Pengajian Bidang Keusahawanan Kejuruteraan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Bidang Keusahawanan Kejuruteraan 1

Usahawan

Program Keusahawanan kejuruteraan ini mungkin agak asing dikalangan kita, mungkin kursus seperti ini baru diperkenalkan untuk memenuhi keperluan pekembangan dunia perniagaan kini terutama bekenaan dengan usahawan teknologi ataupun inovasi. Setiap ciptaan ataupun produk teknologi yang semakin hari semakin bertambah memerlukan satu organisasi yang mengurus dalam memasar dan juga mencari potensi lain kepada barangan ataupun produk dicipta.

Program ini biasanya di peringkat ijazah dinamakan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan ( Keusahawanan Kejuruteraan ) mempunyai matlamat melahirkan usahawan yang berkonsepkan kejuruteraan dan teknologi  yang menyediakan ilmu khusus dalam bidang perniagaan dalam bidang kejuruteraan. Ia disediakan khusus bagi pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi mahu membangunkan pengetahuan berkaitan kejuruteraan yang berkaitan dengan penghasilan dan pemasaran produk berasaskan teknologi dan industri.

Info Tambahan :  5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru

Kerjaya

Prospek kerja dalam bidang ini termasuk bidang perniagaan dan keusahawanan teknologi dan memenuhi pekerjaan seperti Usahawan elektrik/elektronik, Pengurus Kewangan, Penasihat Kewangan, Pengurus Dana, Eksekutif Kewangan, Pegawai Pemasaran, Pegawai Perhubungan Awam, Pengurus Perkhidmatan, Penyelidik Pemasaran, Pengurus Acara. Kesemua contoh diberi adalah jawatan di syarikat dan organisasi yang merlibatkan kerja-kerja atau produk teknologi.

No Responses

Leave a Reply