Mungkin kini anda berada di rumah atau pelbagai institusi akibat dari gagal memohon sebelum ini, peluang kedua permohonan UITM dibuka bagi memberi peluang kepada golongan yang masih tidak Berjaya untuk sekali lagi memohon ke UITM melalui program diplomanya. Untuk pengetahuan, ada 2 golongan pelajar yang boleh memohon ke permohonan ini iaitu :
- Lepasan SPM/ Setaraf
- Khusus kepada pelajar yang sedang belajar di UITM
Kursus yang ditawarkan
Terdapat banyak juga pilihan kursus yang boleh dimohon antaranya
- Pilihan program Diploma di UITM
- Asasi Undang-undang UITM
- Penerapan
Ingin membuat permohonan UITM
Untuk membuat permohonan UITM pelajar seharusnya perlu mengikuti langkah yang disediakan dibawah :
- Sebelum memohon anda dinasihatkan membuat semakan syarat program yang dipohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016 ataupun boleh mendapat pilihan kursus yang menepati dengan keputusan peperiksaan melalui aplikasi yang diediakan di http://www.selangkah.uitm.edu.my
- Pemohon dikehendaki membeli no slip bank Simpanan Nasional ( BSN ) bermula 4 Julai 2016 ( isnin ) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon ( BUkan Wakil ) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/SMS Bangking ( no Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini )
- Semasa membeli no. slip anda perlu nyatakan peringkat program yang ingin anda mohon ( program Diploma UITM & Asasi Undang-undang / Penerapan.
- Selepas mendapat no slip , anda bolehlah membuat permohonan di http://online.uitm.edu.my bermula 4 Julai ini.
Tarikh penting
- 4 Julai 2016 Permohonan Dibuka
- 8 Ogos 2016 Permohonan ditutup
Untuk maklumat lanjut adalah baik anda rujuk ke sumber gambar dibawah :
Soalan Popular Facebook berkaitan Permohonan
Soalan – Pernah menolak kursus yang ditawarkan sebelumini, namun demikian berubah hati ingin memohon. Adakah ia dibolehkan?
Jawapan- Anda boleh memohon kemabali mengikut prosedur yang dinyatakan diatas.
Soalan – Telah mengisi 3 pilihan kursus seperti dicadangkan aplikasi, dalam sisitem permohonan meminta 6 tempat untuk diisi. Adakah perlu mengisi 3 lagi pilihan tersebut?
Jawapan – iya, perlu isi kesemuanya.