Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ujian kecenderungan kemasukan MRSM


Sebelum ini, Ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab bagi Tingkatan 1 dah 4 telah ditangguhkan disebabkan oleh pandemik COVID -19. Pada permulaannya seluruh kawasan zon merah TIDAK dibenarkan untuk menduduki Ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM, tetapi setelah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa sekolah ditutup maka ujian kecenderungan ini juga ditangguhkan ke tarikh yang tertentu.

Walaupun pandemik COVID -19 ini belum hilang malahan masih berada di dalam keadaan yabv membahayakan tetapi ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab perlu diteruskan juga. Hal ini bagi memastikan pelajar yang baru masuk Tingkatan 1 mampu menjadi pelapis baharu untuk pembelajaran di MRSM pada masa akan datang. Selain itu, ujian ini peluang dilakukan bagi memberi ruang kepada pelajar Tingkatan 4 yang berkelayakkan untuk masuk ke MRSM dapat peluang tersebut.

Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menetapkan tarikh ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab. Tarikh ujian ini adalah SECARA BERPERINGKAT dan tidak akan melibatkan terlalu ramai pelajar. Ianya bagi mematuhi Standard Operation Practice (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tarikh ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab

Tarikh ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab adalah seperti berikut-

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

a) Januari

11- 15 Januari 2021
18- 24 Januari 2021
​25-29 Januari 2021 ( Tingkatan 4 sahaja)

b) Februari

​1- 7 Februari 2021
​8- 11 Februari 2021
​15- 21 Februari 2021 (Tingkatan 1 sahaja)

Panggilan bagi menduduki ujian kecenderungan ini adalah melalui pesanan ringkas SMS dan email. Justeru itu, setiap kali mengisi borang Ibu bapa WAJIB memastikan maklumat yang di isi adalah yang paling latest bagi memudahkan urusan pihak MARA untuk menghantar maklumat berkenaan dengan ujian dll.

“Maklumat yang paling baharu perlu diletakkan bagi memudahkan urusan pejabat. Anda memudahkan urusan pejabat maka anda akan mudah mendapatkan maklumat terkini

***Ujian ini khas bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 SAHAJA***

Cara Menyemak Tarikh Ujian Kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab

Cara menyemak adalah dengan:-

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM


Ujian kecenderungan kemasukan MRSM


1) Tingkatan 1

  • ​No. Kad pengenalan
***Pastikan no. Kad pengenalan adalah betul***
  • Tekan KLIK untuk menyemak status ujian kemasukan ke MRSM

Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab 1


2) Tingakatan 4

  • No. Kad pengenalan
***Pastikan no. Kad pengenalan adalah betul***
  • Tekan KLIK untuk menyemak status ujian kemasukan ke MRSM
     

PERINGATAN!!!
Bagi calon yang BELUM menduduki ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) dan ujian khas ulul albab ini anda dinasihati agar semak status anda dari semasa ke semasa bagi mengelakkan anda terlepas tarikh ujian sekiranya ada berlaku perubahan tarikh mengikut situasi semasa.

Bagi calon yang menduduki ujian di kawasan PKPB mahupun PKPP anda perlu berhati-hati dan mengikut SOP atau garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ianya bagi mengelakkan diri anda daripada terjangkiti daripada virus COVID -19 ini.

SOP yang disediakan oleh pihak KKM dan WAJIB diikuti adalah:-
√ Gunakan pelitup muka ketika berada di kawasan yang sesak
√ Sentiasa mencuci tangan atau menggunakan hand santizer
√ Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab 2


Subjek yang bakal di nilai semasa Ujian kecenderungan adalah subjek:-

  • ​Matematik
  • ​Sains
  • ​Bahasa Inggeris
  • ​Keperibadian

Justeru itu, sebelum menduduki ujian pastikan anak-anak sudah melakukan ulangkaji pelajaran dahulu. Ianya bagi memudahkan urusan menjawab soalan semasa ujian.

“Bagi calon yang tidak dapat panggilan bagi menduduki ujian melalui pesan ringkas SMS atau email anda boleh menghubungi pihak MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut”

Cara Menghubungi Pihak MARA

Antara cara ibu bapa boleh menghubungi pihak MARA adalah menerusi:-

1) Portal Rasmi MARA  atau di facebook MARA
2) Hubungi pihak MARA di talian 03- 2613 20000
3) Email pihak MARA di [email protected]

Segala pertanyaan akan dijawab oleh pihak MARA secepat mungkin.

Tiada istilah hilang masa hadapan sekiranya TIDAK layak memasuki ke MRSM, tetapi istilah ke kejayaan menunggu di hadapan sekiranya anda rajin berusaha akan sentiasa ada di dalam kamus hidup setiap insan yang bergelar manusia.  

Rujukan:-
1) https://www.mara.gov.my/
2) Facebook: Majlis Amanah Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *