Pengajian Bidang Pemasaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Bidang Pemasaran 1
Pemasaran

Biasa kita akan dengar mereka akan menyebut berjaya untuk ke Diploma atau Ijazah Pemasaran. Mungkin sepintas lalu akan dapat gambaran awal bahawa ia pengajian tentang perniagaan. Pengajian dalam bidang pemasaran memanglah meliputi ruang lingkup perniagaan, tetapi ia lebih dikhususkan pada pegajian dalam teknik memasarkan sesuatu produk atau servis yang dibuat.

Dalam dunia perniagaan, kaedah pemasaran yang sama dan tidak menarik membuatkan sesuatu usaha menjadi sia-sia, dalam bidang perniagaan teknik pemasaran haruslah mempunyai kepelbagaian, unik serta terkini. Hal ini kerana bukan mudah untuk menarik hati pelangan sekiranya kurang kemahiran psikologi serta teknik lain. Sekiranya diterima mengikuti kursus Diploma atau Ijazah dalam bidang pemasaran mungkin tujuan dibawah menjadi matlamat pengajian anda :

  • Belajar untuk pegetahuan professional  serta kemahiran untuk mengendalikan jualan dan pemasaran yang berkesan dalam pelbagai situasi terkini serta dinamik.
  • Belajar untuk beretika, professional, berperikemanusiaan dalam mengurus jualan dan pemasaran produk dan servis.
  • Belajar untuk lebih berfikiran kreatif, kritis serta mempunyai kebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah yang baik.
  • Belajar untuk ilmu pengurusan seperti kewangan, perakaunan, pemasaran, keusahawanan, serta pengurusan sumber manusia yang lebih cekap.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Peluang kerjaya

Belajar dalam bidang ini sudah pastinya berkisarkan perniagaan dan pengurusan, lepasan kursus ini mampu ke institusi kerajaan dan banyak juga peluang ke institusi swasta.

  • Pegawai jualan
  • Pegawai pemasaran
  • Eksekutif akaun
  • Penyelaras pemasaran
  • Pengurus atau perancang majlis
  • Menjadi pengurus syarikat atau pernigaan sendiri yang berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *