Pengambilan kedua Universiti Awam 2020/2021, keputusan UPU bagi sesi pengambilan dan pendaftaran pelajar bagi sesi pengambilan yang pertama sudah pun berlalu iaitu pada bulan September. Justeru itu, pasti ada pelajar yang kecewa kerana tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang yang diingin atau tidak dipanggil untuk menyambung pengajian mereka.
Buat pengetahuan umum, pengambilan sesi kedua bagi sesi akademik 2020/2021 telah dibuka TETAPI pengambilan upu ini berdasarkan pengambilan sendiri daripada pihak universiti BUKAN melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pengambilan haruslah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti masing-masing.
Disini merupakan senarai universiti awam yang menawarkan pengambilan pelajar kali kedua (melalui permohonan), antara univeristi awam adalah:-
- Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Teknologi Mara (Uitm)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
1) UIAM


Bagi permohonan pelajar Asasi sesi 2020/2021, pihak UIAM telah membuka tarikh permohonan daripada 21 OKTOBER 2020 Sehingga 21 NOVEMBER 2020 menggunakan pauatan http://irayu.iium.edu.my/. Manakala bagi permohonan atau rayuan kemasukan pelajar Program Sarjana Muda sesi 2020/2021 ini adalah pada 1 SEPTEMBER 2020 sehingga 30 NOVEMBER 2020 di pautan http://www.iium.edu.my/page/admission-information. Pelajar boleh menekan pautan di atas bagi mendapatkan info yang terkini.
2) Uitm
Permohonan bagi kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda sesi 2 2020/2021 masih lagi dibuka. Ianya bermula pada 2 NOVEMBER 2020 sehingga 2 DISEMBER 2020 di pautan http://online.uitm.edu.my/
PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA SESI 2 2020 / 2021 (KEMASUKAN MAC 2021) MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN BERIKUT:-
• STPM SETARAF
-LEPASAN STPM/MATRIKULASI KPM/ASASI UiTM/ ASASI SAINS UM/STAM/DIPLOMA UiTM/DIPLOMA IPT LAIN
• PENERAPAN
-LEPASAN PENERAPAN DIPLOMA TAHUN AKHIR UiTM/ PENERAPAN SEMESTER AKHIR ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005)
PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SESI 2/2020 BAGI LEPASAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA BATCH 20204.
PERMOHONAN atas talian bagi program Diploma Sesi 2/2020 bagi lepasan penerapan pra Diploma ke Diploma akan mula dibuka pada 2 NOVEMBER 2020 pada Jam 12 Tengah hari sehingga 30 NOVEMBER 2020.
“Jangan Lupa untuk membeli no pin BSN untuk membuat permohonan. Pembelian No pin”
***Pembelian No Pin Hanya di BSN SAHAJA***
3) UMP
Permohonan Program Sarjana Muda Pengambilan ke-2 pada 1 DISEMBER 2020 sehingga 30 DISEMBER 2020. Permohonan boleh dilakukan di pautan http://umpadvanced.ump.edu.my
4) UPSI
Permohonan kemasukan pelajar ke Program Diploma dan Sarjana Muda ambilan sesi ke-2 akademik 2020/2021 UPSI.
“Tempoh permohonan bagi pengambilan Diploma ada pada 25 OKTOBER 2020 sehingga 25 NOVEMBER 2020″
“Pengambilan sesi 2 pelajar Sarjana Muda adalah pada 25 OKTOBER 2020 sehingga 25 DISEMBER 2020″
Permohonan boleh dilakukan pada Jam 12 Tengah hari pada tarikh permohonan.
Pautan permohonan: http://www.upsi.edu.my/online
PERINGATAN!!!
Pelajar WAJIB membeli pin BITARA ID bagi membuat permohonan. No pin boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan rumah anda bermula 26 OKTOBER 2020.
“BITARA ID Diploma dan Sarjana Muda adalah berharga RM26.00 SAHAJA”
Rujukan:-
1) https://m.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/?fref=ts
2) https://www.iium.edu.my/
3) http://umpadvanced.ump.edu.my
4) http://www.upsi.edu.my/online
5) http://online.uitm.edu.my/