Biasiswa adalah satu sumber kewangan yang sangat diperlukan oleh pelajar. Satu permohonan biasiswa Top Glove dibuka yang perlu direbut bagi mereka yang layak. Biasiswa ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak yang sedang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan.
Hanya calon yang berjaya akan diumumkan melalui email dan/atau panggilan telefon.
Syarat Permohonan
- Umur di bawah 25 tahun
- Menerima keputusan akademik yang baik dalam SPM / STPM
- Telah mendapat tawaran untuk masuk ke universiti awam tempatan
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Kurang sumber kewangan untuk melanjutkan pengajian tinggi
Jurusan Pengajian yang layak memohon
- Kejuruteraan Mekanikal / Elektrik / Kimia
- Kimia / Bio Kimia / Fizik / Matematik
- Sains Polimer / Sains Gunaan
- Perubatan
- Pergigian
- Undang-undang
- Kejuruteraan awam
Jumlah Biasiswa
- Hingga RM 7000 per tahun untuk pelajar Seni, Undang-Undang, dan Pengurusan
- Hingga RM 8000 per tahun untuk pelajar Sains dan Kejuruteraan
- Hingga RM 9000 per tahun untuk pelajar Perubatan dan Pergigian
Jaminan kerja dengan pihak Top Glove Group of Companies selama 3 tahun setelah graduasi.
Bagaimana ingin memohon
Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah sempurna diisi selengkapnya dan salinan dokumen-dokumen perlu yang disahkan benar.
Berikut ialah borang permohonan Biasiswa Top Glove ( Maklumat Lanjut )
Tarikh Tutup Permohonan dan Maklumat lanjut
Permohonan sentiasa dibuka bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke Institusi/ Universiti.
Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk merujuk Maklumat penuh di Laman rasmi Biasiswa Top Glove.