Satu video berdurasi pendek dikeluarkan Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid memaklumkan kelonggaran diberikan untuk perlaksanaan i-THINK melalui post terbaru di facebook mendapat reaksi positif guru di media sosial.
Melalui video tersebut jelas menunjukkan hasrat Menteri Pendidikan untuk memberi kemudahan dan kebajikan guru terutama memberikan lebih masa untuk guru berehat semasa cuti. Menjadi seorang guru bukan mudah kerana hampir sepanjang tahun dan sepanjang hari dengan kerja-kerja mengajar dan bukan mengajar. Cuti hujung tahun adalah cuti paling bermanfaat untuk guru berehat walaupun ada kebanyakan sekolah menetapkan guru perlu hadir mesyuarat menjelang tahun baru seminggu awal dan akhir cuti. Baki 2 minggu dari 4 minggu yang tinggal dilihat cuti yang berharga untuk guru berehat dan membuat perancangan tahun seterusnya.
Video Kelonggaran Perlaksanaan i-THINK
Kursus iTHINK merupakan kursus diperlukan sebelum ini menerusi arahan pentadbir sekolah hasil dari arahan daerah dan negeri. Perlaksanaan kursus i-Think ini ditetapkan pada cuti sekolah guru dengan memerlukan guru memuat turun di internet bahan kursus bersaiz besar dan perlu mengikuti kurusus dan melalui proses penilaian semasa cuti.
Apa itu i-THINK
i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Melalui i-THINK guru diperkenalkan kaedah-kaedah menarik dan kreatif dalam bentuk peta pemikiran seperti :
- Circle map
- Buble map
- Double buble map
- Tree map
- Brace map
- Flow map
- Multi- flow map
- Bridge map
Peta pemikiran yang diperkenalkan dikatakan mampu memudahkan penyampaian kepada pelajar dalam pengajaran serta meningkatkan kefahaman belajar.
Kursus iTHINK yang dirangka bertujuan memberi latihan kemahiran berterusan kepada guru untuk diaplikasikan dalam pengajaran dalam kelas serta memberi lebih kelainan dalam corak pengajaran supaya lebih menarik minat pelajar untuk belajar dan mengingat.