Pengambilan Diploma UITM lepasan Matrikulasi, STPM setaraf

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengambilan Diploma UITM lepasan Matrikulasi, STPM setaraf 1
UITM

Permohonan rayuan UITM pengajian diploma

UiTM membuka permohonan kepada lepasan Matrikulasi, STPM untuk memohon pengajian di peringkat diploma di institusinya dan permohonannya telah bermula.

Ini merupakan berita baik kepada lepasan matrikulasi dan STPM yang tidak Berjaya ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda apabila diberi peluang untuk memohon belajar diploma di UITM.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat tawaran kepada pelajar Bumiputera lepasan program asasi, kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal meneruskan pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda melanjutkan pelajaran peringkat diploma di universiti berkenaan.

Kelebihan pengajian

Bagi mereka yang memohon melalui cara yang disediakan mempunyai kelebihan dengan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang selepas tiga semester pengajian akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah sarjana muda. Hal ini bertujuan bagi memendekkan tempoh pengajian dan memberi peluang kepada penuntut mendapat ijazah sarjana muda.

Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

Cara memohon

Bagi yang berminat bolehlah menghatar surat rayuan kepada

Pejabat Naib Canselor,

Aras 6,

Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,

Universiti Teknologi Mara,

40450 Shah Alam,

Selangor

Pastikan surat rayuan mempunyai  butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, bidang pengajian diminati, serta dikepilkan salinan keputusan peperiksan SPM. Pemohon juga perlu mengepilkan salinan keputusan pengajian berkenaan seperti STPM, asasi, atau matrikulasi. Untuk memudahkan urusan pemilihan, mereka hendaklah menulis RAYUAN KE PROGRAM DIPLOMA di sudut kiri sampul surat berkenaan.

Tarikh tutup permohonan

Surat sampai sebelum 15 Oktober 2011

Pendaftaran

Sekiranya diterima masuk, pelajar akan mendaftar dan memulakan pengajian pada 16 November 2011 

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Maklumat lanjut

Hubungi talian 03 55443164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax kepoada 03 55443170

Sila rujuk sumber Harian metro untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top