Pegawai kebudayaan merupakan salah satu bidang pekerjaan yang bakal ditawarkan oleh pihak SPA 9. Justeru itu, penerangan dan panduan berkenaan dengan kelayakan bakat bagi pegawai kebudayaan yang di tawarkan di dalam borang permohonan pekerjaan di dalam borang SPA akan ditulis pada kali ini.
Panduan ini lebih kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kebudayaan. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman yang telah TERBUKTI dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Mereka layak untuk memohon jawatan pegawai kebudayaan yang ditawarkan oleh SPA9.
TAHUKAH ANDA!!!
Sekiranya anda bekerja sebagai pegawai kebudayaan maka anda adalah sebahagian daripada warga kakitangan awam yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.
Pegawai Kebudayaan Yang Ditawarkan Oleh SPA 9
Setiap permohonan pasti akan ada syarat lantikan yang WAJIB calon lepasi. Justeru itu, bagi mereka yang mahu menjadi salah satu warga kakitangan awam menerusi kelayakan bakat di dalam borang permohonan SPA 9, anda WAJIB ketahui syarat lantikan ini.
Syarat Pemohon adalah seperti :-
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti:-
- Warganegara Malaysia serta
- Berumur TIDAK KURANGdari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Syarat lantikan ini adalah bagi MELAYAKAN anda untuk membuat permohonan sebagai pegawai kebudayaan sahaja. Walaubagaimana sekalipun, terdapat syarat kelayakkan lain yang perlu dipenuhi agar anda LAYAK untuk mendapatkan jawatan ini.
Kelayakan Lantikan ke Gred B19
1) Mempunyai pengalaman yang teah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
2) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf sertaraf dengannya oleh kerajaan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kelayakan Lantikan ke Gred B29
1) Mempunyai pengalaman yang teah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
2) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarraf dengannya oleh kerajaan
3) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan ipada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kelayakan Lantikan ke Gred B41
1) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan
2) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon yang memiliki kelayakan lantikan seperti diatas hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh pihak kerajaan
Bagi syarat lantikan terus ke jawatan pegawai B21/ B25 dan jawatan pegawai kebudayaan B31/ B37, calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan sekiranya ada kekosongan jawatan. Pada masa yang sama, calon perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
- Memenuhi syarat lantikan mengikut Gred serta syarat kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang nerkaitan dan/atau
- Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan
Manakala, bagi peningkatan secara lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B41, pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Artis Budaya Gred B29/ B30, B31/B32, B37/B38 adalah layak dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik berkenaan dengan peningkatan secara lantikan ke jawatan gred B41. Walaubagaimanna sekalipun, ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan perkhidmatan. Pada masa yang sama, pergawai tersebut WAJIB memenuhi kelayakan pada perenggan 1 (e).
Seterusnya pegawai juga perlu memenuhi had umur pelantikan iaitu :-
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan dan/ atau
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun atau
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur pesaraan paksa 60 tahun.
Bagi syarat lantikan secara terus ke jawatan pegawai kebudayaan gred B 43, B47, B51 atau B53 akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Kebudayaan tersebut. Walaubagaimana sekalipun, syarat lantikan ini akan berkuatkuasa sekiranya ada kekosongan serta memenuhi syarat seperti berikut:-
- Memenuhi syarat lantikan seperti di kelayakan lantikan
- Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan dan/ atau
- Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.
Setiap pegawai kebudayaan DIKEHENDAKI LULUS ujian khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan. Ianya sama seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
INFO TAMBAHAN!!!
Setiap tangga gaji adalah berbeza mengikut Gred kelayakan anda
Antara deskripsi tugas pegawai kebudayaan adalah mereka bertanggunjawab merancang, menyelaras dan melaksankan program-program kebudayaan dan kesenian di peringkat Kementerian Negeri dan Antarabangsa. Pegawai kebudayaan ini terkumpul dalam kumpoulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan pelaksana.
Diharapkan perkongsian kali ini dalam membantu mereka yang berkelayakan untuk membuat permohoann ini. Setiap bakkat yang ALLAH kurniakan itu mempunyai kelebihan yang tersendiri maka gunakan segala bakat yang ada untuk memperoleh rezeki yang halal.
Rujukan :-