Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pendaftraan kemasukan murid tahun 1

Pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 sudah dibuka bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Justeru itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menjejakkan kaki ke tahun 1 pada tahun hadapan WAJIB melakukan pendaftaran kemasukan murid tahun 1 bermula 1 Mac ini.

Tahun kelahiran bagi melakukan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 ini adalah seperti berikut:-

  • Sesi persekolahan tahun 2022 : kannak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 januari 2016
  • Sesi persekolahan tahun 2023 : kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017
“Bagi ibu bapa yang tiada kemudahan dalam penggunaan internet anda boleh pergi ke sekolah yang berdekatan untuk membuat pendaftaran kemasukan anak ke tahun 1”

Proses Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023

Pendaftraan kemasukan murid tahun 1

Proses pendaftaran kemasukan murid tahun 1 ambilan sesi 2022/2023 adalah seperti berikut;-

a) 1 Mac sehingga 30 April 2021

Pendaftaran secara atas talian SAHAJA. Justeru itu, bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk untuk penggunaan internet boleh menghadirkan diri ke sekolah berdekatan untuk melakukan pendaftaran ini. Sekiranya sukar untuk pergi ke sekolah boleh hadirkan diri ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran untuk melakukan pendaftaran.

“TIADA pendaftran secara manual bagi ambilan murid ke tahun 1 sesi 2022/2023”

Laman web Rasmi pendaftran kemasukan murid tahun 1 adalah seperti berikut. Anda boleh “KLIK DISINI” bagi meudahkan urusan anda untuk melakukan pendaftaran. 

Info Tambahan :  Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021

PERINGATAN!!!

JANGAN lupa untuk mengemaskini segala maklumat diri murid dan juga penjaga bagi memudahkan urusan pihak sekolah memproses permohonan pendaftaran kemasukan murid tahun 1 sesi 2022/2023 ini.


Ibu bapa perlu sentiasa alert akan tarikh PENTING seperti ini agar anak tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan awal. Walaupun terlalu sibuk dalam mencari rezeki keluarga jangan lupa untuk memberikan pendidikan yang sewajarnya buat anak-anak.

“Setelah selesai daftar secara atas talian, SILA hadir ke sekolah untuk PERAKUAN PERMOHONAN”

Sila bawa segala dokumen penting (ASAL dan SALINAN) semasa perakuan permohonan. Antara dokumen penting adalah seperti:-

  • Borang permohonan tahun 1 yang sudah dicetak dari sistem pendaftaran atas talian
  • Sijil lahir/ sijil anak angkat
    Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
  • Sijil nikah/ sijil akuan pernikahan
    Surat cerai dan hak penjagaan anak (Hadanah/ custady) JIKA BERKENAAN
  • Bili Utilities (eg: TNB, Astro, Telefon dll) sebagai bukti alamat tempat tinggal atas nama ibu/ bapa)
  • Sampul surat alamat sendiri beserta setem

b) 1 Ogos 2021

Keputusan penempatan. Keputusan penempatan anak ke sekolah adalah berdasarkan kepada maklumat yang telah ibu bapa isikan. Perkara PENTING bagi mendapatkan penempatan adalah pihak sekolah akan melihat alamat penempatan. Sekiranya alamat penempatan berdekatan dengan kawasan sekolah, biasanya murid akan DIUTAMAKAN kerana tinggal dikawasan yang berdekatan.

“Pemilihan penempatan sekolah haruslah tepat dan ELAKKAN mendaftaran anak lambat”

c) 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2021

Tarikh 1 Ogos sehingga 30 Ogos adalah TARIKH RAYUAN DIBUKA bagi permohonan kemasukan murid tahun 1 sesi 2022/2023. Rayuan ini dibuka bagi memberi ruang kepada murid yang TIDAK dapat penempatan semasa melakukan pendaftaran kemasukan buat kali pertamanya. Semasa melakukan permohonan RAYUAN ibu bapa perlu pastikan segala maklumat penting diisi dengan lengkap.

“Bagi ibu bapa yang tidak tahu penggunaan internet boleh meminta bantuan pihak sekolah untuk membantu dalam melakukan pendaftaran anak”
***Generasi muda adalah penyambung kelestarian pada hari esok***

d) 1 Oktober 2021

Tarikh 1 Oktober merupakan keputusan rayuan permohonan kemasukan murid tahun 1 sesi 2022/2023 ini keluar. PASTIKAN ibu bapa sentiasa mengambil tahu akan tarikh-tarikh penting ini bagi mengelakkan anak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Info Tambahan :  UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi

Sekiranya iba bapa merupakan mereka yang celik IT maka boleh mengikuti facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi ibu bapa yang TIDAK mengetahui akan penggunaan IT boleh mendapatkan maklumat pendaftran ini menerusi surat khabar yang terpilih. Hal ini disebabkan bukan semua ibu bapa yang gemar atau tahun akan penggunaan IT ini.

Dunia kini hanya dihujung jari, justeru itu pendaftaran permohonan kemasukan murid tahun 1 juga hanya di atas talian sahaja. Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa alert akan perkara penting seperti ini agar anak tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments