Pendidikan merupakan salah satu perkara yang amat penting buat semua TERUATAMANYA bagi mereka yang bakal memasuki alam Menengah atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5). Justeru itu, pendedahan berkenaan dengan aliran sains vs aliran sastera amatlah penting. Ianya bagi memudahkan lagi mereka memahami setiap aliran yang mereka ceburi.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan memberi sedikit penerangan berkenaan dengan aliran sains vs aliran sastera. Hal ini disebabkan kebanyakan pelajar akan memilih dua aliran ini berbanding dengan aliran akaun dan aliran agama (sekiranya sekolah harian biasa). Justeru itu, amatlah penting untuk mereka memahami dua aliran ini.
Diperingkat sekolah, ada pelbagai nama aliran pengajian di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengikut pakej matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar. Antara aliran pengajian yang adalah seperti:-
- Sains Tulen
- Sains Teknologi
- Sains Perakaunan
- Sains Pengajian Islam
- Perakaunan
- Sastera Iktisas
- Sastera Pendidikan Seni
- Sastera Pengajian Islam dll
Kesemua aliran pengajian ini adalah bergantung kepada matapelajaran yang ditawarkan kepada mereka. Dan setiap aliran itu mempunyai kepentingan tersendiri yang masih ramai tidak ketahui.
“Jangan pernah berasa down sekiranya anda ditawarkan ke dalam bidang sastera kerana pecahan pembelajarannya adalah lebih luas”
Pendidikan : Aliran Sains (STEM) Vs Aliran Sastera (Sastera & Kemanusiaan) 2021
Pasti masih ramai pelajar Tingkatan 3 yang keliru kemana arah kerjaya mereka ketika Tingkatan 4 ini. Hal ini disebabkan, pada tahun 2020 ini juga Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan kerana pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, kelayakan kemasukan pelajar ke aliran sains atau sastera adalah berdasarkan kepada penilaian guru dan kerja khusus sahaja. Disebabkan oleh itu, pasti mereka sendiri TIDAK ketahui aliran manakah yang sesuai buat mereka.
Sebelum pergi lebih jauh, pelajar perlu fahami bahawa walaupun terdapat pelbagai aliran sains dan sastera tetapi ketika anda mahu melakukan permohonan UPU, anda akan dipecahkan kepada dua aliran sahaja iaitu aliran sastera dan Sains. Justeru itu, tajuk pendidikan lebih terjerumus kepada aliran sains vs aliran sastera.
Buat pengetahuan umum, pelajar sains dikenali sebagai pelajar aliran sains sekiranya mereka mendaftar sekurang-kurangnya 4 daripada 5 matapelajaran semasa di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Antara matapelajaran yang dimaksudkan adalah:-
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu matapelajaran berikut :-
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Elektrik
- Mekanikal
- Reka cipta
- Teknologi Maklumat
- Prinsip Perakaunan
- Perdagangan
- Ekonomi
- Pengajian Sains Sukan
Manakala bagi pelajar yang mengambil aliran sastera mereka akan mengambilan matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Antara matapelajaran yang ada di aliran sastera adalah seperti:-
- Ekonomi
- Perdagangan
- Prinsip Perakuanan
- Pendidikan Seni Visual
- Geografi
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif dll
Pada Tahun 2020, TIADA lagi istilah aliran sains atau aliran sastera ilmu pendidikan. Walaubagaimana sekalipun, aliran sains tulen kini dikenali sebagai perkataan STEM. Corak permohon UPU masih lagi menggunakan pecahan aliran sains dan aliran sastera.
Walaupun aliran sains dan aliran sastera sudah dimasuhkan, tetapi pecahan pembelajaran masih lagi sama. Apa yang berbeza adalah dari segi pemilihan subjek pembelajaran, pelajar diberikan peluang untuk emmilih subjek yang dikehendaki mengikut senarai matapelajaran yang disediakan.
Cara pemilihan subjek ketika di Tingkatan 4
Cara pemilihan subjek ketika di tingkatan 4 adalah menerusi pelbagai faktor atau rujukan. Antara faktor dan rujukan yang boleh dijadikan bahan rujukan para guru adalah berdasarkan:-
1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
2. Keputusan PT3
3. Ujian Psikometrik
4. Cadangan atau galakkan daripada guru atau guru kaunseling
Pengecualian daripada matapelajaran teras
Para pelajar yang dikecualikan daripada mengambil matapelajaran teras adalah seperti berikut:-
a) Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil matapelajaran teras sains sekiranya mengambil mana-mana DUA subjek sains tulen iaitu :-
- Fizik
- Kimia
- Biologi
b) Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil matapelajaran teras pendidikan islam jika mengambil mana-mana subjek berikut:-
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Al-Quran Wa Al-Sunnag
- Usul Al-Din dan Al-Syariah
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih lagi berkenaan dengan pecahan dua aliran ini. Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri, justeru itu abadikan kelebihan itu untuk kegunaan pada masa akan datang.