Peluang Belajar kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu peluang Ijazah dibuka oleh JPA untuk pelajar lepasan SPM memohon menerusi program khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman tahun 2015. Permohonan akan dibuka selama 7 hari bermula 4 mac 2015 hingga 10 Mac 2015.

Untuk gambaran awal, berikut ialah maklumat syarat permohonan :

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Syarat Khusus

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
  • Bahasa Inggeris
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Matematik Tambahan; dan

Mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu (1) matapelajaran.

Maklumat permohonan dan cara mohon akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tarikh yang dinyatakan nanti. Maklumat awal ini bagi memudahkan perancangan  dan makluman anda. Semoga berjaya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *