Pemohonan Dalam Talian Tajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2010 – April 2011

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, Petronas memperlawa pelajar lepasan SPM 2010 yang berkeyakinan dan mempunyai keputusan akedemik dan kokurikulum yang baik .

Syarat pemohonan

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN):

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):

  • Petroleum Geosains

2) UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN:

  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2010 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran berikut :-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia

Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

 

1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

 

2) UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN/EKONOMI/KEWANGAN

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2010 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut :-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran lain.

Sebarang Maklumat lanjut dan tepat anda dinasihatkan untuk merujuk:

Iklan Penuh dan Cara Memohon

Borang Permohonan

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 23 Mac 2011.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 1 April 2011.

 

 



0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )