Salam semua, harap sejahtera sentiasa..sihat dan ceria.. Bulan mac merupakan perubahan besar dan lonjakan terbesar xpresi.org. Banyak perubahan yang berlaku di xpresi khusus wujudnya kategori-kategori baru dalam xpresi.
Lonjakan xpresi ini dah tentu hasil dari sokongan rakan pelawat yang setia bersama xpresi ini. Oleh itu Abe G berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada 5 orang pelawat aktif di xpresi.org ini.
Antara mereka yang paling aktif ialah noni, seterusnya farid, mazly, Mars Justine dan afiah. Merekalah membantu Abe g untuk menghidupkan lagi suasana meriah di xpresi.org ini dengan komen, refleksi dan juga sedikit sebanyak ada membantu rakan lain yang singgah melalui chating dan ruangan komen pertanyaan.
Untuk kali ini Abe G boleh letakkan nama sahaja sebab mereka hanya meletakkan nama dan mereka semua tidak meletakkan link lain untuk pengunjung lain lebih mengenali mereka samaada melalui facebook atau blog mereka.
Tahniah sekali lagi..xpresi cukup menghargai jasa baik serta perkongsian anda semua..