Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bermula 15 MAC 2021. Terdapat dua permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM, antaranya adalah:-

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PCC) ke Luar Negara Pendidikan Islam

Justeru itu, sebagai calon lepasan SPM, anda boleh lakukan permohonan sekarang sehingga 15 April 2021 (11.59 MALAM). Jangan lepaskan peluang untuk memohon pengambilan calon guru tajaan KPM ini.

“Realisasikan impian anda sebagai pendidik yang berjaya mendidik anak bangsa”

Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bagi ketahui syarat kelayakan pemohonan pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh KLIK DISINI

1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

“Program PISMP ini bagi melatih bakal guru ddi Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai khusus bagi keperluan di sekolah rendah”

Bagi program ISMP ini, ambilan adalah bagi bulan Jun 2021 dan penempatan adalah seperti dibawah ini :-

  • Sekolah Kebangsaan (SK)

Pengambilan Calon guru

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Pengambilan Calon guru

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Pengambilan Calon guru

Pengambilan adalah bagi lulusan SPM 2018, 2019 dan 2020. Justeru itu, bagi calon SPM tahun 2018 & 2019 yang terlepas membuat permohonan PISMP ini boleh melakukan permohonan semula pada tahun ini. Hal ini disebabkan permohonan PISMP terbuka sehingga calon SPM 2018.

Perlaksanaan pengajian adalah sepenuh masa. Tempoh pengajian dipecahkan kepada sua bahagian iaitu:-

  • Satu (1) tahun persediaan

Program persediaan selama setahun ini dikenali sebagai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Persediaan ini adalah selama 12 bulan atau tiga semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

  • Empat (4) tahun Ijazah Sarjana Muda
Info Tambahan :  #ETuisyen Bantuan 2.0 Bantuan Tablet Percuma Untuk B40

Permohon yang LULUS PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian 12 semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM. 

2) Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PCC) ke Luar Negara Pendidikan Islam

Pihak KPM mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpontensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program ini sangatlah DIGALAKKAN.

Bagi Program penghantaran pelajar cemerlang ke luar Negara (PCC), ambilan adalah pada tahun 2021. Penempatan bagi program ini adalah di Sekolah Menengah.

Pengambilan bagi program ini adalah bagi calon lepasan SPM 2020 SAHAJA. Bermaksud pengambilan bagi program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara WAJIB LEPASAN SPM tahun semasa SAHAJA.

Perlaksanaan pengajian ini adalah sepenuh masa dan tempoh pengajian terbahagi kepada dua iaitu:-

  • Empat (4) tahun Ijazah di Universiti luar negara
  • Satu (1) tahun PDPP di Institusi Pendidikan Guru (IPG). 
“PDPP adalah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan” 

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan menerusi Program PCC ini adalah:-

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
  • Bidang Pengajian Islam
  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Cara Memohon Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Cara permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM adalah seperti berikut:-

1) Permohonan secara atas talian di https://pismp.moe.gov.my mulai 15 MAC 2021.

2) Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. 

INFO!!!

Pemohon yang terpilih akan menduduki peperiksaan dan WAJIB LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakkan rakaman video pengajaran (VIP) dan video kecergasan fizikal (VKF).

Info Tambahan :  Cara Login SePKM Online 2021

Sebagai calon lepasan SPM anda amatlah DIGALAKKAN untuk melayari laman sesawang https://pismp.moe.gov.m bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan dengan permohonan calon guru tajaan KPM ini. 

PERINGATAN!!!

Pemohon perlu ketahui SYARAT bidang pengkhususan sebelum melakukan permohonan.

3) Pemohon DIBENARKAN mengemukakan satu permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

4) Permohonan hendaklah DISAHKAN dan DIHANTAR sebelum tarikh tutup permohonan. 

INFO TAMBAHAN!!!

Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan dan bagi maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. Jadi, pastikan segala maklumat yang diisi WAJIB lengkap.

Setelah keputusan kelayakan calon guru tajaan KPM ini dikeluarkan anda hendaklah bersetuju dan patuhi dengan terma dan syarat dalam surat tawaran tersebut. Pada masa yang sama, calon juga perlu bersetuju dengan pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Dibawah ini merupakan tarikh penting berkenaan dengan pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):-

PERINGATAN!!!

Permohonan yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaa, anda boleh menghantar pertanyaa ke:-

Institusi Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3,
Blok 2250
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
(u.p Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehawal Pelajar)

No Telefon : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6760/ 6733
URL : http://ipgm.moe.edu.my/ 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments