Panduan Pelaksanaan Program Ziarah Cakna

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Program ziarah cakna merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Oleh kerana ia masih baru,   Mungkin ramai yang masih belum maklum bagaimana cara  pelaksanaan program ziarah cakna ini.  Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.

Program Ziarah Cakna
Program Ziarah Cakna

Program Ziarah Cakna ini adalah hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018 yang mana Bahagian Pengurusan sekolah harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM.

Pelaksanaan konsep ziarah cakna ini sebenarnya untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang yang sedia ada bagi menangani mutual distrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibubapa dan penjaga.

Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar.  Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru

Aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar

Pelaksanaan Program Ziarah Cakna

Bagi menjelaskan lagi tentang program ziarah cakna ini, program ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dan ia perlu menjadi amalan di sekolah mengikut cara dan kreativiti serta kesesuaian pihak sekolah. Walaupun demikian, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif seperti garis panduan yang ditetapkan  pelaksanaan sebelum semasa dan selepas seperti di bawah:

Sebelum

  • Guru perlu mengenali murid dengan menyediakan maklumat awal berkaitan murid di sekolah sama ada sahsiah, tingkah laku ataupun pergaulan pelajar tersebut dengan rakan-rakan lain.
  • Menghantar surat atau menghubungi ibu bapa murid sebelum ziarah dilaksanakan
  • Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu bapa penjaga murid

Semasa

  • Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa penjaga seperti tidak perlu menyediakan makan dan minum.
  • Ziarah dilaksanakan pada masa yang tidak melibatkan masa pembelajaran dan pengajaran.
  • Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid iaitu sahsiah, tingkahlaku dan perkembangan diri di sekolah dan di rumah.
  • Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status sosioekonomi keluarga dan keperluan lain yang diperlukan
  • Menziarahi ke rumah murid pada tempoh masa yang bersesuaian dengan tujuan perjumpaan tersebut

Selepas

  • Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang memerlukan
  • Tindak susul bagi murid yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak tertentu
  • Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai platform perhubungan
  • Membina jaringan kerjasama bersama sama ibu bapa penjaga yang mempunyai kemampuan kemahiran dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah

Daripada maklumat yang disediakan di atas  dapatlah dirumuskan bahawa program ziarah cakna  ini lebih mengutamakan hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa pelajar.

Hubungan yang ingin dipupuk ini adalah menerusi lawatan pihak sekolah sama ada guru atau pentadbir ke rumah pelajar secara berfokus.  Guru atau pihak sekolah boleh memilih untuk pergi ke rumah pelajar yang mempunyai masalah ataupun mengunjungi rumah pelajar yang  tidak mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

Program ini lebih berstruktur dengan pihak sekolah perlulah membuat sedikit fokus  tujuan sebelum ke rumah pelajar  dan juga perlulah membuat laporan selepas lawatan dibuat. Diharapkan program murni ini dapat memberikan lebih motivasi dan juga kesan kepada ibu bapa dan pelajar dalam menangani masalah sosial dan juga meningkatkan lagi prestasi akademik.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here