Pembelajaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/ 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matrikulasi

Pembelajaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/ 2022 adalah seperti yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru itu, semua pelajar perlu ketahui syarat dan ketetapan yang telah disediakan oleh pihak KPM.

Pembelajaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/ 2022

Matrikulasi

Sebelum bermulanya PdPR, semua pelajar perlu ketahui dahulu cara untuk mendaftar program Matrikulasi Semester 1 sesi 2021/ 2022 ini dahulu. Sekiranya anda sudah melakukan pendaftaran maka anda boleh membuat persediaan untuk menghadirkan diri ke kelas secarra atas talian dahulu. Kelas bersemuka akan di umumkan pada masa yang sesuai.

1) Pendaftaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/ 2022

TAHUKAH ANDA!!!

Pendaftaran secara dalam talian bermula 12 JULAI 2021 sehingga 26 JULAI 2021. Ianya bermaksud, anda sudah boleh melakukan pendaftaraan sehingga 26 JULAI ini. Masa bersisa beberapa hari sahaja lagi.

Pendaftaran yang disediakan oleh pihak Matrikulasi adalah secara online SAHAJA dan TIDAK perlu hadir ke Matrikulasi yang telah anda ketahui. Laman web pendaftaran adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

2) Persediaan Menghadapi PdP Semester 1 Sesi 2021/ 2022

Selesai sahaja mendaftar pada 26 JULAI 2021, PdP akan bermula pada 28 JULAI 2021. Sepanjang pembelajaran pada Semester 1 ini, pelajar TIDAK perlu hadirkan diri ke kolej malahan mereka hanya perlu kekal berada di rumah dan ikuti PdP 100% di rumah. Sepanjang Semester 1 ini pelajar hanya perlu ikuti kelas secara atas talian sahaja. 

PERINGATAN!!!

Bagi Semester 2, pelajar perlu berada di kolej Matrikulasi bagi melaksanakan PdP secara hibrid (bersemuka dan secara talian). Walaubagaimana sekalipun, semua pelaksanaan ini tertakluk kepada SOP yang berkuatkuasa pada masa ini.

3) Persediaan PDP

Seperti yang umum sudah ketahui setiap kelas pasti mempunyai jadual untuk menghadiri kelas. Justeru itu, anda perlu melakukan pendaftaran dahulu sebelum melakukan persediaan PDP kerana bagi memudahkan urusan pensyarah untuk melakukan persediaan jadual dan untuk ketahui jumlah pelajar yang WAJIB mengikuti kelas secara atas talian dahulu.

Cara pelajar untuk ketahui kelas atau jadual PDP adalah dengan :-

  • Pensyarah akan hubungi pelajar untuk memaklumkan tentang jadual waktu dan jenis pelantar digital yang bakal digunakan seperti :-
    • Google Meet
    • Google classroom
    • Telegram
    • WhatApps
    • Zoom
    • Microsoft Meet dll
  • PdP (kuliah, tutorial dan amali) akan dilaksankan secara dalam talian menggunakan pelanatar digital yang ditetapkan oleh pensyarah 
Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Justeru itu, sebelum memulakan kelas pelajar WAJIB ketahui dahulu pelantar pembelajaran yang digunakan. Ianya bagi memastikan pelajar bersiap sedia akan kelas yang bakal di ikuti. 

PERHATIAN!!!

Kelas PdP ini perlu pelajar ikuti, ianya bagi memastikan pelajar faham akan setiap subjek dan bab yang diterangkan kepada pelajar. Semua sudah ketahui bahawa jadual sangat padat maka ikuti setiap kelas yang ada bagi memastikan pelajar faham akan setiap satu subjek yang di ajari oleh pensyarah mereka.

Kehadiran adalah WAJIB bagi setiap pelajar. Pautan untuk rekod kehadiran akan disediakan oleh pensyarah. Jika TIDAK sihat anda perlu memaklumkan kepada pensyaarah bagi MENGELAKKAN pensyarah mengambil sebarang tindakan tatatertib kepada pelajar. 

Matrikulasi

4) Penilaian dan pentaksiran Program Matrikulasi KPM

Bagi penilaian pelajar, penilaian ini terdiri daripada dua komponen iaitu:-

  • Penilaian berterusan
  • Peperiksaan
    Peperiksaan pula terdiir daripada dua bentuk iaitu :-
    • Ujian Penilaian Sumatif
    • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

TAHUKAH ANDA!!!

Semua tugasan, latihan, laporan dan peperiksaan diadakan secara dalam talian. Justeru itu, semua pelajar perlu ikuti kelas secara atas talian agar mudah untuk menjawab soalan yang ada.

5) Masalah komputer dan Internet

Bagi pelajar yang mempunyai masalah komputer dan internet, pelajar boleh menghubungi pihak kolej untuk menyatakan masalah berkaitan PEMBELAJARAN dalam talian. Dengan pemberitahuan dengan lebih awal lagi akan memudahkan pihak kolej untuk membantu menyelesaikan masalah pembelajjaran tersebut.

Diharapakan setiap satu perkongsian yang telah disediakan ini dapat membantu kebuntuan pelajar yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian pada musim pandemik ini. Setiap satu kepayahan yang dihadpai oleh pelajar boleh di selesaikan dengan bantuan para pensyarah. Jsuteru itu, pelajar perlu tetap keep in touch dengan pensyarah agar memudahkan segala urusan pembelajaran anda secara PdP ini. 

“Kejayaan melalui kepayahan lebih indah daripada kejayaan tanpa kepayahan”

Matrikulasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *