Peluang Kerja Dan Kerjaya Dalam Bidang Perniagaan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Terdapat banyak perkara boleh kita bincangkan berkenaan kerjaya bidang perniagaan ini. sebelum itu, terdapat pelbagai cabang kerjaya pada masa kini yang ditawarkan kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, kekosongan kerjaya itu tetap tidak dapat menampung jumlah para graduan yang makin meningkat serta termasuk golongan bukan graduan yang sedang mencari pekerjaan. Namun, peluang kerjaya apakah yang luas dan bagus untuk diceburi? Salah satu peluang kerja dan kerjaya yang semakin meluas adalah bidang perniagaan.

Keyakinan dalam perniagaan di Malaysia kian meningkat pada tahun 2018 kepada 52 peratus (Sumber BH Online). Konteks ‘perniagaan’ adalah begitu meluas menjadikan ahli yang ingin menceburinya mempunyai pelbagai pilihan. Antaranya perniagaan dalam pemakanan, kosmetik, pakaian mahupun servis seperti dandanan rambut, membaiki kereta dan banyak lagi. Sesiapa yang berkeinginan untuk menceburi bidang ini, bolehlah memilih jenis perniagaan yang ingin diceburi namun perlulah mengambil kira beberapa faktor:

Peluang Kerja Dan Kerjaya Dalam Bidang Perniagaan

Modal

Untuk memulakan perniagaan, modal permulaan memainkan peranan yang penting antaranya bagi tujuan penyewaan atau pembelian kedai, kos bahan mentah, gaji pekerja, bil utiliti dan sebagainya. Modal yang tidak mencukupi akan menyebabkan proses perniagaan terganggu. Terdapat beberapa sumber modal yang boleh digunakan oleh para perniaga untuk mencari modal permulaan antaranya ialah :

  • Simpanan sendiri – Cara yang paling mudah dan tidak terikat dengan hutang atau pinjaman.
  • Pinjaman – Meminjam dari institusi yang berdaftar untuk mandapatkan bantuan modal. Namun, peniaga perlu bijak mengurus kewangan kerana pinjaman ini harus dibayar semula dan peminjam terikat dengan kadar bayaran dan tempoh masa membayar. Senarai institusi yang menawarkan khidmat bantuan kewangan bagi peniaga KLIK SINI.
  • Perkongsian – Jika simpanan sendiri tidak mencukupi, perkongsian dalam perniagaan boleh membantu meringankan beban kewangan, dimana modal dan keuntungan dibahagi sama rata atau mengikut peratusan yang telah dipersetujui.

Jenis perniagaan

Walaupun terdapat pelbagai jenis perniagaan yang boleh diceburi, namun bakal peniaga perlu bijak memilih jenis perniagaan yang berpotensi tinggi untuk kekal dalam industri serta mempunyai pemintaan tinggi dikalangan pembeli. Antara jenis perniagaan yang boleh menjana keuntungan yang tinggi dan mempunyai jangka hayat yang panjang dalam industri adalah :

  • Makanan

Makanan merupakan industri yang tidak akan luput dek zaman kerana ianya adalah keperluan hidup manusia. Namun, disebabkan industrinya semakin ‘tepu’ , orang ramai mula menghasilkan inovasi dari makanan yang sedia ada yang menjadikannya semakin menarik dan dapat menjana keuntungan yang tinggi dengan menggunakan modal yang agak rendah.

  • Tukang jahit

Kos upah menjahit kini semakin meningkat kerana tidak ramai orang yang mempunyai bakat dalam bidang jahitan. Walaupun kini terdapat pelbagai kedai dan butik yang menjual pakaian, namun sesetengah orang masih memilih untuk menempah pakaian terutamanya pada musim perayaan dan orang yang mahukan saiz pakaian yang fleksibel mengikut jenis bentuk badan mereka.

  • Kosmetik

Gaya hidup masa kini yang semakin berubah menjadikan trend membeli juga berubah. Pada masa kini ramai wanita yang bekerjaya menjadikan mereka lebih gemar bersolek untuk mengekalkan penampilan yang menarik. Oleh itu,pelbagai jenis kosmetik yang dijual di pasaran yang menarik minat para wanita untuk membeli. Selain itu, wanita juga memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dalam pembelian.

Penguasaan teknologi.

