Pemakluman Penanguhan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pemakluman Penanguhan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA), Gelombang ke -3 COVID – 19 sedang melanda Malaysia, jadi terlalu banyak wujudnya kluster yang baru dalam masa terdekat ini. Pada masa yang sama, zon merah di setiap negeri semakin meningkat, justeru itu telah banyak penilaian bagi kemasukan ke sekolah khusus telah di tangguhkan. Ianya membuatkan ibu bapa berasa lebih tenang dan lega kerana mereka tidak perlu risau untuk menghantar anak mereka menduduki ujian penilaian tersebut pada musim pandemik dengan Gelombang ke-3 ini.

Penanguhan penilaian murid aliran agama

“Pandemik COVID -19 ini banyak mengajar kita erti kesabaran untuk mendapatkan sesuatu termasuklah impian untuk menempatkan diri ke sekolah khusus”

Selain daripada Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan pelajar Tingkatan 4 ditangguhkan, penanguhan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) juga DITANGGUHKAN. Seharusnya, pelaksanaan penilaian Murid Aliran Agama (PMAA) ini dilaksanakan pada 9 November sehingga 20 November 2020 TETAPI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan MENANGUHKAN PMAA ini. Hal ini bagi menjaga para pelajar yang berada di zon merah daripada menghadiri ujian penilaian sekaligus menyebabkan berlakunya perhimpunan secara beramai-ramai walaupun mengikut SOP yang disediakan oleh pihak KKM.

“Mencegah lebih baik daripada Merawat”

Secara keseluruhannya, penanguhan ini SANGAT bagus kerana mampu memberikan masa dan ruang yang mencukupi bagi calon untuk membuat persedian yang rapi bagi mengahadapi ujian penilaian ini.

Pelajar yang memohon SMKA WAJIB menduduki Ujian Penilaian PKSK dahulu & disusuli oleh PMAA.

Dibawah ini merupakan tarikh penting bagi pelajar Tingkatan 1 & 4 bagi permohonan kemasukan ke sekolah khusus:-

Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

PMAA


Sedikit perkongsian berkenaan dengan Format Pentafsiran PMAA:-
√ Ujian bertulis

  • Jawi
  • ​Bahasa Arab
  • ​Bidang2 Ulum Syariah

√ Ujian Lisan

  • ​Tilawah Al-Quran
  • ​Hafazan Al-Quran bagi calon yang memohon Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Kepayahan untuk mendapatkan sesuatu pasti akan membuahkan hasil yang tidak terhingga buat para pelajar. Jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan sesuatu kejayaan itu. Kepayahan yang dihadapi sekarang pasti akan membuatkan para pelajar lebih mengharap masa dan ilmu yang dimiliki. Semua ini hanya dugaan kecil yang membantu mengajar anak-anak erti kesabaran.

Sedikit Penerangan Mengenai Kemasukan ke Sekolah Khusus:-

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023


Rujukan:-
1) https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/tangguh-pmaa-smka-t1-2021&ved=2ahUKEwjCpenOuuvsAhWBfH0KHZB3B0gQFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw03m0rlIgL3SXQt1rQyTY5v

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *