Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sijil Simpanan Premium BSN mungkin sesuatu yang menarik dibincangkan kali ini, tidak lama lagi pemenang Sijil Simpanan Premium BSN akan diumumkan untuk pemenang bulanan. Sebelum dihuraikan bagaimana untuk semak online senarai pemenang Sijil Simpanan Premium ( SSP ) terlebih dahulu kami berikan sedikit pengenalan apa itu Sijil Simpanan Premium BSN.

Sijil Simpanan Premium BSN

SSP BSN Adalah salah satu produk dari Bank Simpanan Nasional BSN yang memberikan hadiah secara cabutan bertuah kepada peserta yang membuat simpanan dalam akaun SSP. Simpanan SSP adalah berbentuk sijil dan ianya mempunyai nombor pendaftaran sendiri untuk cabutan bertuah. Setiap penyimpanan di akaun SSP akan berpeluang mendapat penyertaan dalam cabutan bertuah bulanan dan tahunan. Duit yang di simpan dalam sijil SSP tidak hangus, duit tersebut kekal tersimpan dalam akaun masing-masing dan boleh diambil. Mengikut sumber web BSN, ada beberapa kelebihan sekiranya anda menyertai SSP ini :

  • Merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
  • Merupakan produk simpanan Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan BSN SSP.
  • Simpanan BSN SSP dijamin oleh kerajaan.
  • Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki BSN SSP (minimum RM5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki BSN SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.
Info Tambahan :  myBSN: 4 Tips Penting Sijil Simpanan Premium myBSN

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.
  • Syarat kelayakan untuk Cabutan:-
Sijil Simpanan Premium BSN
Sijil Simpanan Premium BSN

Cara Semak Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN

Sebenarnya mudah untuk membuat semakan pemenang Sijil Simpanan Premium ini. Jika anda terlibat, anda boleh semak setiap hujung bulan atau awal bulan untuk menyemak adakah anda terpilih. Sebenarnya anda juga dihubungi sekiranya anda menang, tetapi bimbang maklumat mungkin tidak sampai. Oleh itu ada baiknya anda sendiri menyemak secara online di Semakan Pemenang ( Maklumat Lanjut ).

Diharapkan maklumat ringkas diatas memberi sedikit sebanyak gambaran apa itu SSP BSN. Sambil simpan, mungkin anda pemenangnya. Jika anda berminat bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di Laman Rasmi SSP BSN ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top