Didalam era globalisasi masa kini, Penguasaan teknologi merupakan tunggak utama dalam pembanggunan perniagaan. Antara contoh yang paling ketara adalah konsep perniagaan online iaitu E-dagang. Ianya membolehkan peniaga mengawal perniagaan secara lebih efisien. Sebagai contoh perniagaan E-dagang yang terbesar adalah Shopee dan Lazada.

Pelbagai barang dijual secara online bukan sahaja pakaian malahan penggunaan E-dagang ini berkembang sehingga ke perniagaan makanan dan minuman. Bagi anda yang lebih suka menguruskan perniagaan secara atas talian, platform inilah yang paling berkesan. Selain itu, platform seperti Lazada dan Shopee sudah terkenal di serata dunia menjadikan ianya salah satu platform yang berkesan untuk mempromosikan perniagaan anda.

Selain itu, anda harus pandai mengambil peluang untuk menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan anda. Media sosial merupakan tempat yang mudah untuk anda memperkenalkan produk atau syarikat anda ke seluruh negara tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Mengkaji trend.

Tidak kira apa jua jenis perniagaan, yang penting adalah peniaga perlu tahu¬† gaya hidup atau trend yang diamalkan oleh masyarakat masa kini. Trend ini yang berpotensi sebagai ‘alat’ promosi kepada sesuatu perniagaan. Masyarakat akan tertarik kepada sesuatu yang mengikut peredaran zaman dan popular pada waktu semasa.

Sebagai contoh perniagaan tudung, baju malahan penggayaan potongan rambut. Semuanya akan menarik minat pelanggan jika ianya mengikuti trend masa kini. Jika ianya sudah tidak popular, maka peniaga haruslah bertindak untuk membuat inovasi atau pembaharuan terhadap produk atau servis tersebut agar tidak ketinggalan zaman.

Peluang dalam perniagaan begitu cerah dan boleh bermula dari peringkat pengajian. Terdapat pelbagai institusi yang menawarkan kos perniagaan antaranya ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan banyak lagi. Bagi yang ingin memulakan perniagaan, anda bukan sahaja boleh mula dari peringkat pengajian sahaja malahan terdapat pelbagai insentif oleh pihak berkuasa untuk membantu golongan usahawan seperti MARA.

Program ini dibuat bagi membantu golongan usahawan dalam membentuk sebuah perniagaan yang berjaya disamping memberi penerangan dan nasihat terhadap perniagaan. Selain itu, anda juga boleh mencari pelbagai program keusahawanan secara online KLIK SINI. Tambahan pula, institusi seperti TEKUN turut membantu dari segi pembanggunan usahawan dan modal perniagaan dimana menyediakan pelbagai program keusahawanan bagi membantu para peniaga. 

Terdapat sesetengah pihak yang masih beranggapan perniagaan adalah tidak menguntungkan dan membebankan kerana keuntungannya tidak tetap dan perlukan pelaburan. Menurut sumber My Metro, terdapat beberapa sebab utama yang menjadikan perniagaan itu amat bagus untuk diceburi. Antaranya ialah :

  • Menjadi bos sendiri – Semua keuntungan dan pembelanjaan dalam syarikat adalah dibawah pengurusan anda sendiri dan bukan hak milik orang lain-kecuali perniagaan berasaskan perkongsian.
  • Tetapkan jadual sendiri – Anda bertanggungjawab dalam pengurusan masa anda sendiri. Namun, apa yang penting adalah sikap disiplin yang patut ada dalam diri sebagai seorang peniaga/usahawan.
  • Lakukan apa yang anda minat – Jenis perniagaan, bentuk perniagaan dan lain-lain adalah mengikut citarasa dan keinginan anda sendiri. Sebagai contoh, anda yang berminat dalam seni fesyen berhijab, bolehlah mencurahkan idea dalam bidang perniagaan tudung.
  • Membuka peluang pekerjaan – Jika anda mengambil pembantu/pekerja dalam perniagaan anda, sebenarnya anda telah memberi peluang kepada orang lain untuk mencari pekerjaan dan meringankan beban mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Terdapat pelbagai lagi kelebihan dalam bidang perniagaan. Peluang dalam bidang perniagaan juga amatlah luas dan fleksibel. Peniaga bukan sahaja boleh mengembangkan perniagaan di dalam negara malah di luar negara serta memperkenalkan produk/brand sendiri. Risiko yang tinggi akan menghasilkan pendapatan yang tinggi. Oleh itu, setiap peniaga atau bakal peniaga perlulah berani mengambil risiko dan tidak mudah putus asa serta sentiasa memotivasi diri agar terus berdaya saing dalam bidang perniagaan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of