- UPNM
Bagi yang berminat dan berkelayakan dan bercita-cita dalam Angkatan tentera Malaysia ATM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Syarat Umum Permohonan
- Jantina- Lelaki dan Wanita
- Umur. 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.
- Fizikal.
a. Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
b. Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
- Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).
- Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
Syarat Akademik
- Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2011.
- Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains.
Untuk informasi perlantikan dan pertauliahan, cara memohon, iklan penuh pemohonan dan maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk menelitinya di KLIK SINI
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2012
seandainya saya memakai cermin mata, adakah bermakna saya tiada harapan langsung?
Kalau ikut syarat nampaknya macam tu lah.. 🙂
tumpang tanya,, bukankah yg atas ni ialah syarat untuk jadi pegawai kadet. kalau untuk pelajar awam pun pakai syarat yg sama juga ke? ^^
Saya terlepas mengenai permohonan Pegawai Kadet UPNM menggunakan keputusan Percubaan SPM 2011. Saya memohon melalui UPU namun tiada makluman mengenai Temuduga yang bakal diadakan di Kem Sg. Petani. Saya baru mengetahui mengenai temuduga tersebut melalui link ini : http://www.upnm.edu.my/index.php?req=74&id=38
Namun bila dihubungi pihaknya menyatakan HANYA YANG MEMOHON wajib hadir. Apakah tiada peluang langsung bagi saya menghadiri temuduga tersebut ?
Ya la rusydi..setiap temuduga perlu mempunyai borang permohonan ..kalau terlepas permohonan..pasti sukar..