Peluang Belajar Lepasan Matrikulasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Peluang Belajar Lepasan Matrikulasi 1
Matrikulasi

Bila sebut matrikulasi, mungkin ramai yang sedia maklum. Namun demikian masih banyak perkara yang perlu di ketahui terutama peluang belajar selepas mengikuti program matrikulasi yang dianjur oleh Kementerian.

Seperti yang sedia maklum, matrikulasi ini ialah satu program yang dirangka bagi persediaan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana institusi Pengajian Awam. Matrikulasi ini juga memberikan kemudahan-kemudahan lain seperti kemudahan pengajian yang baik serta iklim belajar yang membina. Menyambung pengajian di Matrikulasi memberi kelebihan dalam menjimatkan masa belajar untuk terus ke Ijazah. Dengan menjimatkan masa, kos pembelajaran juga dapat dijimatkan disamping pemberian biasiswa semasa belajar nanti.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

Pelajar Matrikulasi juga diberikan kelebihan untuk mendapat tempat ke Institusi Pengajian Awam dan Swasta mengikut kelayakan serta syarat yang diperuntukkan. Walaupun demikian, ia masih bergantung kepada keputusan peperiksaan di matrikulasi untuk mendapat tempat pendidikan lanjutan mengikut pilihan pemohon kelak.

 Peluang Melanjutkan Pelajaran Matrikulasi

Untuk pengetahuan umum, belajar di Matrikulasi juga mempunyai skop melanjutkan pelajaran yang luas. Hal ini kerana subjek yang diajar adalah memenuhi kebanyakan syarat memohon ke institusi lain serta mempunyai kerjasama dengan institusi lain didalam dan luar negara. Antara peluang melanjutkan pelajaran untuk lepasan matrikulasi ialah :

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam kecuali UIAM dan UPNM
  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia
  • 8 buah Universiti di Indonesia
  • 7 buah universiti di United Kingdom
  • 2 buah universiti di Australia
  • 2 buah universiti di New Zealand
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Institusi-institusi yang dinyatakan merupakan laluan yang dibolehkan lepasan matrikulasi untuk memohon. Untuk mendapat tempat ke institusi yang dinyatakan pastinya memerlukan kerajinan serta keputusan peperiksaan yang cemerlang terutama jika ingin merebut peluang ke luar negara kerana sesetengahnya melibatkan penajaan.

13 thoughts on “Peluang Belajar Lepasan Matrikulasi

  1. Assalamualaikum,,,,nk tnye, klu sy amik kos sains modul 1..,bleh ke nk smbung degree law kt mne2 ipta nti.,,bleh tlg tunjukkn flow dye tak.,,sbb ada kwn sy kte, klu nk amik law kna ambik stpm..,tp, smua prsiapn sy dh ready utk kmsukn matriks,.,mohon pencerahan ye..,

  2. Salam sya nk tnya Betul ke klu dari matriks susah nk smbung ke degree dlm course yg Kita mntk.. Adakah nnt diorg akan cmpk je kita kat mne2 course yg Kosong? Mohon penjelasan ye..tq

  3. Assalamualaikum…
    Sy lepasan pelajar matriks uiam dlm course arkitek.CGPA sy kurang dri 2.5, adakah saya masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tetapi bkn dalam bidang arkitek?

  4. assalamualaikum..jika saya mendapat pointer 4.00 di matrikulasi..
    tapi kputusan spm saya bagi subjek sains adalah seperti berikut
    kimia=c+
    fizik=c
    biologi=A-
    adakah saya berpeluang untuk mnyambung dalam bidang pergigian atau farmasi..
    mohon penjelasan yg segera…
    terima kasih

  5. Assalamualaikum.. Maaf saya nk brtanya. Pelajar matrik memang x boleh smbg ijazah di UIA ke? Terima kasih

  6. salam..jika ingin melanjutkan pelajaran setelah tamat matrikulasi, adakah pencapaian spm masih diambil kira? jika ya, pencapaian spm dari segi apakah ia diambil kira? sistem meritokrasi? atau matapelajaran tertentu? terima kasih

  7. salam, saya ingin mengetahui apakah senarai universiti di UK, Australia dan New Zealand yg boleh menggunakan keputusan matrik. terima kasih.

  8. Salam nk tnya. Hrp diblas. Sy pelajar lepasn spm2013. Kputusn sy 6a3b+. Result mtrik xkluar lg. Tp sy brmint msuk mtrik, insyaallah klau spt sy nk msuk juruan mtrik perakaunan. Adkh tgi pluang utk peljr mtrik akaun utk smbung luar negara?

  9. salam
    saya nak tanya, peluang nak sambung belajar ke luar negara mudah x bg lepasan matrik?
    lagi2 dalam perakaunan . berapa pointer sekurang2 nya?

Leave a Reply to Hannan Umairah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *