Pemansuhan Syarat I-Sinar Bagi Memudahkan Urusan Pengeluaran Akaun 1

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pemansuhan syarat I-sinar

Pengistiharaan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehinga 4 Mac di beberapa buah negeri telah menyebabkan kesan yang besar buat rakyat Malaysia khususnya.

Justeru itu, pihak Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengambil satu langkah kehadapan bagi memudahkan urusan pencarum dengan pemansuhan syarat i-sinar bagi memudahkan urusan pengeluaran wang simpanan di Akaun 1.

Pemansuhan syarat ini bagi memastikan rakyat dapat meneruskan kehidupan pada masa akan datang sebelum ekonomi stabil seperti sediakala.

“Pemansuhan syarat ini adalah masih di dalam proses justeru itu DIHARAPKAN semua pemohon bersabar sekiranya permohonan anda tergendala seketika”

Waalaubagaimana sekalipun, bagi mereka yang telah berjaya mendapatkan kelulusan pengeluaran ini WAJIB bijak dalam mengatur penggunaan wang tersebut bagi memastikan wang digunakan ke jalan yang betul.

“Jadikan pandemik ini sebagai satu pengajaran TIADA wang maka sukar untuk meneruskan kehidupan, justeru itu anda perlu bijak dalam menyimpan wang pada masa akan datang”

*** Wang BUKAN segala-galanya TETAPI tanpa wang anda TIDAK dapat hendak meneruskan urusan pada masa akan datang ***

Menerusi perutusan pada 16 Februari 2021, pihak Kementerian Kewangan sudah bersetuju untuk memberi kelongaran dalam permohonan pengeluaran wang I-sinar kepada semua pencarum Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pemansuhan ini bertujuan membantu rakyat dapat melangsungkan kehidupan pada hari esok.

Pemansuhan syarat bagi kemudahan ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 TERTAKLUK kepada baki simpanan yang sedia ada. Bagi ahli yang membuat permohonan I-sinar berdasarkan kriteria semasa, pemohonan mereka akan diluluskan secara automatik TIDAK lama lagi.

“Penantian yang dinanti-nantikan kini sudah mendapatkan pencerahan yang sewajarnya”

Pemansuhan Syarat I-Sinar Bagi Memudahkan Urusan Pengeluaran Akaun 1

Setelah mendapakan nasihat daripada Perdana Menteri, pihak KWSP bersetuju untuk pemansuhan syarat I-sinar bagi memudahkan urusan pengeluaran akaun 1. KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah KEKAL seperti sebelum ini.

Contoh permohonan pengeluaran sebanyak RM10,000 :-
√ Pembayaran pada bulan pertama adalah RM5,000 (Maksimum)
√ Pembayaran bulan kedua dan seterusnya ahli akan menerima pembayaran sebanyak RM1,000 sebulan.

“Pembayaran bulanan tertakluk kepada anda sendiri semasa anda mengisi borang permohonan pengeluaran wang I-sinar”

Maklumat pengeluaran I-sinar KWSP adalah seperti berikut:-

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,00 dan ke BAWAH mereka boleh membuat penegluaran sehingga RM10,000.
Info Tambahan :  Applicant Tracking System: 4 Kelebihan dan Tips Tackle Dalam Resume

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan LEBIH daripada RM100,000 dan keatas mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpaann di dalam Akaun 1.

Walaubagaimana sekalipun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. pembayaran akan dibayar secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan pembayaran pertama sehingga RM10,000. 

PERINGATAN!!!

Jumlah pembayaran wang I-sinar KWSP adalah BERBEZA setiap individu. Hal ini disebabkan setiap indidvidu meletak wang pembayaran yang berbeza menerusi borang permohonan I-sinar.

Diharapakan dengan pemansuhan syarat I-sinar ini dapat membantu rakyat yang terkesan dengan Pandemik COVID -19 dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini. Dinasihatkan bagi mereka yang diberi kelulusan pengeluaran bijak dalam menggunakan wang tersebut agar masa depan anda terjamin.

“ELAKKAN menggunakan wang simpanan KWSP ini dalam pelaburan yang TIDAK pasti akan pulangannya”

Info Tambahan :  Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) KPM
*** Gunakan wang I-sinar ini sebaiknya dan ELAKKAN segala penipuan yang nyata atau TIDAK setelah anda menerima wang itu ***

Bagi permohon yang ingin memohon untuk penegluaran I-sinar, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021. Dan pembayaran pertama I-sinar adalah selepas permohonan anda diluluskan. Walaubagaimana sekalipun, menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat Malaysia (PERMAI), pihak KWSP telah bersetuju untuk memberikan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 kepada mereka yang memohon I-sinar bagi kategori 2.

Justeru itu, bagi menunggu wang I-sinar diberikan mengikut penjadualan yang disediakan anda boleh menggunakan dahulu wang pendahuluan untuk membeli barangan keperluan. Walaubagaiamana sekalipun, wang pendahuluan akan DIMASUHKAN selepas permohonan i-sinar tanpa syarat dilaksanakan.

*** Anda perlu BIJAK dalam menguruskan duit anda ***

Rujukan:-

1) https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/age-55-60

2) https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-in-the-process-of-removing-i-sinar-criteria

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top