Penawaran Program Persediaan Diploma di UPM Kampus Bintulu – Jun 2011

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Penawaran Program Persediaan Diploma di UPM Kampus Bintulu - Jun 2011 1

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Merujuk kepada surat siaran yang diedar kepada saya, bahawa Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu akan memulakan pengambilan pertama pelajar untuk kemasukan ke Program Persediaan Diploma pada Semester pertama Sesi Akademik 2011/2012. Program ini merupakan satu program di bawah konsep UPM care yang merupakan tanggungjawab sosial korporat UPM amnya dan UPM Kampus Bintulu khasnya.

Program ini menyediakan satu platform untuk memberi laluan kemasukan khas dan altenatif kepada pelajar lepasan SPM/setaraf yang lemah dalam mata pelajaran sains dan matematik untuk mengikuti program Diploma di UPMKB. Keutamaan diberi kepada pelajar yang :

  • Dari keluarga berpendapatan rendah
  • Tinggal di luar bandar/pedalaman
  • Tidak mempunyai kemudahan belajar yang baik
  • Mempunyai minat dalam bidang pertanian
Info Tambahan :  ACCA : Laluan Menjadi Akauntant Yang Bertauliah 2022

Kelayakan Memohon

1. Sekurang-kurangnya TIGA ( 3 ) kepujian ( gred C atau 6C ) daripada mata pelajaran berikut ;

( i ) Bahasa Melayu

dan

( ii ) Dua ( 2 ) daripada mata pelajaran berikut

  • Physics
  • chemistry
  • Biologi atau science
  • Sains pertanian
  • Subjek Teknikal berkaitan ( pengajian agroteknologi/landskap dan nurseri/tanaman makanan/teknologi bengkel mesin/pengeluaran tanaman/pengeluaran ternakan/hortikultur hiasan & landskap/kejenteraan ladang/pengurusan ladang )

dan

( b ) LULUS Mathematics atau Additional Mathermatics dan bahasa inggeris

Cara memohon

Melalui laman web

Borang permohonan boleh didapati dengan mencetaknya melalui laman web bahagian akademik di ( Klik sini )

Hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi ke:

Ketua Pentadbiran
Pengajian Pra Siswazah
Bahagian Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Atau
Dekan
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Peti Surat 396, Jalan Nyabau
97008 Bintulu
Sarawak

Info Tambahan :  5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru

Untuk maklumat lanjut dan lebih tepat anda dinasihatkan merujuk iklan penuh

Tarikh tutup permohonan : 25 Mei 2011

11 Comments

  1. christy Nam
  2. nuraisyah
  3. farouq
  4. etiey
  5. tyrod
  6. syidah
  7. syidah

Leave a Reply