Pembelajaran onlin pada musim pandemik COVID -19 ini sangat sukar. Bukan pembelajaran online sahaja malahan semua pekerjaan termasuk meeting mahupun temuduga di buat melalui alam maya. Hal ini bagi mengelakkan perkumpulan secara beramai-ramai dalam kalangan pelajar. Pembelajaran secara online ini biasanya dikenali sebagai “Home learning”.
Ianya masih lagi tidak begitu popular di Malaysia tetapi pembelajaran secara online ini sudah lama di praktikkan di negara barat. Justeru itu, Home learning bukannya suatu perkara yang sukar buat mereka TETAPI ianya masih lagi sukar buat rakyat Malaysia.
Justeru itu, pelbagai cabaran yang bakal dialami oleh ibu bapa dan pelajar dalam mengikuti arus pemodenan yang tidak direlakan ini.
Antara Cabaran pembelajaran online
Tidak dapat dinafikan pembelajaran online memberikan banyak kelebihan, namun demikian pembelajaran online juga memberikan cabaran dan juga merupakan kelemahan tersendiri seperti yang dinyatakan.
Antara cabaran pembelajaran online yang bakal pelajar hadapi adalah:-
1) Kesukaran capaian kemudahan Internet
Perisian dan sambungan internet merupakan salah satu KEPENTINGAN bagi pembelajaran online. Sekiranya sambungan internet lemah maka ianya akan menyukarkan pembelajaran online dan akan menyebabkan pelajar sukar untuk fahami subjek yang sedang diajar. Justeru itu, bagi memastikan anak memahami apa yang dipelajari ibu bapa perlu menaiktaraf kelajuan internet dirumah.
Mungkin bagi pelajar yang berkemampuan ianya bukanlah cabaran yang besar untuk menaiktaraf internet untuk belajar. TETAPI sebaliknya bagi pelajar yang kurang berkemampuan ianya adalah cabaran besar bagi mereka untuk mendapat ilmu pengetahuan.
“Tetapi jangan jadikan cabaran ini mengganggu fokus anda untuk berjaya, tiada kejayaan tanpa cabaran yang tinggi dan tiada kejayaan tanpa usaha yang mengunung”
2) Tiada kemudahan komputer atau telefon pintar Dirumah
Bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki gajet seperti telefon pintar. Ianya akan menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti kelas secara online. Justeru itu, ianya akan memberikan impak yang besar dalam kefahaman mereka dalam subjek yang sedang dipelajari.
Cadangan Penyelesaian bagi cabaran 1 & 2 adalah:-
- Pihak Kementerian Pendidikan perlu menyediakan kemudahan komputer atau internet bagi memudahkan pelajar mengikuti P&P.
“KPM hanya perlu fokus kepada mereka yang betul-betul tidak mampu menerusi pangkalan data pelajar di sekolah”
Walaubagaimana sekalipun, inisiatif pemberian gajet atau internet tidak boleh digunapakai dikawasan sekolah pedalaman. Bagi sekolah pedalaman (Sabah/Sarawak) para pendidik sendiri yang perlu memainkan peranan untuk memberikan pelajar kemahaman akan subjek yang diajar.
- Bagi pelajar universiti masalah internet atau kemudahan komputer sudah selesai kerana KPT telah menyediakan satu inisiatif untuk mereka. Pakej pelan data dan peranti bagi pelajar Universiti.
3) Suasana pembelajaran yang kurang selesa
Semua mahu menjadi seorang yang berjaya didunia mahupun akhirat. Tetapi, terkadang pelajar yang kurang berkemampuan pasti akan berasa merendah diri dengan rakan-rakan yang berkemampuan kerana kesukaran mereka untuk belajar secara online ini. Selain sukar mendapatkan ilmu mereka juga mengalami masalah akan suasana pembelajaran yang kurang selesa.
“Suasana pembelajaran amatlah penting bagi pelajar bagi memastikan pelajar fokus TERUTAMANYA bagi pelajar yang bakal menduduki SPM”
Cadangan penyelesaian bagi cabaran ini adalah:-
- Pelajar boleh duduk di satu tempat yang jauh daripada suasana bising semasa P&P seperti berada di dalam bilik atau diluar rumah (masih lagi di kawasan rumah).
- Pelajar kini perlu kreatif, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tidak selesa pelajar boleh mengajak adik-adik kecil melakukan aktiviti yang mereka minat (ELAKKAN aktiviti yang melibatkan suara) bagi mengelakkan mereka bising ketika P&P sedang dijalankan.
4) Penyalahgunaan Internet
Penyalahgunaan Internet ini bukan satu masalah yang baru kerana sebelum bermulanya kelas secara atas talian penyalahguanaan internet (contoh permainan game, video ph0rn0gr4fi, online chatting dll) ini sudah berleluasa tetapi masih terkawal. Tetapi apabila pelajar boleh mengganggukan internet di rumah dengan lebih kerap atas alasan pembelajaran akan menyebabkan mereka akan menyalahgunakan kebebasan penggunaan yang oleh ibu bapa.
Tidak dinafikan internet mempunyai kebaikkan, kerana dengan menggunakan internet menambahkan lagi kefahaman pelajar akan sesuatu yang dipelajari. Tetapi bagaimana ibu bapa hendak mendapat kebaikan internet mengatasi keburukan nya. Sekiranya pelajar terlalu taksub akan penggunaan internet melebih dunia realiti ianya akan menyebabkan pelajar kurang alert akan
Cadangan penyelesaian bagi cabaran ini adalah:-
- Ibu atau bapa perlu sentiasa pantau penggunaan internet anak-anak (bagi kanak-kanak), ketahui jadual pembelajaran anak-anak ketika kelas online
- Bagi remaja atau pelajar Sekolah Menengah, pelajar sendiri yang perlu mengawal diri dalam pengunaan internet.
– Pastikan diri sentiasa alert akan masa pembelajaran
– Bersenam sekiranya merasai diri sudah mula penat belajar
– Displinkan diri dengan cara ketahui limit dalam melakukan sesuatu aktiviti - Bagi ibu bapa yang berkerjaya, pasti mereka sukar untuk memantau segala aktiviti anak-anak. Justeru itu, bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan internet ibu bapa boleh set di sistem untuk memblok web atau apps yang tidak bersesuaian dengan perkembangan anak-anak.
Sukar untuk menjadi ibu bapa zaman morden kini, tetapi sekiranya kita bijak dalam menanganinya maka pendidikan dan pembelajaran menjadi mudah.
“Sesungguhnya, ibu bapa yang cerdik adalah ibu bapa yang menjadikan anak mereka kawan dan pendengar setia ketika mendidik”
One thought on “Pembelajaran Online: Cabaran dan Cara Mengatasinya”
Setuju