PdPR : Cara membantu anak minat belajar secara online semasa Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR). Hal ini bagi menarik minat anak-anak agar mampu lebih fokus kepada semua pelajar.
Hal ini disebabkan oleh, hampir 2 tahun pelajar mengikuti kelas secara alam maya ini dan mungkin sudah hilang fokus mereka semasa belajar. Justeru itu, sebagai penjaga anda perlu bijak untuk menarik minat mereka semula dalam kelas secara online.
PdPR : Cara Membantu Anak Minat Belajar Secara Online 2021
Antara cara membantu anak minat belajar secara online adalah seperti:-
1) Beri sokongan kepada anak ketika mereka belajar
Sokongan merupakan salah satu tugak yang PENTING dalam kalangan anak-anak yang sedang mengikuti PdPR. Justeru itu, sebagai ibu bapa anak perlu sentiasa mengikuti dan memberi sokongan kepada anak-anak agar mereka sentiasa bersemangat untuk menghadiri kelas secara online ini.
Antara sokongan yang boleh diberikan adalah seperti:-
- Sentiasa bertanya dengan anak maslaah yang dihadapi semasa mengikuti kelas secara alam maya ini
- Bantu anak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan kepada para guru agar anak sentiasa bersemangat untuk ikuti kelas secara online ini
- Pantau anak ketika sedang mengikuti kelas PdPR
Sokongan ini dapat membantu dan membangkitkan semangat anak untuk ikuti kelas. Justeru itu, sokongan dalaman sangat PENTING bagi memastikan anak sentiasa bersemangat untuk hadiri kelas.
2) Sediakan makanan yang mereka sukai selepas tamat kelas
Jadikan atau hidangkan makanan yang mereka sukai selepas tamatnya kelas. Hal ini bagi membantu mereka lebih bersemangat untuk menghadiri kelas. Walaubagaimana sekalipun, pastikan ibu bapa menyediakan makanan yang sihat selepas kelas. Hal ini bagi memastikan minda anak kekal sihat dan cerdas selepas tamatnya kelas.
Antara pemilihan makanan yang sihat buat anak adalah seperti:-
- Sediakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan makanan utama
Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kepelbagaian vitamin dan mineral yang banyak. Justeru itu, ianya sangat bagus dalam tumbesaran minda anak-anak.
- PASTIKAN dalam setiap hidang sarapan ada susu (TAPI TIDAK WAJIB)
- Lakukan pemilihan snek sihat pada sebelah petang seperti buah-buahan
3) Sediakan kawasan pembelajaran yang selesa semasa hadiri kelas
Kawasan pembelajaran yang selesa dan tenang mampu memberikan anak lebih fokus dalam pembelajaran yang diberikan oleh para guru. Walaubagaimana sekalipun, BUKAN semua ibu bapa mampu menyediakan kawasan persendirian untuk menghadiri kelas.
Jusetru itu, cukuplah sekadar kawasan pembelajaran itu TIDAK bising dan mempunyai meja untuk menulis. JANGAN sampai membebani ibu bapa dalam meneydiakan kawasan pembelajaran yang selesa.
***KITA YANG MENDIDIK ANAK MAKA JANGANLAH TERLALU MENYEDIAKAN KESELESAAN ANAK SEHINGGA MENYUSAHKAN DIRI***
Antara tips penyediaan kawasan pembelajaran yang selesa adalah seperti:-
- Terdapat meja untuk menulis apa yang di ajar oleh para guru
- Kawasan pembelajaran yang terang dan tidak gelap
- TIDAK berhadapan dengan TV atau kawasan yang banyak gangguan dari luar
4) ELAKKAN kawasan pembelajaran yang bising
Semasa belajar, kawasan yang senyap sangatlah PENTING bagi memastikan anda mudah untuk memahami apa yang di ajari oleh para guru. Justeru itu, semasa sedang memilih kawasan pembelajaran ibu bapa perlu sediakan kawasan yang tidak bising.
Walaubagaimana sekalipun, bukan semua keluarga mampu untuk menyediakan kawasan pembelajaran yang tiada gangguan daripada adik yang kecil.
Justeru itu, bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kawasan pembelajaran jangan terlalu menekan ibu bapa untuk menyediakan keselesaan kepada anak-anak. Hargai setiap apa yang kita perolehi.
5) Sediakan reward kepada anak sekiranya memperoleh keputusan yang baik semasa peperiksaan
Setelah anak berjaya dan memperoleh keputusan yang baik, anak perlu memberi reward kepada mereka agar mereka berasa diri mereka dihargai. TIDAK perlu memberi reward yang mahal, cukuplah sekadar kata-kata yang baik dan menyediakan makanan yang enak sudah mencukupi. Hal ini disebabkan dalam menyediakan reward kepada anak, kita juga perlu menilai kemampuan diri agar ianya TIDAK membebankan diri anda.
Anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa, maka kita yang menzahirkan gaya hidup mereka ketika kecil. Justeru itu, TIDAK salah untuk kita memberikan apa yang diperlukan oleh mereka. Pada masa yang sama, kita tetap perlu mendidik mereka agar menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat yang telah ALLAH kurniakan. Ajarilah anak sentiasa bersederhana dalam setiap kejayaan yang anda perolehi.