Panduan pemilihan bidang pengajian bagi pelajar SPM 2020. ianya bagi memudahkan calon untuk membuat pemilihan bidang pengajian yang mahu mereka ikuti di alam Universiti. Semua lepasan calon SPM atau STPM dan setaraf mengharapakan untuk memasuki ke alam Universiti tetapi BUKAN semua dapat merasainya.
Hal ini disebabkan terdapat pelbagai faktor penyebab anda TIDAK dapat tawaran ke Universiti. Justeru itu, lakukan kajian yang betul sebelum membuat permohonan.
***JATUH SEKALI TIDAK BERMAKSUD ANDA GAGAL TETAPI IANYA ADALAH SALAH SATU LANGKAH TANGGA KEJAYAAN***
TAHUKAH ANDA!!!
Pemilihan bidang pengajian mudah sekiranya anda tahu apa yang anda mahukan. Walaubagaimana sekalipun, ianya akan menjadi sukar sekiranya kemahuan anda TIDAK mengikut kelaykan anda. Justeru itu kelayakan dan kehendak perlu setara.
Panduan Pemilihan Bidang Pengajian Bagi Pelajar SPM 2020
Panduan pemilihan bidang pengajian bagi pelajar SPM 2020 bukanlah suatu perkara yang baru. Walaubagaimana sekalipun ilmu pemilihan amatlah penting. Justeru itu, ilmu dan keputusan perlu setara.
Antara panduan pemilihan bidang pengajian bagi pelajar SPM 2020 adalah seperti:-
1) Pilih bidang mengikut kelayakan calon
PENTING!!!
Pemilihan bidang mengikut kelayakan calon. Hal ini bagi memastikan anda BERJAYA memohon bidang yang anda ingini. Pada masa yang sama, ianya bagi MENGELAKKAN calon berasa give up dalam membuat permohonan.
Tips Mudah Dalam Membuat permohonan atau pemilihan:-
- Pilih bidang mengikut bidang pengajian yang anda pelajari semasa SPM
- ELAKKAN permohonan bidang pengajian yang BUKAN kelayakan seperti bidang perubatan tetapi belajar bidang perakaunan
TAHUKAH ANDA!!
Salah satu sebab anda TIDAK DAPAT menyambung pengajian adalah disebabkan anda memohon bidang pengajian yang BUKAN mengikut kelayakan anda atau mohon bidang pengajian di luar bidang anda.
- PASTIKAN permohonan menepati syarat KHAS permohonan BUKAN syarat AM permohonan
PENTING!!!
Baca dahulu syarat khas permohonan agar memudahkan lagi anda ketahui tahap kelayakan anda untuk memohon bidang tersebut. Sekiranya anda TIDAK memenuhi syarat khas maka DINASIHATI agar TIDAK lakukan permohonan tersebut kerana ditakuti anda TIDAK akan dapat bidang pengajian tersebut.
Tip mudah ini dapat membantu serba sedikit berkenaan dengan pemilihan bidang pengajian yang anda mahukan. Walaupun kelihatan mudah tetapi sebenarnya ramai yang mengabaikan tip yang ke-3 ini. Hal ini disebabkan mereka beranggapan bahawa lepasi syarat am sudah mencukupi tetapi sebenarnya syarat khas yang penting.
“Rezeki BUKAN di tangan manusia tetapi rezeki berada di tangan ALLAH, maka berdoa dan mengharapakan pertolongan ALLAH bukan manusia”
2) Pilih bidang mengikut minat calon
Pilih bidang mengikut minat calon, walaubagaimana sekalipun minat TANPA kelayakan ianya akan menjadi sia-sia. Maka, anda WAJIB memilih bidang pengajian seiring dengan keputusan yang layak dan minat.
TAHUKAH ANDA!!!
Pemilihan bidang mengikut minat membolehkan anda meneruskan pengajian anda dengan lebih lancar.
Pada masa yang sama, ianya memudahkan anda untuk mendapat atau memperoleh keputusan yang cemerlang kerana bidang yang anda ceburi itu merupakan bidang yang anda minati.
3) Pilih program pengajian mengikut KEUTAMAAN
Ramai yang tidak ambil peduli akan KEUTAMAAN bidang agar tidak tersalah bidang yang benar-benar anda mahukan. Turutan pemilihan program adalah penting semasa mengisi borang UPUOnline. Letakkan pilihan UTAMA yang anda minat dan layak. Seterusnya baru bidang yang anda layak.
Walaupun bidang yang anda minat dan layak pohon boleh menambahkan lagi keyakinan anda untuk pohon TETAPI calon tetap dinasihati untuk bertanya kaunselor dahulu. Hal ini disebabkan pandangan pakar amatlah membantu anda dalam membuat pemilihan bidang dan keutamanan.
TAHUKAH ANDA!!!
Kaunselor merupkan orang yang bijak sesuatu bidang. Justeru itu, dapatkan nasihat mereka yang pakar agar calon tidak tersalah dalam membuat pemilihan bidang.
4) Pelbagaikan bidang pilihan
Semasa memohon bidang pengajian, anda DIGALAKKAN untuk mempelbagaikan bidang pilihan. Hal ini disebabkan kepelbagaian bidang pilihan dapat membantu anda untuk mendapat tawaran yang lebih pelbagai. Justeru itu, pastikan anda semak satu demi satu bidang pengajian dan lihat intitusi mana yang menawarkan program pengajian yang betul-betul anda mahukan dan sesuai dengan kelayakan.
“Kejayaan bukan datang secara bergolek, maka anda perlu sentiasa berusaah untuk mencapai satu kejayaan”
Tiada permata yang jatuh bergolek,
Tiada kejayaan yang jatuh bergolek,
Maka usaha itu penting,
Tanpa usaha tiada kejayaan di hadpaannya.
Rujukan :-