Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020

PKSK

Berita gembira buat para ibu bapa, Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) tingkatan 4 ditangguhkan susulan daripada peningkatan kes COVID -19 yang tidak menentu ini. Justeru itu, pihak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk MENAGGUHKAN perlaksanaan ujian Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan berlangsung pada 2 November 2020.

Penangguhan ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November 2020 dibeberapa kawasan yang merupakan zon merah. Antara negeri yang terlibat dengan PKPB ini adalah Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi dengan pengistiharan penangguhan pentafsiran ini maka para pelajar mempunyai masa yang lebih untuk membuat ulangkaji berkenaan dengan ujian pentafsiran tersebut.

Tujuan sebenar penangguhan ini ada bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pelajar terjamin. Disini, kita mampu melihat bertapa pihak KPM menjaga keselamatan para pelajar. Tambahan pula, zon merah semakin bertambah antaranya di kawasan Seremban, Negeri Sembilan. Negeri ini juga turut dilaksanakan PKPB kerana kawasan ini mempunyai peningkatan kes yang mendadak. Jadi, wajarlah pihak KPM menagguhkan ujian Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ini sehingga tarikh yang sesuai diumumkan bagi memudahkan semua urusan para pelajar dan pendidik.

Justeru itu, amatlah digalakkan para pelajar membuat ulangkaji pelajaran menggunakan masa yang ada ini kerana ‘masa itu emas’. Selain itu, mereka juga boleh menjadikan pautan dibawah ini sebagai rujukkan untuk menjawab soalan.
a) https://www.xpresi.org/contoh-soalan-dan-tip-menjawab-soalan-pksk/amp/
b) https://www.xpresi.org/contoh-soalan-pksk-2020-kemasukan-sekolah-khusus/amp/
Hal ini disebabkan, pautan di atas mempunyai contoh soalan ramalan yang mampu membantu para pelajar mengulangkaji pelajar serta mempunyai beberapa tips untuk menjawab soalan peperiksaan TETAPI hanya contoh soalan RAMALAN BUKAN soalan sebenar ya.

“Tiada perkara yang mudah di dunia ini, semua dihujung jari TETAPI kejayaan seseorang bukan dihujung jari TETAPI kejayaan seseorang disebabkan Usaha yang berterusan.”

Bermimpi di siang hari memang seronok TETAPI sekiranya mimpi itu menjadi realiti lebih seronok. Jadi, bagi mengecapai mimpi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh ini, apa kata kita berusaha dari sekarang, ‘biar bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian’.

“Nak gagal sungguh senang TETAPI nak berjaya susah kerana ianya memerlukan USAHA yang berterusan. Teruskan momentum anda untuk mencapai impian untuk masuk ke sekolah berasrama penuh kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan”.

Lampiran Edaran Surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:- 

Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020 1

Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020 2

Rujukan:-
1) https://www.moe.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top