Pembayaran Pembiayaan PTPTN Dengan Mudah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pembayaran pembiayaan PTPTN

Dunia di hujung jari. Justeru itu pembayaran pembiayaan PTPTN juga kini semakin budah hanya dengan satu klik anda tidak perlu beratur panjang-panjang di kaunter PTPTN.

Terutamanya pada musim pandemik ini, pasti ramai yang menjadikan alasan untuk tidak membayar hutang kerana takut untuk berkumpul beramai-ramai. Sebenarnya kini pihak PTPTN juga sudah menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan peminjam untuk melakukan pembayaran pinjaman hutang tersebut.

Pembayaran Pembiayaan PTPTN Dengan Mudah

Pembayaran Pembiayaan PTPTN Dengan Mudah 1

Terdapat beberapa cara mudah untuk melakukan pembayaran pembiayaan PTPTN dengan mudah tanpa ke kaunter PTPTN. Penggunaan pembayaran pembiayaan PTPTN ini juga tidak dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak PTPTN kecuali caj dikenakan oleh pihak bank sahaja. Justeru iu, anda boleh melakukan pembayaran pembiayaan PTPTN dengan lebih mudah.

Antara cara pembayaran pembiayaan PTPTN dengan mudah adalah menerusi:-

1) JomPay

Menggunakan aplikasi bank JomPay ini mudah dan tiada caj transaksi. Pada masa yang sama pembayaan ini boleh dibuat atas talian . ianya lebih memudahkan urusan peminjam.

Cara bayar menggunakan JomPay adalah dengan:-

  • LOG MASUK portal PTPTN menggunakan kad pengenalaan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
  • Pilih penyata baki
  • Scroll bawah untuk dapatkan Biller Code, Ref 1 dan Ref 2 tapi sekiranya tidak boleh anda boleh melakukan semakan melalui KLIK DISINI
  • Seterusnya, anda perlu log masuk MayBank2U
  • Pilih bill Payments di sebelah kiri
  • Pilih JomPay
  • Pilih Make One-Off payment dan masukan Ref 1 dan Ref 2 coe biller
  • Masukan jumlah nilai yang hendak dibayar dan klik bayar
  • Teruskan sehingga selesai
Info Tambahan :  4 Program Tajaan Biasiswa KPM

PERINGATAN!!!

Bagi MENGELAKKAN anda mempunyai tunjakkan pembayaran hutang PTPTN ini ELAKKAN diri anda daripada membayar hutang kurang daripada nilai yang sepatutnya anda bayar. Sekiranya TIDAK mampu untuk membayar mengikut jumlah yang telah ditetapkan telefon pihak PTPTPN untuk kurangkan pembayaran.

2) FPX di Portal PTPTN

Pembayaran menerusi FPX ini juga tidak akan dikenakan caj transaksi. Pembayaran menggunakan FPX ini mempunyai dua pilihan iaitu pembayaran dengan memilih bayar melalui penolakan akaun simpanan atau caj ke kad kredit.

Walaubagaimana sekalipun, penggunaan pembayaran menggunakan kad kredit adalah sedikir berbahay. Hal ini disebabkan, pembayaran menggunkan kad kredit akan menjadi tunggakan sekiranya pengguna menggunakan kad kredit tetapi selepas itu tidak membayar semula kad kredit yang digunakan. 

***BERHATI-HATILAH KETIKA MEMILIH CARA POTONGAN PEMBAYARAN PTPTN***

Cara bayaran melalui FPX adalah dengan:-

  • LOG MASUK portal PTPTN menggunkan kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan
  • Pilih penyata Baki
  • Tarik kebawah sekali
  • Letakan jumlah yang hendak dibayar dan klik bayar
  • Pilih bayar melalui FPX atau kad kredit
  • Rujukan senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX
  • Letakkan email anda (mandatory)
  • Dan anda perlu LOG MASUK bank yang telah anda pilih
  • Teruskan pembayaran PTPTN ini sehingga selesai
Info Tambahan :  5 Laman Web Infographic Yang Senang

Walaupun pembayaran ini kelihatan mudah tetapi masih ada lagi penggunaan yang tidak tahu untuk melakukan pembayaran menggunakan aplikasi di atas talian ini. Sekiranya mereka masih tidak ketahui cara ini maka anda masih boleh melakukan pembayaran secara manual atau tradisional.

Peminjam boleh menghadirkan diri ke kaunter atau kiosk PTPTN untuk melakukan pembayaran. TETAPI perlu diingati anda WAJIB mengikuti setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi MENGELAKKAN wabak pandemik ini terus-terusan tersebar ke orang awam. 

PERINGATAN!!!

Pembayaran menerusi kaunter atau kios hanya menerima pembayaran menggunakan kad (debit/ kredit) sahaja. Pembayaran secara tunai adalah tidak akan diterima sama sekali.

Pilihan adalah ditangan anda, sekiranya anda mahu membuat pembayaran pembiayaan PTPTN walau dimana juga anda berada maka pilihlah JomPay atau FPX. Sekiranya anda tidak tahu untuk menggunkan dua cara ini maka memadailah anda membayar menggunkan teknik tradisional ini. Apa yang penting anda bayar segala hutang anda tepat pada masanya kerana hutang itu adalah tanggunjawab anda sepenuhnya.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments