Pekembangan anak 1-12bulan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tahniah kepada yang telah mendapat cahayamata, mungkin anda tidak sabar melihat pekembangannya? disini ada sedikit informasi bekenaan pekembangan kanak-kanak 1-12 bulan.

0 – 3 Bulan

  • Pergerakan aktif tangan dan kaki
  • Apabila pipi disentuh, kepala berpaling kearah objek yang menyentuh pipinya
  • Mula memusingkan kepala dan badan kekiri dan kekanan
  • Tertarik kepada muka seseorang
  • Memandang tepat kepada sesuatu objek
  • Jari-jari mula terbuka
  • Membawa kedua-dua tangan ke depan
  • Pegang sekejap objek yang diberi ke tangan dan melepaskannya.
  • Senyum
  • Mudah diam dari tangisan juka didodoi
  • Tekejut/ terjaga bila bunyi kuat
  • Berpaling sedikit pada sesuatu bunyi
  • Menangis bila lapar/tidak selesa
  • Mengeluarkan suara lembut

3 – 6 Bulan

  • Kawalan kepala yang baik semasa didudukkan dan meniarap
  • Meniarap dengan satu tangan kedepan, kedua tangan kedepan, menolak perutnya dan badan keatas
  • Boleh berdiri jika dipegang
  • Genggam kuat jari-jari
  • Minat tengokĀ  warna warni
  • mencapai dan memegang objek
  • mengambil objek dengan telapak tangan
  • Selesa dengan ibu/pengasuh yang melayan keperluannya
  • Senyum bila diagah
  • senang dipujuk bila menangis
  • Boleh ambil perhatian ibu bapa
  • Suka sentuh benda-benda
  • Berpaling apabila nama dipanggil
  • Bertindak balas pada perubahan nada suara
  • Kenal suara yang didengari
  • Mengeluarkan suara lantang seperti ‘ahh’ ‘ ehh’
  • Bersuara riang bila orang bercakap dengannya atau apabila gembira
Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

6 – 9 Bulan

  • Maju kedepan menggunakan dada atau perut dalam keadaan meniarap
  • Berpusing-pusing dan berguling dalam keadaan baring
  • Duduk dengan sokongan
  • Duduk tanpa sokongan
  • Merangkak
  • Memasukkan objek ke dalam mulut
  • Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Memengang objek menggunakan kedua-dua belah tangan
  • Ketawa bila di agah
  • Marah/menangis bila permainan diambil
  • Mengenali ibu bapa/ pengasuh melalui suara, sentuhan, paras rupa
  • Menangis bila ditinggalkan
  • Menoleh apabila nama dipanggil
  • Main cak-cak
  • Berpaling dengan pantas pada bunyi ketukan sudu dan cawan dari jarak 1 meter
  • Menyebut ‘da, da,da ‘ ba, ba, ba’
  • Ketawa atau menghasilkan bunyi-bunyi bila bermain dan menjerit jika marah
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

9 – 12 Bulan

  • Mengesut dengan punggung
  • Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri
  • Berdiri dengan sokongan
  • Berjalan sambil berpegang
  • Ambil benda kecing dengan ibu jari dan telunjuk
  • Bertepuk tangan
  • Mengetuk dua objek satu sama lain
  • Meletakkan suatu benda yang dipegang untuk ambil barang lain
  • Takut orang yang tidak dikenali
  • Gemar didokong/ dipeluk dan minta di dokong oleh orang yang dikenali
  • Menangis bila ditinggalkan
  • Boleh menyatakan kehendak melalui isyarat badan, memek muka atau sebutan
  • Berminat kepada keadaan sekeliling
  • Memahami perlakuan ibu bapa/ pemgasuh
  • Tidak mudah memberi barang kepunyaannya
  • Boleh melambai
  • Suka bermain dengan ahli keluarga
  • Suka mengulangi perlakuan menyeronokkan
  • Datang apabila nama dipanggil
  • Menunjukkan kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibu-bapa/pengasuh
  • Mengangguk untuk ‘ ya, dan menggeleng untuk ‘tidak,
  • Memahami arahan mudah seperti mari sini, duduk
  • Menyebut/membebel ‘ ma ma’, ‘ ba ba ba, ‘ anga anga’
  • Meniru bunyi pertuturan atau persekitaran seperti bunyi batuk, broom, duh duh duh,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *