Panduan Permohonan Penstrukturan Semula Pembayaran PTPTN 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Panduan Permohonan Penstrukturan Semula

Panduan permohonan penstrukturan semula pembayaran PTPTN 2021 dengan mudah. Penstrukturan semula pembayaran PTPTN merupakan salah satu alternatif terbaik buat semua peminjam agar terkeluar daripada belengu hutang yang tidak henti-henti.

PERINGATAN!!!

Panduan Permohonan Penstrukturan Semula pembayaran adalah pilihan terbaik berbanding anda LARI ATAU TIDAK BAYAR daripada hutang yang telah anda gunakan.

Kebaikan penstrukturan semula pembayaran Hutang PTPTN

Terdapat kelebihan atau kebaikan penstrukturan semula pembayaran Hutang PTPTN. Antara kelebihannya adalah seperti:-

  • ELAKKAN peminjam daripada di blacklist oleh pihak kerajaan daripada kebebasan untuk melancong ke luar Negara
  • Mengalakkan peminjam membayar hutang
  • Meringankan beban peminjam TERUTAMANYA pada musim pandemik ini

Panduan Permohonan Penstrukturan Semula Pembayaran PTPTN 2021

Panduan Permohonan Penstrukturan Semula

Antara panduan permohonan penstrukturan semula pembayaran PTPTN yang boleh peminjam ikuti adalah dengan cara :-

a) Maklumkan kepada pegawai untuk membuat penstrukturan semula pembayaran hutang PTPTN secara bulanan

b) Pegawai akan melakukan semakan rekod pembayaran pemohon terlebih dahulu

c) Sekiranya ada tunggakkan anda WAJIB membuat pembayaran dahulu. Justeru itu, untuk membuat penstrukturan semula PASTIKAN anda TIADA TUNGAKKAN.

d) Pembayaran hutang PTPTN boleh menerusi cash atau pembayaran menggunakan wang simpanan KWSP Akaun 2.

e) Pemohon WAJIB mengisi borang penstrukturan semula pembayaran (Pegawai akan mengemailkan borang penstruturan semula)

PENTING!!!

No Pinjaman sangat PENTING dalam pemohonan penstrukturan. Sekiranya peminjam TIDAK ingat no pinjaman maka boleh meminta pegawai menolong untuk nyatakan no pinjaman.

Info Tambahan :  110 Jawatan Kosong SPA9 Untuk Lulusan SPM/SVM

f) Pemohonan penstrukturan boleh dibincangan dengan pegawai mengikut kemampuan peminjam (Biasanya 1/2 daripada jumlah peminjam WAJIB bayar)

g) Setelah selesai mengisi borang penstrukturan semula, maka anda perlu menunggu pihak PTPTN membuat pengesahan pemohonan.

h) Pihak PTPTN akan emailkan dokumen dalam masa 24 jam setelah anda melakukan pemohonan

i) PTPTN akan di semailkan surat tawaran berserta dengan dokumen perjanjian.

j) Peminjam perlu lengkapkan dokumen yang ada dan serahkan semula ke kaunter PTPTN mengikut tarikh yang dimaklumkan

PERINGATAN!!!

Pastikan setiap dokumen yang bakal diserahkan kepada pihak PTPTN mempunyai 1 salinan buat peminjam. Hal ini bagi MENGELAKKAN peminjam lupa untuk membuat pembayaran mengikut perjanjian penstrukturan semula pembayaran.

k) Setelah selesai semua ini, maka anda sudah mempunyai rekod pembayaran yang baru dengan pihak PTPTN dan mengikut kemampuan peminjam.

Sekiranya anda sudah membuat penstrukturan semula pembayaran maka anda sudah boleh melancong ke luar Negara apabila pandemik ini sudah beransur pulih. Walaubagaimana sekalipun, HUTANG WAJIB DIBAYAR.

Panduan Permohonan Penstrukturan Semula



Terdapat beberapa tips mudah untuk anda membayar hutang PTPTN semasa pandemik ini. Antara caranya adalah:-

  • Gunakan masa penanguhan pembayaran yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dengan mengumpul duit untuk membayar hutang PTPTN
  • Lakukan pembayaran menggunakan wang penegluaran I-citra atau I-sinar bagi meringankan beban
  • Bayar hutang PTPTN SEKURANG-KURANGNYA 2/3 daripada nilai yang WAJIB DIBAYAR (Pada musim pandemik sahaja)
  • Pembayaran hutang PTPTN menerusi Akaun 2 KWSP
Info Tambahan :  Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2 Tahun 2021

Penggunanan pembayaran menerusi Akaun 2 KWSP adalah lebih mudah berbanding dari tiada pembayaran yang dilakukan. Justeru itu, AMATLAH DIGALAKKAN anda untuk menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran hutang pendidikan. 

Cara Pembayaran Hutang PTPTN menerusi Akaun 2 KWSP

Cara pembayaran hutang PTPTN menerusi Akaun 2 KWSP adalah seperti berikut:-

  • Log In I-akaun ahli
  • Klik e-pengeluaran
  • Klik permohonan baru untuk memulakan transaksi (Isi semula data yang diperlukan)
  • Semak status permohonan melalui SMS atau mesej sekuriti inbox di I-akaun

PERINGATAN!!!

Buat pengguna yang pertama kali membuat pembayaran hutang PTPTN menggunakkan KWSP, anda perlu ke kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan pengeluaran mengunakan cap jari.

NOTA: Panggilan ke kaunter KWSP adalah dalam masa 14 hari bekerja setelah anda membuat permohonan pengeluaran. Urusan ini hanya sekali sahaja, selepas itu anda hanya perlu memohon pembayaran meneruis online sahaja.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengurangkan bebanan hutang yang sedang membelengu diri anda sekarang.

Walaupun pandemik tetapi perlu menyelesaikan hutang yang ada. ELAKKAN diri daraipada stress kerana terlalu banyak hutang.
JANGAN biarkan hutang menyebabkan anda mendapat tekanan yang teruk.

Hadapi setiap dugaan ini dengan tabah dan sabar. Setiap satu dugaan yang ALLAH berikan ada hikmahnya maka JANGAN pernah berputus harapan dengan setiap satu dugaan yang ALLAH berikan.

Rujukan:-

1) https://www.ptptn.gov.my/kwsp-side

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments