Menurut sumber, seorang telah berkongsi pengalaman berkaitan permohonannya untuk jawatan S41 Psikologi dan telah berjaya ditawarkan jawatan tersebut. Pengalaman dikongsi berkaiatan soalan-soalan semasa exam online dan soalan ketika temuduga. Banyak perkara penting dalam perkongsian melalui tips-tips untuk lulus dalam permohonan S41 Psikologi dibawah :
Pertama sekali, sebelum kita di interview kita akan ambil exam online. Siapa yg biasa join SPA tahulah exam dia macam mana. Ada yg dua section dan ada yg tiga. Utk psikologi ada tiga ya.
Sectioan A : Pengetahuan am
Dia tanya pasal psikologi, kaunseling. Tp x semua ya pasal psikologi. Soalan pengetahuan am yg lain juga dia tnya.
Section B : Matematik
Soalan ni mcm PT3 dan SPM. hahaha. Ada susah dan ada senang. Ada guna calculator dan ada yg guna logik akal.
Section C : English
Yg ni memang mcm SPM. Penyataan panjang. Jawapan dia ada 0ada penyataan tu. So, kalau nk.jawab cari keyword dia. Kalau x, kena baca ulang kali.
Utk yg exam online ni :
- Kalau dpt cari kawan supaya ada satu google dan bantu.
- Mana x tahu tinggalkan dlu supaya x buang masa. Bila siap jawab balik semula ke soalan yg x tahu tu.
- Utk exam online saya ada x siap terutama part english. Ambil masa utk membaca.
- Setiap section ni dia ada masa dan masa tu berjalan. Cth section A masa di peruntukkan 20 minit. So kita kena siapkan dalam tempoh masa tersebut. Utk masa dia ada inform di surat exam online tu.
- ari team yg sama2 exam online. Untuk saling bantu. Tp soalan x sama ya. Hihi. Dan kadang2 x sempat pun kita tanya, kerana masa tu bergerak. Kalau ble cari partner yg x ambil exam dan boleh bantu kita utk cari sebarang info.
Alhamdulillah. Setelah sebulan tunggu result pun keluar dan alhamdulillah saya lulus exam online. Next stage dan stage terakhir adalah interview. Setiap bidang beza2 ya. Ada yg perlu PAC dlu baru interview, ada ujian fizikal, dan macam2. Cuma utk psikologi dia direct kepada interview.
Dua minggu sebelum interview saya prepare apa yg patut. Baca tips org interview, susunan sijil, baju, dan lain2. Part sijil, semua saya photostat dan semua minta pengesahan PPD, utk ic pengesahan di JPN. Fail sijil tu siap ada tag. Resume tu edit guna photoshop.
Saya PM senior saya di UMS yang kerja sekarang di jabatan kebajikan masyarakat untuk tanya apa aspek yg di nilai utk interview? Dia share pasal pakaian, keyakinan, pengalaman, pengetahuan am.
Seminggu sebelum interview saya ada program di Keningau. Allahuakbar. Hikmah saya join program tarbiyah masa tu saya berjumpa dgn rakan, juga senior saya di UMS dan bertugas sebagai kaunselor di keningau. Masa rehat program tu saya jumpa dia dan tanya soalan sebanyak mungkin. Apa yg dia share :
- Kena tahu kaunseling tu apa dan bidang tugas dia apa?
- Intervensi. Apa yg sesuai? Contoh kalau penagih dadah apa intervensi yg sesuai?
- kena yakin. First impression tu penting.
- Ambil peluang untuk bertanya bila dia tanya ada soalan.
- Potong rambut, bagi kemas. Baju kalau dapat warna cerah cth putih, dan pakai blezer. Kasut hitam dan stokin.
Perkongsian daripada senior ni saya manfaatkan dan prepare apa yg patut.
Sehari sebelum, kami sudah bergerak ke KK. saya tumpang zul sebab dia pun ada interview SPP pada tarikh dan hari yg sama.
Datang awal supaya x kelam kabut kerana perjalanan dari kudat ke kk sekitar tiga jam.
Semasa hari Interview
Mak mertua call dan suruh saya baca doa. Dia ajar doa tu dan saya baca semula. Mak mertua suruh solat hajat dulu jika sempat.
Lepas mak mertua call, umi pula call. Suruh tenang, yakin dengan rezeki Tuhan, dan banyakkan selawat.
Masa tu getaran dia lain macam. Sebab tengok senarai nama yang join interview ada 24 orang. Saya org yg ke-6. Ada yg da ada pengalaman iv 2 kali, ada senior dan junior aku.
Masa kita menunggu tu ada seorang staf di kaunter pendaftaran :
- Kita kena sign jika kita ada hadir dan ambil nombor giliran.
- Di sini baru tahu x fungsi dan guna aku cantikan sijil, print semua sijil, buat tag. Sebabnya dia susunkan sijil tu dan dia minta :
+ Transkrip Degree
+ Result STPM dan SPM
+ salinan MQA
+ salinan surat beranak dan ic.
+Resume
Dokumen tu dia staplerkan dan suruh bawa masuk nanti masa interview. File sijil banyak2 tu x perlu. Haha. Part ni aku tergelak sendiri dan rasa geli hati. Ya la tips org yg da join SPA suruh hias dan cantikan file sijil.
Menunggu giliran tu memang sangat mendebarkan. Masuk sorg, then 10-20 minit keluar. Sampai la turn aku. Fuh.
Dengan bismillah dan tawakal, ketuk pintu dan bagi salam. Bagi dokumen dan di suruh duduk baru saya duduk.
Soalan 1 dan soalan wajib mana2 interview
#Sila perkenalkan diri anda
Sebelum start, aku ucapkan terima kasih kepada 2 org panel tersebut. Tansri dan juga Dr. Sambil sebut nama sebab nama dorg aku da tahu dr staf yg di kaunter pendaftaran tu.
Aku ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke Sabah untuk interview aku dan kawan2 yg lain. Then baru aku masuk perkenalkan nama, panggilan, pendidikan, pekerjaan.
+Part sini aku sentuh lebih kepada pekerjaan aku dan keterlibatan aku dgn masyarakat.
Soalan ni aku terus bina first impression dgn yakin, dan rasanya aku antara suara yg kuat sebab masa keluar dr bilik kawan semua bg thu kuat nya suara kau ging. Haha.
Soalan kedua
#Apa pengalaman anda dalam psikologi bersama masyarakat?
Yang ni saya cerita berkaitan tragedi kebakaran di kg tanjong kapor dan landung ayg kudat, yamg mana Saya turun utk buat kaunseling secara x formal. Seperti bg nasihat pasal musibah, sabar, ujian, dan sampaikan sumbangan kepada.mangsa.
Yang kedua aku cerita keterlibatan aku dalam memberikan motivasi kepada pelajar. Yang ni aku cerita dalam 5-7minit. Aku perkenalkan aku pengerusi PSS kudat dan banyak Program melibatkan motivasi, Training pelajar, program kepimpinan, teknik dan tips belajar.
Soalan ketiga
Dia tanya pasal stress. Apa yg aku faham pasal stress dan punca atau penyebab stress.
Yang ni saya cakap jak apa yg saya tahu dan lebih banyk saya bercerita soal punca seperti keluarga, tempat kerja, persekitaran. Setiap point tu saya hurai dan pecahkan lagi kepada point2 yg lain misalnya keluarga tu part hubungan suami isteri, ekonomi keluarga.
Lepas tu dia bagi situasi.
Katakan anda kerja di jabatan tersebut, apa yang akan kamu buat utk tangani isu staf yg stres.
Walau pun dia tanya apa yg aku buat, aku hanya jawab Kalau aku akn berbincang dgn pihak pengurusan atau atasan utk mengadakan family day/camping/hiking. Saya kaitkan dgn program PSS berkaitan rehlah. Penekanan saya di sini hari ini ramai yg stress kerana staf da di pasakkan di minda dorg kalau dorg jam8 kena dtg kerja, jam5pm balik. Dan kehidupan dorg macam tu. Sehingga x masa utk fikir benda lain. So, saya cadangkan supaya buat program Santai bersama staf Supaya staf ni dapat kenal dan erat hubungan antara satu sama lain, dapat segarkan fikiran dari berfikie secara terus soal Kerja .
Then saya cadangkan juga utk memanggil Mereka yg ada tekanan di tmpt kerja dgn cara buat sesi kaunseling sama ada kelompok atau individu utk kurangkan tekanan yg mereka hadapi dan share tips2 utk kurangkan stress.
Soalan ke 4
Berkenaan teori kaunseling. Yang ni saya kurg sikit sebab xberapa.igt pasal teori dan saya cerita apa yg saya thu.
Soalan ke-5 speaking
Fuh! Masa tu da 4 soalan dalam hati ku x sudah bi ni. Tup2 keluar bi hilang keyakinan ku, aku macam org oku, aku gelabah gila, pergerakan dan body language ku semua bergerak spontan. Ayat2 zikir selawat keluar. Allahumma solli ala muhammad.
What r,
I think i want,
R, Allahumma solli aLa.muhammad.
Aku macam org bersilat. Sampai dua panel tu senyum.
Lepas tu dorg kata ok.
Tp saya x ok sebab saya Nk cover kelemahan tadi dan saya kata saya memang lemah dalam english tp skrg saya tgh berusaha utk belajar bahasa english melalui kawan dan juga bacaan buku.
Lepas tu saya minta izin untuk tanya soalan.
“sy maklum Kekosongan jawatan psikologi ni hanya utk 11 org. Boleh saya tahu kuota utk sabah berapa orang?”
Tan sri tu respond, “kita x pakai kuota. Kalau dari sabah bagus kita ambil semua”.
Sebelum berlalu pergi Aku sangat berharap dapat kerja ini Supaya aku dapat bantu ramai lg masyarakat yang memerlukan. Saya hrap pihak tuan dan mempertimbangkan dan dapat memberi saya satu peluang untuk saya buktikan.
Akhir sekali, saya sekali lagi ucapkan terima kasih kerana sudi interview saya.
Lepas tu siap, dan saya pun keluar.
Lepas keluar tu perasaan lega kerana dpt.keluarkan apa yg terbuku dan perasaan malu dan lucu kerana gelabah habis, dan perasaan tawakal.dapat atau x sepebihnya aku serahkan kepada Allah.
Then bila result keluar rasa nak nangis. Dan cmm x percaya aku lulus.
Terima kasih kepada yg support, mendoakan, share tips terutamnya buat isteri tercinta. Antara kekuatan utama aku ketika berada di bilik interview. Antara yg selalu menjadi penguat aku ketika aku lemah, antara yg banyak bantu aku ketika aku buntu, dan sentiasa mendoakan aku. Terima kasih isteriku.
Waallahualam
Coretan ini ikhlas saya kongsi untuk semua.
Moga-moga ada manfaatnya. InshaAllah.
P/s : untuk interview kerja saya baru join dua kali. 1 utk kerja di pusat internet, alhamdulilah dapat. 1 lg SPA psikologi juga alhamdulillah dapat.
Untuk SPA selepas kawin baru berbondong-bondong dia datang.
1- S41 Psikologi (Berjaya)
2- S29 penolong Pegawai pbangunan masyarakat (exam faild)
3-N29 Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor) – saya x ambil exam sebab result psikologi da keluar.
4- KP29 penolong Pegawai Pendaftaran – Exam 13 dis ni tapi saya x ambil juga sebab da dapat psikologi.
Sumber : Rahmat