Pada 26 November 2020, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menandatangani Memorandum persefahaman dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi melaksanakan KPT-MEDAC siswapreneur. Program ini menawarkan pembiayaan micro kredit kepada golongan usahawan pelajar melalui TEKUN Nasional.
Apa itu TEKUN NASIONAL?
TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.
“Matlamat Tekun Nasional adalah bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada BUMIPUTERA bagi memulakan dan memajukan perniagaan mereka”
Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan mesasarkan kepada usahawan pelajar dari:-
√ Universiti Awam yang terpilih
√ Kolej Komuniti
√ Politeknik
Peruntukan bagi usahawan mikro kredit ini adalah sebanyak 20 juta. Melalui program ini, usahawan mampu mengembangkan lagi perniagaan mereka semasa dalam tempoh pengajian.
Selain itu, tujuan KPT mewujudkan program-program kerjasama ini bagi membantu para pelajar meringankan beban kewangan mereka dan dapat membantu dalam mempertingkat keusahawan dalam kalangan pelajar.
Pada musim pandemik COVID -19 ini ramai graduan yang tidak dapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Justeru itu, dengan wujudnya program KPT-MEDAC siswapreneur ini mampu membuka laluan kepada para siswa memulakan perniagaan serta membuka peluang pekerjaan buat siswa dalam melestarikan kehidupan masa hadapan.
**Tiada kejayaan Tanpa Usaha yang Menggunung, Kepayahan yang dihadapi mampu membangkitkan Semangat yang jitu untuk berjaya**
Sebagai permulaan dan perkenalan bagi program KPT-MEDAC Siswapreneur, KPT akan melaksanakan program ini secara perintis kepada 15 buah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih dalam tempoh 6 bulan pertama dahulu. Selepas itu, KPT akan meluaskan lagi program ini kepada IPT yang lain.
Bukan semudah ABC untuk membuat permohonan program KPT-MEDAC siswapreneur ini. Tetapi, pusat/unit keusahawanan IPT akan membuat saringan ke atas permohonan pembiayaan daripada usahawan pelajar yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada TEKUN Nasional untuk kelulusan.
“Dalam erti kata yang mudah, untuk berjaya dalam sesuatu yang dilakukan Mahasiswa WAJIB menyediakan kertas kerja yang sangat BAGUS bagi meyakinkan pihak Tekun Nasional untuk memberikan program micro kredit kepada anda”
Tips menyediakan kertas kerja perniagaan yang bagus. Antara tipsnya adalah:-
1) Pengenalan
Pengenalan ini penting bagi memastikan pelabur mengetahui apa sebenarnya TUJUAN perniagaan ini di wujudkan.
2) Goal bagi kewujudan perniagaan
Setiap syarikat yang mahu melaburkan duit mereka kedalam sesuatu perniagaan pasti mahu pulangan keuntungan. Justeru itu, setiap kertas kerja WAJIB mempunyai “short term goal dan long term goal” bagi memastikan perniagaan yang di usahakan mempunyai hala tuju yang jauh.
3) Menggunakan bahasa yang mudah difahami
Semasa melaksanakan penulisan kertas kerja bagi permohonan program KPT-MEDAC siswapreneur ini, penggunaan bahasa biarlah mudah untuk difahami agar pembaca boleh membuat analysis sendiri dan mudah fahami setiap bait ayat yang tertulis di kertas kerja.
Antara IPT perintis yang telah dikenal pasti terdiri daripada empat buah 4 Universiti Awam, 6 buah politeknik dan 5 kolej komuniti.
1) 4 Universiti Awam yang terlibat adalah:-
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA);
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
- Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
2) 6 Politeknik yang terpilih adalah:-
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS);
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS);
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS);
- Politeknik Sandakan Sabah (PSS);
- Politeknik Ungku Omar (PUO);
- Politeknik Kuching, Sarawak (PKS)
3) 5 Kolej Komuniti yang terlibat adalah:-
- Kolej Komuniti Baling;
- Kolej Komuniti Kok Lanas;
- Kolej Komuniti Arau;
- Kolej Komuniti Manjung; dan
- Kolej Komuniti Masjid Tanah
Dalam acara menandatangani Memorandum Persefahaman ini, pihak KPT telah diwakili oleh Ketua Setiausaha KPT iaitu YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff dan Pengerusi Tekun Nasional iaitu YB Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir.
Perjanjian penandatangan ini telah disaksikan oleh Mentor Pengajian Tinggi iaitu YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperais iaitu YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pada zaman serba morden ini, kejayaan bukan terletak pada tahap ketinggian pendidikan yang diperolehi sahaja. Tetapi kejayaan terletak pada pendidikan yang diperolehi, kreativiti mahasiswa serta kepintaran mereka dalam mengaplikasikan pembelajaran yang di perolehi dalam suatu bidang yang lain.
Justeru itu, pelajar perlu sentiasa peka akan perkembangan semasa agar mudah untuk mempromosikan diri pada masa akan datang dalam dunia yang serba morden ini.
Rujukan:-
1) https://www.tekun.gov.my/en/maklumat-korporat/info/pengenalan/
3) https://youtu.be/YDoZ5hhVLR4
One thought on “Peluang latihan siswa, Cakna usahawan KPT-MEDAC”
Nice