Peluang Mohon Diskaun Saman 50%

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mohon Diskaun Saman

Kali terakhir kami laporkan untuk mohon diskaun saman untuk kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah dalam bulan Mac 2020. Peluang terbaru untuk nikmati potongan harga terhadap saman anda kembali dalam bulan Mei 2020 ini.

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 1

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 2

Bagaimana Mohon Diskaun Saman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan untuk memberikan diskaun sebanyak 50 peratus (50%) kepada semua pesalah trafik di Malaysia. Bayaran diskaun sebanyak 50% ini hanya boleh dinikmati bermula 18 Mei 2020 hingga 21 Mei 2020 melalui portal MyEG atau Rilek.

Sebelum anda membuat pembayaran, terdapat beberapa kesalahan yang tidak dikenakan diskaun. Pastikan anda membuat semakan sebelum membayar.

Saman Layak Mendapat Diskaun saman sehingga 50% kecuali saman-saman berikut:

  • Saman kemalangan tahun 2019 & 2020
  • Saman berstatus N/C (No Compound)
  • Saman berstatus waran tahun 2019 & 2020
  • Saman dalam perbicaraan
  • Saman OP SELAMAT tahun 2019 & 2020

Cara Menyemak Saman

Portal MYEG

Untuk check saman, caranya:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
  4. Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Portal Rilek

  1. Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Sila daftar sebagai pengguna
  3. Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak

Melalui SMS

  • Check Saman Polis SMS
  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN AKU8055

Atau

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 860511057812
  • Semak Saman JPJ SMS
  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 860511057812

Atau

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman AKU8055

Cara Pembayaran Saman 50% Diskaun

Tak perlu bersusah-susah perlu pergi ke kaunter bayaran saman untuk semak dan bayar saman.

Pembayaran saman ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu,;

  • Portal MyEg
  • Rilek

Cara Bayar Saman Online Melalui MyEG

MyEG adalah antara portal online yang popular yang boleh digunakan untuk semak saman dan juga buat bayaran saman secara online.

Bukan itu sahaja, malah boleh buat bayar zakat, renew road tax dan insurans online kenderaan, semak skor CTOS, urusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan portal ini.

  1. Lawat portal MyEG di alamat yang berikut: myeg.com.my
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 3

2. Jika belum daftar akaun dengan MyEG, klik butang ‘Create an account’ untuk daftar. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 4

3. Selepas siap daftar, boleh Login menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 5

4. Untuk semak saman trafik online, klik pada icon logo PDRM

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 6

5. Klik pada butang ‘Semak & Bayar Saman PDRM’, ia akan memaparkan saman ada tertunggak ataupun tidak

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 7

6. Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Proceed’

  1. Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar.

Kemudian, klik butang ‘Proceed to Payment’

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 8

Cara Bayar Saman Online Melalui Rilek

Untuk Portal RILEK, sama juga anda perlu mempunyai account terlebih dahulu

Kemudian;

  1. Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 9

2. Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 10

3. Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan.

Peluang Mohon Diskaun Saman 50% 11

Diingatkan jika anda membayar saman melalui MyEG ataupun Rilek, anda perlu menyimpan resit sebagai bukti pembayaran.

Ini adalah peluang keemasan yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika sebelum ini diskaun cuma boleh diperolehi ketika membayar di kaunter terpilih yang dibuka sahaja, kali ini dengan mudah pembayaran boleh dilakukan secara online. Jangan lepaskan peluang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *