Pemilihan Aliran Persekolahan Tingkatan 1.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Membuat pemilihan untuk masuk aliran untuk tingkatan 1 juga penting. Hal ini kerana tingkatan 1 merupakan peringkat pelajaran bagi pelajar berumur 12 atau 13 tahun. Pada peringkat ini, pemilihan aliran tidaklah sepenting pemilihan aliran semasa ingin memasuki tingkatan 4. Walaubagaimanapun, pendedahan aliran yang betul dan sepatutnya untuk pelajar itu daripada awal amatlah penting dan terbukti mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar.

Aliran persekolahan Tingkatan 1 yang tersedia di Malaysia adalah seperti:

1. Sekolah harian

  • Bagi sekolah harian biasanya terdapat hanya 1 aliran sahaja di Tingkatan 1 sebelum dipecahkan menjadi aliran Sains dan Sastera di Tingkatan 4.

2. Sekolah berasrama penuh (SBP) – SBP yang disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan 2 aliran yakni

  • Aliran Sains
  • Aliran agama

3. Maktab rendah sains mara (MRSM)

  • MRSM merupakan salah satu aliran sains dan berasrama penuh namun biasanya ia diasingkan daripada SBP kerana permohonan adalah di bawah pengurusan MARA.
Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Pemilihan Aliran Persekolahan Tingkatan 1. 2

 

Maka, yang tersebut adalah aliran-aliran yang tersedia di Malaysia untuk para pelajar bakal memasuki Tingkatan 1.

Bagaimana memilih aliran?

1. Minat – minat merupakan perkara yang amat penting.

  • Minat pelajar – perlu dipastikan dahulu minat pelajar adalah menjurus ke arah sains atau agama atau masih tidak difikirkan lagi
  • Minat ibu bapa – ini lebih kepada kehendak ibu bapa berbanding minat, namun ibu bapa harus menitik beratkan hak anak-anak jua dalam pemilihan ini. Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak melalui jalan yang mereka ingini semata-mata. Sekiranya anak-anak belum bersedia memasuki alam asrama di Tingkatan 1, bubapa mungkin boleh menangguhkan niat itu sehingga ke Tingkatan 4 (belum terlambat).

2. Kemampuan – menjurus kepada keputusan peperiksaan UPSR mereka. Biasanya aliran sains memerlukan gred yang lebih tinggi. Namun pelajar aliran agama juga belajar sains, dan pelajar masih boleh menukar ke aliran sains di Tingkatan 4 nanti.

  • Kemampuan juga melibatkan kemampuan menghadapi alam berasrama seperti yang dinyatakan di atas, jika belum bersedia boleh ditangguhkan sehingga pelajar tersebut lebih matang.
Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Hakikatnya, pemilihan menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 tidaklah terlalu rumit kerana pelajar masih berpeluang menentukan jalan yang dikehendali apabila menhadapi peralihan di Tingkatan 4.

Semasa saya belajar juga, saya tidak bersedia ke asrama semasa Tingkatan 1 maka, arwah ayah saya membawa saya pulang dan saya bersekolah harian sahaja untuk Tingkatan 1 hingga 3. Semasa Tingkatan 4 barulah saya masuk belajar di MRSM. Oleh itu, walaupun dirasai seperti tersalah memilih aliran, di Tingkatan 1, tidaklah perlu risau, kerana masih ada peluang membetulkannya kelak.

Pemilihan Aliran Persekolahan Tingkatan 1. 3

 

Wallahualam.

Disediakan oleh: niaron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *