Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mencari individu yang LAYAK bekerja sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja). Justeru itu, mereka sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut:-

  • Berketerampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Disebabkan oleh itu, bagi mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diatas sangat DIGALAKKAN untuk memohon. Selagi ada peluang untuk bekerja sebagai penjawat awam, tidak salah untuk mencuba selagi tarikh permohonan masih belum DITUTUP. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 MAC 2021 (Jumaat) SEBELUM pukul 11.59 malam.

Jumlah kekosongan jawatan : 8
Jumlah calon simpanan : 30

Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)

1) Syarat Lantikan

Untuk menjadi seorang pegawai pemulihan perubatan Gred U41 (Cara kerja) anda perlu ketahui syarat lantikan jawatan ini. Antara syarat lantikan jawatan adalah:-

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur TIDAK kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan
c) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (Pertuturan, Audiologi, Cara Kerja, Fisioterapi) atau bidang berkaitan yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya.

“Syarat kelayakkan bermaksud anda LAYAK membuat permohonan walaubagaimana sekalipun pemohona WAJIB membaca syarat permohonan yang seterusnya”

TAHUKAH ANDA!!!

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Gaji permulaan bagi jawatan pegawai pemulihan perubatan Gred U41 adalah RM2,429.00

2) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon yang memohon jawatan ini hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat:-

  • Sijil Pelajaran Malaysia/
  • Sijil Vokasional Malaysia atau
  • Kelulusan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
“Syarat kelayakan Bahasa Melayu merupakan syarat kelayakan yang WAJIB ada untuk bekerja dalam sektor awam”

3) Syarat Peningkatan Secara Lantikan 

Sekiranya terdapat pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41. Ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

a) Mempunyai KELAYAKAN mengikuti syarat lantikan pada 1 (c)
b) Had umur pelantikan :-

  • Berumur KURANG dari 54 tahun pada tarikh lantikanbagi pegawai yang berumur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur KURANG dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur KURANG dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur pesaraan paksa 60 tahun
Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

Menerusi syarat peningkatan secara lantikan ini, calon boelh melakukan permohonan sekiranya anda mempunyai kelayakan. Jangan pernah berasa diri anda TIDAK LAYAK selagi anda tidak mencuba untuk membuat permohonan. 

4) Keperluan Bidang

“Bagi syarat keperluan bidang ini ianya ditetapkan oleh jabatan”

a) Degree in Occupational Therapy with honour dan
b) Bachelor of Science with honor in Occupational Therapy 

5) Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah sarjana muda yang telah di iktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan 

6) Maklumat Syarat Lantikan

Sekiranya pemohona mahukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan syarat lantikan, anda boleh melayari laman web Rasmi SPA

Pihak Kementerian Kesihatan sangat mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk memohon kekosongan jawatan ini. Calon hendaklah mengemukakan/ mengemas kini permohonan secara atas talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Permohonan anda akan disambut baik oleh pihak Kementerian Kesihatan. Hal ini disebabkan, bagi mengurangkan beban pegawai pihak Kementerian WAJIB memenuhi jawatan ini secepat mungkin. Justeru itu, jangan pernah malu untuk memohon jawatan ini.
Pegawai Pemulihan Perubatan



Leave a Reply