Pengajian Diploma dan Ijazah Sains Aktuari

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengajian Diploma dan Ijazah Sains Aktuari 1
Melibatkan Statistik

Jika anda diterima dalam kursus Sains Aktuari, samaada ingin memohon pengajian atau ditawarkan ke peringkat ijazah atau diploma pasti ada yang tertanya-tanya apa itu pengajian sains Aktuari ini. Sains Aktuari ini bunyinya seperti kerja-kerja makmal dan biologi. Tetapi tanggapan itu TIDAK sama sekali. Sains Aktuari ini ialah pembelajaran serta kerja-kerja melibatkan program-program kewangan dan matematik pengurusan. Sains aktuari ini merupakan ahli perniagaan professional yang berkaitan dengan rekacipta insuran, pencen dan aspek-aspek kajian kewangan dan strategi peniagaan dan keuntungan.

Pembelajaran adalah mencakupi aplikasi seperti kebarangkalian, statistik,  teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Tugas seorang Aktuari

  • Mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina.
  • Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
  • sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan.

Personaliti Sesuai Pelajar Untuk Bidang Aktuari

  • Sangat baik dalam Matematik
  • Suka permainan strategi seperti catur dan permainan komputer mencabar
  • Gemar menulis dan berkomunikasi dengan ornag lain ( tret sosial )
  • Minat subjek yang berkaitan Pengajian Am dan minat isu sejarah, sosial, perundangan atau politik
  • Mempunyai kepimpinan.
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Matapelajaran di Universiti Peringkat Ijazah

Di universiti secara umum, matapelajaran yang melibatkan ekonomi dan matematik akan diterapkan  :

  • Statistik
  • Kalkulus
  • Pengatrcaraan komputer
  • Asas ekonomi
  • Aljabar Linear
  • Teori faedah
  • Prinsip perakaunan dan kewangan
  • Kaedah statistic
  • Kaedah berangka
  • Analisis pelaburan
  • Matematik aktuari
  • Kaedah pengoptimuman
  • Model kemandirian
  • Teori risiko

Kerjaya sebagai Aktuari

Untuk lepasan aktuari biasanya akan dapat menceburi bidang seperti pengurusan harta, firma undang-undang, peramalan cuaca, insuran kesihatan, demografi penduduk dan sosiologi, perancangan strategic  komuniti, serta pensyarah di Universiti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top