Baru-baru ini kerajaan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan, Pelan pembangunan Pendidikan atau PPP ini dirangka bagi tahun 2013-2015. Secara keseluruhan, pelan ini mengandungi 11 perkara yang perlu di ambil perhatian iaitu :
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
- Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
- Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
- Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
- Memanfaatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
- Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian Pelajaran
- Bekerjasama dengan Ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
- Memaksimum keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
- Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Semoga pembaharuan yang dibuat ini mampu lebih meningkatkan lagi daya saing pendidikan negara serta kualiti kemenjadian pelajar disekolah. Sumber- Berita Harian, rabu 12 september 2012
One thought on “Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP )”