Pembayaran Bonus Hari Raya 2011 Kakitangan Kerajaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Teka teki pembayaran bonus untuk kakitangan kerajaan berikutan menjelang Hari Raya Aidilfitri 2011 akhirnya menjadi pasti. Kepastian di umum sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia melalui sebaran dari rujukan Akhbar Utusan Malaysia pada kira-kira jam 6 petang  8/8/2011.

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini

Pemberian “ duit raya “ ini sebenarnya betul-betul bertepatan bagi membantu kakitangan kerajaan membeli persiapan dan persediaan menyambut aidilfitri kira-kira 3 minggu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bukan sahaja memberi bonus kepada penjawat kerajaan tetapi juga bersetuju memberi sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.

“ Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini “

kata Najib yang juga Menteri kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Kerajaan berharap pemberian bonus raya ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan Aidilfitri.

Sumber : Terkini Utusan Malaysia Online 

p/s: Klik Like dibawah sebagai ucapan terima kasih ataupun anda rasakan ianya membantu

 

 

2 thoughts on “Pembayaran Bonus Hari Raya 2011 Kakitangan Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *