Berita baru yang kami terima menurut sumber, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama kementeriannya membuat keputusan bahawa lepasan STPM dan Matrikulasi yang memohon bagi sesi akademik 2012/2013 di IPTA yang mendapat CGPA 2.8 keatas akan dipertimbang serta diterima dalam kemasukan ke InstitusiĀ pengajian Tinggi.
Walaubagaimanapun menurut beliau pemohon tidak memilih dan menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.
Menurut sumber, keputusan yang dibuat itu membolehkan 1,894 pelajar STPM dan Matrikulasi yang mendapat pointer 2.8 yang mana sebelum ini tidak berjaya mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka ke IPTA.
“Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih,” Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimana dengan anda semua? Adakah keputusan yang diperoleh sebelum ini atas dari 2.8? jika ya, janganlah kecewa kerana mungkin rayuan anda akan dipertimbangkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Mungkin tawaran nanti adalah kursus yang anda tidak mohon atau minat, fikirkan dengan sebaiknya, pupuk minat dan cari maklumat bekenaan kursus yang ditawarkan. Semoga berjaya.
Sumber : Berita Harian
7 thoughts on “Peluang ke IPTA lepasan STPM dan Matrikulasi CGPA 2.8”
Slam sjhtera..Sy lpasan stpm 2012/2013. Pointer 3.00..muet band 3.. tp tidak mndpt tmpat di mna2 universiti..mhon pncerahan.terima kasih
Salam. Saya ni pelajar dari matrik 2014/15. Sem 1 saya punya cgpa dapat 2.02 ja, dan kami perlu isi permohonan UPU utk ke IPTA mengambil ijazah sarjana muda dengan menggunakan cgpa sem 1 itu. Adakah saya langsung tidak dipertimbangkan oleh kementerian?? Sya sangat menghargai jika dibalas komen ini ^_^
Salam cuba adley cari maklumat di xpresi..rasanya sebelum ni kami dah jawab.. atau mungkin sedikit sebanyak jwp ada disini https://www.xpresi.org/permohonan-upu-2015-perkara-penting-yang-perlu-anda-tahu/
macam mana nak memohon
Salam… Saya pelajar matrik sesi 2010/11. Baru je dpt result hari tu. Sem pertama rendah, 2.0 je. Sbb tu final sye 2.5 je. Sye dpt twrn dri UMS, dalam bidang E-commerce. Sye dri jurusan sains. Sye ambik O-level dalam biologi dan kimia. So skrg tgh tunggu result o-lvl pulak. Minat mmg boleh dipupuk, tpi ibubapa sya mmg tak kasi sya ambik bdang tu.
Ada ke jalan lain untuk saya perbaiki Matrik?
Salam.rasanya tak ada cara lain.. š