Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar. Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati diri mereka. Di samping program-program akademik, para pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran Bahasa Inggeris, pemupukan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.
Syarat-syarat Kelayakan
- Bumiputera & warganegara Malaysia;
- Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
- Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.
* Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.
Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.
( Klik Untuk Maklumat Penuh Permohonan)
Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 ataupun Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu), sila ikuti laman Facebook rasmi PenerajuEdu di www.facebook.com/PenerajuEdu; atau anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di [email protected] dan di talian 03-2727 9000.
One thought on “Pemohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga Lepasan UPSR”
saya berharap agar permohonan saya dijamin