- KPM
Baru-baru ini ada isu bekenaan kebimbangan graduan pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA bekenaan penempatan ke Institusi-institusi pendidikan. Mungkin ada yang mula bimbang dan mula mencongak masa depan demi meneruskan kelangsungan hidup dan tekanan persekitaran dunia kini yang mencabar.
Namun demikian, kebimbangan isu penempatan ini akhirnya terjawab dan mungkin menjadi satu harapan yang menggembirakan apabila tidak lama lagi mengikut sumber Kementerian Pelajaran guru-guru baru lepasan Pendidikan di IPTA akan ditempatkan melalui fasa-fasa mulai Mei 2012 ini.
Menurut sumber, seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari temuduga itu dijalankan.
Oleh demikian, seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan telah gagal kerana tidak menepati penilaian seperti keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas semasa sesi temuduga dibuat.
Seramai 29 graduan dari 4,859 telahpun terlebihdahulu ditempatkan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu. Manakala baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.
Daripada jumlah 4,671 orang tersebut :
Jumlah/orang | Ditempatkan |
4,116 |
Sekolah Menengah |
439 |
Sekolah Kebangsaan |
98 |
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) |
18 |
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) |
Baki 159 orang pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 pada bulan Julai 2012 .
Penempatan kali ini pula adalah penempatan dari graduan IPTA seperti dibawah :
Bilangan Graduan | IPTA |
90 | Universiti Utara Malaysia |
368 | Universiti Sains Malaysia |
185 | Universiti Teknologi Malaysia |
3,017 | Universiti Perguruan Sultan Idris |
482 | Universiti Pertanian Malaysia |
308 | Universiti Malaya |
54 | Universiti Sains Islam Malaysia |
105 | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
330 | Universiti Kebangsaan Malaysia |
132 | Universiti Teknologi Mara |
53 | Universiti Islam Antarabangsa |
214 | Universiti Malaysia Sabah |
Maklumat yang dinyatakan ini adalah dari kenyataan media oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sendiri. Oleh demikian, bagi yang telah lama menunggu untuk ditempatkan bolehlah menarik nafas lega dan menantikan semakan penempatan secara online negeri dan tempat ditempatkan ataupun melalui surat menyurat tidak lama lagi.