- IKBN
Institut Kemahiran Belia Negara menyediakan banyak peluang latihan kepada pelajar lepasan SPM setiap tahun bagi mempelajari kemahiran asas untuk mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik serta memenuhi permintaan pasaran kerja serta memberi peluang kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran berbanding pembelajaran teori.
Jika pelajar dapat menyambung belajar kemahiran di sini, biaya yuran ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan serta diberikan elaun bulanan. Kursus akan dilaksanakan di Institut Latihan Kemahiran Swasta dan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Pihak institusi berkenaan yang bertanggungjawab sepenuhnya melatih para pelajar mengikuti tempoh dan persijilan yang ditetapkan. Pelajar yang terampil akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, mengikut tahap dan pencapaian pelajar. Kementerian akan membiayai sepenuhnya yuran latihan pelajar dan elaun sebanyak RM 210.00 sebulan.
Syarat Kemasukan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN
- warganegara Malaysia
- berumur 17-25 tahun
- kelayakan minima ialah tamat Tingkatan 5 serta menduduki peperiksaan SPM/SPMV
- bujang/belum berkahwin
- tidak mempunyai rekod jenayah
- lulus pemeriksaan kesihatan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Kemahiran di talian 03-88713686, 3688, 3660.
Bidang latihan dan tempoh pengajian
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Juruteknik Sistem Komputer, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
- Perekabentuk Multimedia, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
- Artis DTP / Pereka Grafik, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Penyelia Kaunter Hadapan, Tahap 2 & 3, Tempoh 12 bulan.
- Tempahan dan tiketan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Pemandu Pelancong, Tahap 3, Tempoh 6 bulan.
- Penyediaan Makanan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Penyeliaan Makanan dan Minuman, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Penyediaan Kek & Pastri, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Mekatronik, Tahap 1 & 2, Tempoh 9-12 bulan.
- Teknologi Plastik, Tahap 1 & 2, Tempoh 6-9 bulan.
- Elektronik Industri, Tahap 1 & 2, Tempoh 9 bulan.
- Jurukecantikan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Pendandan Gaya Rambut, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Jahitan Pakaian Wanita, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Teknologi Percetakan, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Juruelektrik, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
- Mekanik kenderaan Bermotor, Tahap 1 & 2, Tempoh 12 bulan.
Maklumat yang disediakan mengenai IKBN ini mungkin sentiasa mengalami perubahan mengikut tahun pengambilan. Diharapkan informasi ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran apa itu IKBN serta kelebihan-kelebihan yang ada.Selamat berjaya. Amin
Salam,Sya sgt2 berminat untuk menambah kepelbagaian ilmu yg trdpt dlm ikbn ini seterusnya dpt membantu kemahiran Sya yg serba kurg ini demi utk memperbaiki taraf pendidikan Sya ,soalan Sya,layak kah Sya yg bstatus tidak punya sijil hanya bermodal pengalaman ini,
Sebenarnya boleh rujuk laman web IKBN.. jika kolej komuniti ada juga kursus jangka pendek yg tidak memerlukan kelayakan tinggi sangat.
Pingback: Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2021
Saya Ingin Memohon Kemasukan Ke Ikbn. Boleh saya dapatkan borang.. Sesi Julai 2017.
Sye brmnat jgak nk smbong bljr di ikbn ni xde yg leh tolong ke sye ad pmr je spm xde..tp sye ad sijil kemahiran tahap 1,2.pelepasan dri giat mara ..soalan sye layak ke n boleh ke sye daftar msok ke ikbn ni …hrap ad orng yg leh bg bimbingan kat sye untuk bjaye…sye mnat sngt nk jd welder…
Pembuatan pastri level 3 tak ada ke ?
Bayaran smsa pendaftaran brpa??
SALAM .SAYA NK TANYA BILA PERMOHONAN IKBN DI BUKAKAN
as’sallam…….maaf klau mngangu……sye ade solan untuk encik…..bhagian aircond xde erghh..???
Salam,
Nak tanya untuk kemasukan pada 2014 ada open lagi tak?
Kalau ada bila?
Tq
Assalammualaikum . sesi 2013 untuk bulan julai 2013 ada bukak tak ?
salam,saya nak tanya bila permohonan IKBN akan dibuka?
w.slam sya pun tgh tnggu jgak bla bka prmohonan IKBN?