Pendidikan jalan keluar daripada kemiskinan bagi pelajar. Walaubagaimana sekalipun, terkadang sebagai seorang murid atau pelajar kita menghadapai pelbagai kesukaran untuk mendapatkan ilmu kerana pelbagai faktor penyebab. BUKAN ibu bapa TIDAK memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak tetapi faktor penyebab ini yang perlu diatasi dahulu.
Pendidikan Jalan Keluar Daripada Kemiskinan 2.0
“ Ilmu merupakan batu loncatan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan tetapi pihak berkuasa perlu bijak dalam memberikan solusinya”
Antara faktor penyebab kesukaran dalam mengekses pendidikan adalah seperti faktor:-
a) Kemisikinan
Sejak Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia kerana penularan COVID -19. Disebabkan oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran pendidikan yang baharu iaitu pelajar atau murid sekolah belajar di rumah (PdPR). Hal ini bagi mengurangkan kadar jangkitan penyakit COVID -19 dalam kalangan murid atau pelajar sekolah.
TAHUKAH ANDA!!!
PdPR merupakan salah satu usaha yang terbaik buat pihak KPM untuk memastikan semua murid atau pelajar selama daripada dijangkiti penyakit COVID -19 ini. Tetapi mungkin bukan semua murid dan pelajar memperoleh manfaat daripada usaha murni pihak KPM ini. Ianya disebabkan oleh keterbatasan setiap individu itu sendiri.
Justeru itu, sepanjang PdPR berlangsung terkadang murid atau pelajar luar bandar akan tercicir dalam menerima ilmu dalam pelajaran kerana kesukaran untuk mendapatkan internet yang berkelajuan tinggi dan gadjet seperti smart phone atau komputer riba.
“Kata-kata yang tiada solusi itu setajam mata pedang, maka berfikirlah dahulu sebelum melontarkan kata-kata yang mampu menguris hati seseorang”
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru yang prihatin sepanjang PdPR berlangsung sekiranya mereka mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu para murid dan pelajar agar tidak tercicir dalam pelajaran.
Antara inisiatif yang para guru ambil di kawasan pedalaman adalah:-
- Menyediakan risalah pendidikan kepada murid
- Menyediakan buku latihan sepanjang mereka tidak bersekolah dll
Diatas segala usaha yang ditunjukkan oleh para pendidik, ini dapat menunjukkan bahawa semua pendidik sangat mementingkan pendidikan kepada para pelajar. Disebabkan oleh itu para pendidik “di ibaratkan sebagai lilin yang membakar diri”. Hal ini disebabkan, mereka sanggup membahayakan kesihatan dan diri demi memastikan semua murid dan pelajar memperolehi ilmu yang sepatutnya.
b) Dinafikan dalam mendapatkan pendidikan
TAHUKAH ANDA!!!
Lebih dari 300,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia dinafikan dalam hak pendidikan kerana tiada kerakyatan, pelarian, pencari suaka atau tidak mempunyai dokumen.
Glosori
- Pencari suaka : seseorang yang menyebut dirinya sebagai pengungsi, namun permintaan mereka akan perlindungan belum selesai dipertimbangkan
- Pengungsi : seseorang atau kelompok orang yang meninggalkan suatu wilayah untuk menghindari suatu bencana atau musibah
Penafian dalam mendapatkan pendidikan bukan suatu perkara yang baharu tetapi ianya merupakan suatu perkara yang sering diabaikan. Justeru itu, bagi kanak-kanak yang lahir di dalam keluarga ini akan sukar atau TIDAK dapat langsung mengekses pendidikan yang sewajarnya. Sekiranya penafian dalam mendapatkan pendidikan ini berterusan maka kemiskinan akan tetap terus mengikuti golongan ini.
Bagi permasalah ini, pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) banyak menyuarakan permasalah ini. Ianya bagi membantu kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan yang sewajarnya.
INFO TAMBAHAN!!!
SUHAKAM adalah satu badan yang ditubuhkan dibawah suatu akta Parlimen untuk memberi pendidikan berkenaan hak asasi manusia, menasihat dan membantu kerajaan dalam undang-undang dan pertikaian hak asasi manusia. (http://www.suhakam.org.my)
Walaupun permasalah penafian dalam mendapatkan pendidikan ini jarang untuk kita dengari tetapi sebagai rakyat yang prihatin kita wajib ketahuinya. Hal ini disebabkan, ianya juga merupakan salah satu faktor penyebab terkadang kanak-kanak di Malaysia ini tidak dapatkan pendidikan yang sewajarnya.
“Nilai dengan hati yang bersih ketika melontarkan kata-kata BUKAN ketika kita sedang dalam keadaan marah kerana itu juga salah satu adab dalam berkomunikasi”
Ilmu itu adalah pelita di dalam kehidupan setiap insan. Walaubagaimana sekalipun, pendidikan bukanlah salah satu penanda aras kejayaan seseorang itu. Tetapi, kejayaan seseorang yang bergelar insan adalah daripada pendidikan awal yang diberikan oleh kedua ibu bapa mereka.
Sekiranya baik pendidikan awal yang diberi maka ianya juga mampu untuk membuatkan mereka keluar dari kempong kemiskinan. Apa yang penting untuk keluar daripada kemiskinan adalah doa, berusaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah yang selebihnya.
Ilmu atau pendidikan hanya satu kaedah penambahbaikan dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, jadikanlah ilmu atau pendidikan itu sebagai satu jalan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.