memberikan impak positif yang berkekalan kepada semua murid secara inklusif tanpa mengira latar belakang sosial, tahap kognitif, aliran perdana atau pendidikan khas dan juga orang Asli.
Keistimewaan M10MP
- Dikendalikan dalam tempoh 10-15 minit sahaja tanpa mengganggu acara perhimpunan.
- Aktiviti berpusatkan murid iaitu murid sebagai fasilitator yang akan mengendalikan slot selama 10 minit itu dan mengawal penonton.
- Aktiviti mencetus dan merangsang pemikiran murid.
- Aktiviti bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan maklumat berguna kepada semua.
- Disediakan panduan dan skrip untuk membantu guru melaksanakan modul ini.
- Disediakan Sudut PAK21 untuk mendokumentasikan aktiviti Modul 10 Minit.
- Perhimpunan yang membawa kepada penarafan bintang kepada pihak sekolah.
- Unpack curriculum iaitu melaksanakan aktiviti berdasarkan tema tertentu dan boleh dipelbagaikan merentasi subjek dan tahap mengikut keupayaan latar belakang murid.
Budaya berfikir dan unpack curriculum
M10MP di inovasikan untuk memberikan satu lagi aktiviti alternatif yang membudayakan proses berfikir melalui perhimpunan di sekolah
model ini menjadi pemangkin untuk men jentik pemikiran murid melalui aktiviti yang dirancang secara teliti
unpack curriculum diperkenalkan bagi variasi dan membezakan kurikulum yang disampaikan di dalam kelas mahupun di tapak perhimpunan atau di pusat sumber sekolah
Modul 10 Minit Perhimpunan
Untuk gambaran awal, terdapat 3 modul utama yang dikeluarkan di laman rasmi M10MP terdiri dari 3 fokus utama iaitu :
Melalui modul aktiviti yang disediakan menampakkan perancangan yang teliti dengan disertakan langkah-langkah pelaksanaan dan fokus-fokus utama dalam penyampaian aktiviti.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Pelaksanaan M10MP ni memerlukan kefahaman yang lebih jelas kepada pihak pentadbir dan juga guru. Walaupun pelaksanaan M10MP ini dilakukan oleh pelajar terpilih, guru perlu terlebihdahulu mahir untuk melatih pelajar terpilih untuk melaksanakan modul dengan lebih berkesan. Sekiranya anda ada pertanyaan atau pun inginkan maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk merujuk laman rasmi khas M10MP ini menerusi laman Institut perguruan Kampus ilmu khas