Peluang Belajar dan Tajaan Perubatan JPA ke Universiti Perdana 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Universiti Perdana

Info ringkas ini berkaitan permohonan ke Universiti Perdana mengikuti Program Pengajian Perubatan. Program Tersebut Meliputi Program Perdana University Graduate School Of Medicine (PUGSOM) (Dengan Kolaborasi John Hopkins University School Of Medicine) Dan Program Perdana University – Royal College Of Surgeons In Ireland (UP-RCSI) (Dengan Kolaborasi Royal College Of Surgeons In Ireland).

Pengenalan Universiti Perdana

Universiti Perdana merupakan universiti elit lebih kepada kursus perubatan dimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Canselor pertama universiti.

Universiti Perdana merupakan universiti baru dimana tujuan pembukaanya adalah meletakkan Malaysia sebagai negara yang menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

“Kos untuk belajar perubatan di Amerika sangat tinggi. Di sini kos itu akan banyak berkurangan dan ia bermakna bahawa anda akan sentiasa mudah dicapai oleh lebih ramai pelajar yang sebaliknya, tidak akan mampu untuk memasuki sebuah universiti Amerika,” kata Dr Mahathir.

Kebanyakan pelajar iaitu 50% pelajar di Universiti Perdana mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam JPA.

Permohonan Tajaan dan Program Pengajian Terbuka Kepada :

  • Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains bagi mengikuti pengajian perubatan selama 4 tahun di Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM);
  • Pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ International Baccalaureate (IB) atau mana-mana kelayakan setara yang diterima sebagai syarat kelayakan masuk oleh Universiti Perdana bagi mengikuti pengajian perubatan selama 5 tahun di Perdana University – Royal College of Surgeons, Ireland (PU-RCSI).

Syarat Permohonan

Sila baca dengan teliti Syarat Permohonan dan cara memohon SINI

Temuduga

  • Temuduga akan diadakan bagi memilih calon yang layak
  • Hanya calon yang telah diterima masuk ke Universiti Perdana dan melepasi syarat asas dan syarat khusus JPA akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
  • Calon adalah dipohon untuk melayari laman sesawang www.perdanauniversiti.edu.my bagi tujuankemasukan.
  • Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian kepada calon yang layak.

Tarikh tutup permohonan :  18 Mei 2012 ( jumaat )

Cara memohon dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan sila keAplikasi Permohonan SINI serta kunjungi Portal Rasmi Universiti Perdana.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x