Pelajar Kolej Vokasional Boleh Mohon Universiti

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kolej Vokasional Boleh Mohon Universiti
Ilmu Kemahiran

Kolej Vokasional mungkin tidak asing lagi di kalangan pejar masa kini. Pelajar Kolej Vokasional boleh mohon universiti, itulah yang diungkap oleh PENGARAH Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran. Pelbagai usaha dibuat sejak akhir ini untuk memartabatkan teknik dan vokasional dalam negara sejak akhir-akhir ini. Hal ini kerana bidang kemahiran cuba di tegaskan boleh mewujudkan pekerjaan dan pendapatan kepada ramai sumber manusia yang sukar mencari pekerjaan.

Selain itu dengan kewujudan pekerjaan sendiri ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara kini. Dengan mengharapkan tawaran pekerjaan sedia ada memang akan sedikit suram kerana keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kini. Memilih untuk bekerja sendiri dan meraih pendapatan sendiri juga salah satu pilihan yang baik demi masa depan yang lebih baik.

Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Menurut Sumber, kenyataan dibuat oleh pengarah  berkaitan pelajar kolej vokasional yang cemerlang boleh memohon untuk ke universiti :

Pelajar Kolej Vokasional (KV) yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun atau mendapat Sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor, berkata selain dua kriteria itu, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik. “Pelajar perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurang-kurangnya 3.33 dan PNGK vokasional 3.67.

Selain itu, pelajar itu juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebelum program KV mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  Sumber Berita Harian.

Maklumat ini mungkin berguna untuk lebih memotivasikan pelajar kolej vokasional untuk meningkatkan lagi usaha mencapai keputusan yang lebih baik. Mungkin sebelum ini guru telah membekalkan maklumat yang memberi harapan untuk terus memohon ke universiti, kenyataan pengarah ini mengukuhkan lagi bahawa masa depan dan halatuju lebih cerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *